Showing posts with label baca Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label baca Al-Quran. Show all posts

February 15, 2013

Tazkirah Jumaat : Sembahyang Sambil Melihat Al-Quran

February 15, 2013 31 Comments

Sembahyang sambil melihat Al-Quran biasa terjadi apabila seseorang tidak menghafal bacaan dalam sembahyangnya, maka dengan itu beliau meletakkan Al-Quran disebelah atau dihadapannya supaya mudah untuk beliau memandang dan membacanya. 



Jawapan :

Membaca Al-Quran dalam sembahyang adalah sunat, dibuat dapat pahala jika ditinggalkan tidak pula berdosa. Dalam hal ini jika seseorang membuka Al-Quran dan diletakkan ditepi mahupun didepan dengan niat hendak membacanya dalam waktu sembahyang nanti orang itu mendapat pahala atas usaha gigihnya itu tetapi lebih cantik dan cun lagi kalau kita sedaya upaya menghafal surah tersebut. Jika difikirkan secara logik bila mana kita membaca surah dengan melihat Al-Quran dikhuatiri khusyuk dalam sembahyang kita akan terganggu. Jadi lebih molek kalau kita hafal surah tersebut :) tapi kalau nak buat jugak dan tak khuatir khusyuk terganggu maka dibolehkan sebab ianya hanya sunat. 

Banyak lagi tentang Islam disini

p/s : Dalam islam tiada yang susah semuanya mudah jika benar-benar memahami dan mempelajarinya dengan seikhlas hati ^^

Kredit :
Buku Menjawab Masalah Anda
(koleksi buku dirumah :P)



Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me