May 20, 2013

Mood : Offline

May 20, 2013 79 Comments

Kepada semua rakan-rakan blog Diari Si Froggie, Aida nak minta maaf sebab bulan ini Aida akan jarang online blog, FB, Fanpage, Instagram, WeChat, Twitter dengan itu juga semua rangkaian sosial tersebut secara automatik tidak akan terupdate, mana-mana yang dah follow Aida, dah LIKE, komen mahupun terjah. InsyaAllah nanti bila dah online semula semua tu Aida akan balas.. termasuklah yang tag ajak join GA, Segmen, Contest etc.. Maaf..Maaf..dan Maaf :)



Yang merindui
Aida Omar
Owner Diari Si Froggie

May 10, 2013

Tazkirah Jumaat : Hindari Perbuatan Mengumpat

May 10, 2013 71 Comments

Mengumpat atau menceritakan atau menyebut keburukan, kekurangan seseorang kepada orang lain. 

Rasulullah bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Mengumpat boleh berlaku sama ada disedari atau tidak, perbuatan ini akan terjadi apabila kita menyebut kekurangan, keburukan orang lain walaupun tanpa menyebut namanya tetapi maksudnya sahaja orang yang mendengar boleh meneka siapa pelakunya. 



Elakkan perbuatan mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain, kerana ia bukan mustahil untuk orang lain mencari-cari kesalahan kita pula. ALLAH akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan semula kekurangan dan keburukan kita.

Mengumpat juga boleh mendatangkan fitnah. Seorang Muslim diperintahkan oleh ALLAH supaya saling mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri kerana persaudaraan dan ukhwah sesama muslim sebahagian dari perintah ALLAH. Jika memutuskannya maka kita boleh dikatakan telah menginkari perintah ALLAH.

Walaupun orang itu memang terbukti keburukannya, dan kekurangannya kita sama sekali tidak boleh mendedahkannya kepada orang lain, boleh jadi insan tersebut tidak suka keburukan dan kekurangannya diketahui umum. Berdosa kita jika insan tersebut tidak mahu memaafkan perbuatan kita itu, makanya jika keburukan dan kekurangannya sudah terbukti, kita berjumpalah dengan insan itu dan berterus teranglah dengannya.

P/s : Pesanan untuk diri sendiri juga yang kadangkala tidak lari dari melakukan kesilapan. Betapa besarnya dosa mengumpat ini T_T 


Kredit :
Buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (m/s : 34)




May 9, 2013

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

May 09, 2013 45 Comments

Tatkala nyawa di hujung usia
tatkala umat yang akan ditinggalkan 
tidak tahu bagaimanakah nasibnya
tergenang air jernih di kelopak mata
apakah akan terjadi andainya tidak saling berpesan
buat umat yang terkemudian...

Aida baru je beli buku nie.. Best Seller katanya memang tak dinafikan isi kandungan dan gaya penulisan bukunya saja memang best. Mudah faham apa yang nak disampaikan penulisnya Muhd Nasruddin Dasuki.


Antara isi kandungannya :
  • Ikhlas pencuci kekotoran hati
  • Maafkanlah, jauhi marah dan dendam
  • Tutuplah keaiban orang lain
  • Mencari harta biarlah halal
  • Carilah rezeki diawal pagi
  • Segerakan membayar hutang
  • Tingginya darjat wanita solehah
  • pesanan untuk kaum lelaki
  • cara Rasulullah SAW berpakaian
  • Ganjaran solat awal waktu
  • Berdoalah selagi belum dimakbulkan
  • Lima kemuliaan pelihara solat
  • Sabar menghadapi kesakitan
  • Redha dengan ujian Allah
  • Putus asa tanda lemah iman
  • sahabat yang baik ibarat wangian
  • Antara pemimpin dan yang dipimpin
  • Bersikap adil tegakkan kebenaran
itu antaranyalah banyak lagi topik yang best yang boleh kita ikut, sebab nie 100 pesanan terakhir Rasulullah SAW buat kita kalau kita ikut kita dapat pahala.. kalau kita praktikannya dalam kehidupan seharian sudah tentu Allah akan pelihara kita dunia dan akhirat. 

InsyaAllah aida akan share kan nanti apa yang ditulis dalam buku nie, tapi aida suggestkan beli lah buku nie memang terbaik tak rugi langsung harganya RM 18 berbaloi kot dengan ilmu yang ditulis. :)

P/s : Banyak membaca banyak dapat ilmu, luas pengetahuan dan dapat menilai apa yang betul dan apa yang tidak dengan baik bukan mengikut emosi dan nafsu.




