Showing posts with label GAMBAR MENARIK. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR MENARIK. Show all posts

April 1, 2013

Fenomena Awan Pelangi Yang Jarang Ditemui

April 01, 2013 92 Comments

Semalam masa Aida bersantai dekat luar rumah layan anak buah main badminton, automatik aida terpandang satu awan nie, yang menariknya awan ini mengeluarkan warna ala-ala warna pelangi. SubhanaAllah sangat-sangat menakjubkan. Teruja sebab pertama kali melihatnya.

Gambar cap kamera digital

Nampak tak awan yang celah tu ada warna ungu, hijau, biru sikit.. asalnya warna nie pekat tapi pasal lambat capture dia jadi cair macam tu. Hal ini dinamakan sebagai Fenomena Awan Pelangi atau nama orang putihnya Fire Rainbow cloud

Jadi Aida try google untuk dapatkan sedikit maklumat tentang fenomena ini yang dikatakan jarang ditemui, lingkaran ini sebenarnya bukanlah pelangi dan tiada kaitan dengan api. Yang berlaku sebenarnya adalah dari kesan awan jenis cumulus menguap dan mendorong lapisan-lapisan udara lembap diatasnya berkumpul dan membentuk topi awan dan titik air (wap air) didalamnya menghasilkan warna-warna ini.


sebelum jadi cair macam gambar Aida ambil tu, warnanya seakan-akan gambar yang atas nie yang aida cedok dari blog orang lain. hehe. memang sebijik macam tu. 

P/s : Bertuah lagi sekali dapat tengok kejadian Allah.. hari tu dapat tengok Fenomena Halo Moon :) Alhamdulillah..
kredit :
info & picture : taotauajer.blogspot.com


February 28, 2013

8 Jenis Bunga Yang Cantik

February 28, 2013 28 Comments

Mai..mai..cuci mata dengan melihat 8 bunga tercantik, bagi aida asalkan bunga semuanya cantik betul tak? hehe.. Kejadian Allah swt semuanya cantik-cantik dan sempurna :)

1. Bauhinia kockiana


Nama Sainstifik : Bauhinia kockiana
Nama Keluarga : Leguminosae
Asal : Semenanjung Malaysia
Cuaca : Panas
Sifat : Menjalar/memanjat

2. Canna Hybrids


Nama Sainstifik : Canna hybrids
Nama Keluarga : Cannaceae
Asal : Benua Amerika
Cuaca : Panas
Sifat : Renek, tumbuh tegak, berdaun lebar dan mempunyai bunga pelbagai warna dan bentuk

3. Heliconia rostrata


Nama Sainstifik : Heliconia rostrata
Nama Keluarga : Heliconiaceae
Asal : Tropikal Amerika
Cuaca : Panas/Separa panas
Sifat : Renek, tumbuh tegak, dan mempunyai bunga terjuntai ke bawah

4. Hydrangea macrophylla


Nama Sainstifik : Hydrangea macrophylla
Nama Keluarga : Hydrangeaceae
Asal : Asia Timur
Cuaca : Separa panas
Sifat : Renek, daun lebar pokoknya seakan

5. Lantana camara


Nama Sainstifik : Lantana camara
Nama Keluarga : Verbenaceae
Asal : Mexico
Cuaca : Panas
Sifat : Renek, Berbau wangi, mempunyai bunga yang banyak dalam satu kelopak dan kecil serta pelbagai warna

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

February 21, 2013

Fizz Fairuz Bohong & Putus Tunang

February 21, 2013 59 Comments

Semalam time jaga anak buah demam panas, aida bukak blog ternampak entry blogger lain pasal pertunangan Fizz Fairuz dah putus. Biar betik! memula memang terkejut sebab kes pertunangan dia dengan perempuan lain bukan dengan Almy Nadia jadi topik hangat kan? 10 hari je depa bertunang.

Kredit Picture : jomss.blogspot.com

Printscreen dari entry blog www.murai.com.my

Bila baca statement Fizz Fairuz nie macam ada yang tak kena je.. tak logik pun ada. Tak akan pihak keluarga perempuan tak bagi tahu yang anak depa dah kawen ea dak? pastu kalau Fizz Fairuz nie kena 'menderem' tunang dia, tak akan lah tak ada yang buka mulut pasal status perempuan tu.. lepas tunang pulak baru nak bagi tahu. Lagi pelik baru baru kenal setahun dah ikat tali pertunangan dengan Almy Nadia kawan punyalah lama 7 tahun tapi payah nak ikat tali pertunangan..

Kredit Picture : www.kisahemasputih.com

Pagi nie ternampak pasal benda nie dekat blog Emas Putih komen tunang Fizz Fairuz kata dia, dia bukan isteri orang tak pernah seumur hidup dia jadi isteri orang.. tu ok lagi nie ada khabar angin suami pada azlyn yang kata azlyn Massiela nie 'hilang ingatan', kesunyian lah.. ah sudah!


