April 22, 2020

Resepi Mudah Rotiboy

Resepi ini menghasilkan 11 ketul Rotiboy

Bahan - bahan dan cara :
Doh 
  • 2 cawan / 250 gram tepung gandum 
  • 3 sudu besar  + 1 sudu kecil / 50 gram gula putih biasa
  • 1 sudu besar susu tepung (cth : susu tepung dewasa jenama Nespray)
  • 1 biji kuning telur (tak kisah telur gred apa - disyorkan gred A)
  • 1 sudu besar yis mauripan 
  • 150 ml air biasa 
  • 2 sudu besar / 30 gram marjerin / buttercup
Cara :
  1. Masukkan 2 cawan / 250 gram tepung gandum bersama-sama dengan 3 sudu besar + 1 sudu kecil / 50 gram gula putih biasa, 1 sudu besar susu tepung, 1 biji kuning telur, 1 sudu besar yis mauripan dan 150 ml air biasa gaul hingga sebati menggunakan mixer atau tangan.
  2. Setelah semua bahan no 1 telah sebati masukkan 2 sudu besar / 30 gram marjerin / buttercup dan sambung gaul menggunakan mixer atau tangan sehingga doh menjadi betul-betul sebati. (Semasa ini doh akan melekat ditangan adalah satu perkara biasa dan tidak perlu menambah tepung).
  3. Rehatkan doh dan tutup atasnya selama lebih kurang 30 minit, selepas 30 minit doh akan mengembang tumbuk dan gaul semula doh untuk memastikan angin pada doh keluar serta sambung rehatkan doh selama 30 minit lagi. 
  4. Selepas merehatkan doh 2 kali selama 60 minit gaul semula dan jika semasa ini doh masih melekat ditangan bolehlah ditabur tepung gandum sedikit demi sedikit diselang seli dengan menguli doh sehingga doh tidak lagi melekat ditangan dan kelihatan lembut. 
  5. Bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki, uli dan leperkan doh untuk dimasukkan inti marjerin / buttercup yang telah dibekukan. Tutup dan bulatkan semula doh. (Pastikan tiada ruang terbuka ditempat inti yang telah dimasukkan tadi).
  6. Letak doh yang telah dimasukkan inti diatas tray yang telah disapu sedikit marjerin untuk menggelakkan doh melekat ditray. Biarkah doh mengembang sehingga membentuk roti. 
  7. Setelah doh menggembang membentuk roti paipkan topping diatas doh. 
  8. Bakar roti dengan suhu 160ºC hingga 180ºC selama 15 minit hingga 20 minit dengan api atas bawah. Sebelum membakar roti pastikan oven telah dipanaskan selama 5 minit hingga 10 minit. (Oven Butterfly : 160ºC selama 15 minit).
Inti
  • Marjerin / buttercup yang masih beku dipotong mengikut jumlah doh yang dibuat.
Cara :
  1. Marjerin / buttercup yang telah dipotong mengikut jumlah doh yang dibuat dimasukkan kedalam doh sebagai inti roti. 
Topping 
  • 2 sudu besar + 2 sudu kecil / 50 gram marjerin / buttercup
  • 2 sudu besar + 1 sudu kecil / 40 gram gula putih biasa
  • 1 biji telur (disyorkan gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk nescafe / kopi + 1 sudu air panas (dibancuh / dicairkan dahulu dalam bekas yang berlainan) - Guna instant nescafe pun boleh
  • 4 sudu besar / 60 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil / 10 gram tepung jagung
Cara :
  1. Masukkan 2 sudu besar + 2 sudu kecil / 50 gram marjerin / buttercup bersama 2 sudu besar + 1 sudu kecil / 40 gram gula putih biasa kacau sehingga sebati. 
  2. Masukkan 1 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar serbuk nescafe / kopi yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan 1 sudu air panas dan masukkan 4 sudu besar / 60 gram tepung gandum serta 2 sudu kecil / 10 gram tepung jagung. Kacau sehingga sebati dan kelihatan seperti krim. 
  4. Paipkan diatas doh yang telah mengembang membentuk roti yang telah disusun diatas tray.
Aktiviti sepanjang tempoh PKP - Hari ke 33 PKP Malaysia | COVID-19

No comments:

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me