May 6, 2013

Keputusan PRU Ke-13

May 06, 2013 57 Comments

Ramai yang dah tahu kot kan Barisan Nasional masih kekal sebagai kerajaan Malaysia untuk PRU Ke-13, Tahniah buat Barisan Nasional kerana dengan IzinNYA dan kepercayaan rakyat, anda menang sekali lagi. Hope apa yang terjadi menjadi pengajaran buat Barisan Nasional untuk terus mengorak langkah dalam memajukan negara dari segala segi aspek dunia dan akhirat. 



Barisan Nasional 133 kerusi
DAP 38 kerusi
PKR 30 kerusi
Pas 21 kerusi
Bebas 0 kerusi

KEPUTUSAN DUN/NEGERI

Barisan Nasional

Negeri Sembilan - BN (22) PR (14)
Melaka - BN (21) PR (7)
Johor - BN (36) PR (16)
Sabah - BN (45) PR (10) Star (1)
Perlis - BN (13) PR (2)
Perak - BN (13) PR (2)
Terengganu - BN (17) PR (15)
Kedah - BN (21) PR (13)

Pakatan Rakyat

Penang - PR (30) BN (10)
Kelantan - PR (33) BN (12)
Selangor - PR (44) BN (12)

Tahniah juga buat Pakatan Rakyat kerana berjaya mengekalkan tiga negeri dibawah pemerintahan anda, yang nie aida harap sangat depa tunaikan manifesto PRU ke-13. hehe.. tempat aida gombak Azmin Ali menang lagi ^^ majoriti 4,734. 


Paling mengejutkan DAP banyak kaut kerusi di parlimen.. bukan nak racist ke hape tapi cuba kita renung-renungkan semula. Kalau PKR atau PAS kaut kerusi banyak itu ok sangatlah boleh diterima Aida pun suka. Tapi DAP? humai.. sikit-sikit esok lusa terus sapu bersih mungkin T_T

memang ada orang kata status MELAYU tak bawak ke syurga.. itu betul. Tapi ingat MELAYU itu majoritinya orang ISLAM. Kalau MELAYU ditindas automatik ISLAM juga turut ditindas. 


P/s : Pembangkang itu bagus supaya pihak yang menang jalannya sentiasa lurus, bila bengkok cepat-cepat boleh dibetulkan.. Bangkang dengan cara yang boleh memajukan negara bukan menjatuhkan negara. Sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan Allah, ini kerajaan manusia sudah tentu banyak silapnya. :) apa pun wahai bangsaku wahai saudara seIslamku hentikanlah persengketaan bersatulah demi kesucian agama kita ISLAM.
Maaf kalau ada yang silap fakta mahupun kata tersinggung hati, ini hanya pendapat noobs kerana sayangkan agama, bangsa dan negara :)

TAHNIAH BN TAHNIAH PR TAHNIAH MALAYSIA

May 4, 2013

Selamat Mengundi PRU-13

May 04, 2013 17 Comments


Buat seluruh rakyat Malaysia tunaikan kewajiban anda untuk mengundi esok, kemajuan negara, agama, bangsa berada di tangan anda. Undi dengan bijak jangan undi mengikut kata orang, mengikut emosi mahupun nafsu. 

Parti mana yang menang nanti harap dapat terus menunaikan janji, menjaga kesucian Islam sebagai agama rasmi, mengekalkan keistimewaan orang melayu, memajukan negara, memupuk semangat kesejahteraan dan perpaduan sesama kaum dan juga keamanan negara.

Lepas nie boleh mintak maaf dekat insan yang kita dah terbuka aib dia, tercaci dia termaki dia almaklumlah dosa sesama manusia wajib kita mohon maaf padanya kalau tak sangkut 'disana' nanti :)

P/s : Pesanan khas dari seorang rakyat biasa yang mendoakan Malaysia sentiasa maju dalam pelbagai aspek dunia dan akhirat. 




April 28, 2013

Jom Bertindak Kit Tindakan

April 28, 2013 69 Comments

Sebenarnya lama dah nak up entry pasal Jom Bertindak Kit Tindakan nie.. tapi memanjang terlupa. hehe. Tadi lalu kat blog Jijah nampak entry pasal Jom Bertindak Kit Tindakan nie, terus teringat nak up dari peram-peram je pun buat apa kan?


