Alhamdulillah akhirnya tergerak jugak hati nie nak update blog, mood semangat nak update pun datang, tak boleh biar terus cepat-cepat log in blog. hehe.
Apa khabar semua? Selamat Berpuasa!! masih belum terlambat lagi kan nak ucap? walaupun hakikatnya lagi berapa minggu je nak raya dah. *lambat sangat kau nie makcik
Selama aida tak update blog nie kan aida sendiri mengaku abam posmen pun jarang dah nak mai rumah, kalau dulu aktif berblog abam posmen tu boleh dikatakan setiap minggu akan muncul lah ada je surat, barang yang dia hantar. La nie surat mintak hutang je yang berlambak mai hish tapi minggu lepas abam posmen mai dua kali bagi surat, bukak je surat tu terus rasa terharu gila, yela mana taknya dua-dua surat tu dari blogger. Teruja woi..
Dia orang berdua nie memang tak pernah tak bagi kad raya tahun lepas pun depa bagi.. yang buat rasa terharu tu sebab ingat jugak depa dekat aida walaupun aida tak balas kad raya depa nie.
Thanks kak Khaty dan Shida.. memang tak rugi dapat kenal dengan dia orang nie.