Bagi pendapat Aida lah, Kit Tindakan nie betul-betul berguna buat pengundi baru mahupun pengundi yang dah ingat-ingat lupa cara mengundi, sebab dalam kotak nie ada buku panduan mengundi. Antara isi kandungan buku ini :

Adakah Anda Boleh Mengundi?
Semakan Status Pemilih Anda
Siapakah Yang Tidak Layak Untuk Mengundi?
Tips Berguna Untuk Mengundi
Cara Untuk Mengundi
Cara Mengundi Dengan Betul
Pembetulan Maklumat Pemilih


Bukan saja buku panduan mengundi, dalam kotak ini juga terdapat sebatang pen, 1 pelekat kereta, 3 pelekat kecil, dan juga 1 pin baju. 

Kepada yang nak try dapatkan Jom Bertindak Kit Tindakan nie boleh layari laman sesawang :


Korang just daftar, ikut step yang diberikan, siap dan tunggu sampai Kit Tindakan nie selamat tiba kat rumah korang :) tak lama pun dalam 2-3 hari dah sampai paling lewat pun seminggu. Sempat kot kan sebelum korang pi mengundi.

Paling penting benda nie FREE :p 

P/S : Dalam buku nie PM tak ajar/hasut suruh undi dia, hanya ada ayat 'kita sokong Najib Razak' je. PM just tunjukkan cara mengundi dan mengingatkan pengundi je.. don't worry ^^ sokong dan undi kalian hak kalian. Kalau PR buat pun Aida ambik dah kata FREE. ;p




April 26, 2013

Tazkirah Jumaat : Adab menegur Dalam Islam

April 26, 2013 45 Comments

Teguran itu penting, tanpa teguran kita tidak akan sedar yang kita sudah melakukan satu kesalahan atau kesilapan.  Beruntunglah jika kita ditegur, itu bermaksud Allah sangat menyayangi kita dan Allah tidak mahu melihat kita leka dengan kesalahan atau kesilapan yang berulang.

Dalam Islam kita telah diajar untuk beradab dalam memberi teguran, niat dah betul mahu menegur tetapi cara menegur itu yang kurang tepat. Mai sini Aida nak kongsi adab-adab memberi teguran yang aida baca dalam buku dirumah, ada yang aida edit sikit bagi lebih faham.


Bijak : Bawa kawan tersebut ke kedai tudung menemani anda, padahal niat anda nak tegur beliau.
Pujian : Beliau manis bertudung, tudung itu kena dengan wajah beliau dan Allah sayang lebih orang bertudung.


Sindiran : Kamu suruh beliau lihat kamu berwuduk dan tegur kamu, padahal kamu betul. Dengan cara itu beliau akan tahu yang beliau berwuduk cincai dari kamu. 


Helah : Padahal kamu sendiri yang tak tahan dengan bau ketiak beliau, disebabkan nak menjaga hati beliau kamu pura-pura katakan ada orang beritahu kamu dan kamu sakit hati kalau ada orang mengata beliau.

Sambungan : Click Entry Penuh Click Sini

April 22, 2013

Senarai Blog Bloglist April - Jun 2013 #2

April 22, 2013 44 Comments

Alhamdulillah.. ada juga yang sudi join bloglist April - Jun 2013 Diari Si Froggie. Terima kasih tak terhingga pada yang sudi join korang memang awesome :) terharu.. sobs. 

Mai nak kenalkan 21 blogger terawal yang berjaya menempatkan diri dalam bloglist April - Jun 2013 Diari Si Froggie.. terlebih satu pulak. hehe. tak pe aida terima blogger yang ke 21 tu. ringan-ringan kan jari korang ke blog mereka eh? support blogger Malaysia :) 








Sambungan click Entry Penuh Click Sini 

April 21, 2013

Jom Join Bloglist April - Jun 2013 #2 : Diari Si Froggie

April 21, 2013 64 Comments


TAMAT

Bloglist April ok April diulang semula.. eh makcik April dah nak sampai penghujung dah pun baru lu terhegeh-hegeh nak buat. Hish3.. itu lah hakikatnya disebabkan quota broadband yang limit makanya bloglist nie lambat dikeluarkan.. 


macam biasa hanya terbuka pada 20 blogger terawal sahaja.. 

syarat-syarat :

1. Mesti update blog sekurang-kurangnya seminggu sekali
2. Blogger selain blogger dalam bloglist Prince, Princess, Group GBS, dan Froggie Friends
(Blogger yang dah ada dalam bloglist tersebut tak payah join sebab kalian masih dikekalkan seperti biasa :) )
3. Follow blog dan page perniagaan akak aida nie (tak paksa :)) :

Blog : Dwi Citra S&S

4. Tinggalkan link blog korang di kotak komen entry ini.
ok itu je syarat-syaratnya. Bloglist ini akan tamat setelah cukup 20 blogger yang join. Hope ada lah yang sudi join :)
p/s : susah betei kalau broadband quota limit nie ape pun tak boleh nak buat. sobs.
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me