Ntah yang mana satu salah ntah.. hari tu fizz fairuz nie bukan kena tegur dengan pendakwah ke? pasal sarung cincin kat tunang dia tu (walaupun hanya gimik) ikut adat mana ntah.. tunang baru, haram pegang tu. hish. (membebel) apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka, mungkin mereka ada alasan mereka sendiri kan.. korang jangan buat cenggini tau.. tak baik :P

p/s : Memacam lah dunia artis nie, gini pun ada.. macam mak jemah pulak aida dok up entry gosip nie.. hiks. saja bosan-bosan tukar ke bidang gosip artis pulak :P

Kredit :
Info & Picture : www.murai.com.my
info : pilihan anda




February 18, 2013

Baucar BR1M 2.0

February 18, 2013 40 Comments

Alhamdulillah Jumaat 15 Februari 2013 pukul 10 malam baucar BR1M 2.0 selamat aida ambil. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki atas rahmatNYA juga dan terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang susah payah kena bayar cukai sana sini, tak lupa juga kepada para pemimpin yang berjaya mengagihkannya semoga semua dimurahkan rezeki, dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.


Tak silap aida BR1M 2.0 nie dilanjutkan hingga bulan 3 kan? tak silap sampai 15 Mac 2013. So pada sesiapa yang masih berkelayakan dan berkeinginan nak cuba boleh pergi ke pautan dibawah 

Borang BR1M 2.0
BR1M 2.0 secara online
Borang Rayuan BR1M 2.0
(Bagi borang rayuan BR1M 2.0 khas untuk korang yang pernah memohon sebelum ini tetapi mendapat status tidak layak so boleh buat rayuan semula)

Talian Bebas Tol BR1M 2.0
Senarai Kaunter Pendaftaran BR1M 2.0
(pada yang nak daftar secara manual di kaunter)

Malam aida ambil voucher BR1M 2.0 nie ada beberapa benda yang buat aida bersyukur sangat pada Allah SWT kerana mengurniakan negara yang aman, dan rakyat yang tinggi nilai keprihatinan dan sentiasa menjaga adab walaupun berlainan agama dan bangsa. Malam itu hampir kesemua warga tua dan generasi muda yang OKU dipimpin seorang-seorang, ibu-ibu ayah-ayah tunggal dan ibu serta ayah yang anak-anak kecilnya tidur didahulukan untuk ambil voucher BR1M 2.0. Sampai tersenyum melihat gelagat mereka sambil mengucapkan Alhamdulillah dalam hati :)

p/s : Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, Allah SWT berikan kita akal, tubuh yang sempurna supaya kita berusaha untuk mencari rezeki, rezeki tidak datang bergolek dengan sendirinya. Setiap manusia rezekinya lain-lain.. lagi banyak dia berusaha bertawakal lagi banyak rezekinya Allah SWT beri. Rezeki yang diterima juga milik Allah SWT maka tak salah kalau kita share rezeki itu bersama-sama dengan insan yang lain. :)


January 26, 2013

Fenomena Halo Moon 22 Januari 2013

January 26, 2013 53 Comments

SubhanaAllah pada 22 Januari 2013 pukul 9.30 malam, Aida sendiri dapat menyaksikan satu kejadian unik yang berlaku pada bulan. Kebetulan masa tu Aida makan di luar bersama keluarga dan kebetulan juga kami duduk dibahagian luar jadi mudah untuk lihat bulan tersebut. 

Biasanya kita dapat lihat bulan yang macam nie kan?


tapi malam tu aida lihat bulan yang macam nie


Fenomena ini dikenali sebagai HALO MOON ianya terjadi apabila cuaca terlalu sejuk cahaya yang terbentuk disekeliling bulan ini disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira 5-10 kilometer dari bumi.

kejadian ini juga berlaku 2 hari sebelum kita meraikan Maulidur Rasul pada tahun ini, Salam Maulidur Rasul :) dan juga musim hujan yang berlaku di Malaysia sekarang ini.

Nak tengok gambar Halo Moon 22 Januari 2013 dengan lebih jelas boleh click


Kredit :

P/s : Segala yang diciptakan olehNYA mempunyai 1001 hikmah 




January 19, 2013

10 Gambar Unik Dari Lukisan Pensil

January 19, 2013 63 Comments
Tadi dapat je line internet terus cepat-cepat bukak blog sambil mata dok tengok cerita korea :P, terus otak ligat berputar cari idea nak update apa. Akhirnya setelah merayap-rayap di Google terjumpalah beberapa gambar lukisan pensil yang menarik. 





Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat lebih banyak gambar unik dari lukisan pensil

January 4, 2013

6 Tempat Paling Romantis

January 04, 2013 46 Comments

Bloglist Januari 2013 dah update dan dah DITUTUP.. Alhamdulillah cukup 20 blogger yang join, terima kasih u all. :)

Penghujung tahun 2012 ramai yang telah menamatkan zaman bujang masing-masing kan? 

berpusu-pusu orang buat majlis, kita pulak jenuh memenuhi undangan majlis perkahwinan boleh dikatakan setiap hujung minggu sabtu ahad ada jemputan. Tudia. Makan free lah kita.

Aida bukan nak cerita pasal majlis perkahwinan mahupun tips untuk berkahwin cuma nie ha tergerak pulak nak share 5 tempat romantis didunia. Memang romantis habislah. 

1. Paris



2. Hawaii



Click Entry Penuh Click Sini untuk lihat tempat menarik yang lain

December 20, 2012

10 Gambar Ilusi Yang Menarik

December 20, 2012 80 Comments

Dah lama kot tak post info-info menarik, asyik post pasal personal je kan bosan pulak korang nanti. :) Pada blogger yang tag GA, Segmen, Contest buat masa nie aida tak join lagi tapi InsyaAllah akan datang aida akan join. Maaf ea nak bagi laluan entry-entry berinfo pulak. 

Jom cuci mata dengan gambar ilusi yang menarik dan comel nie


Nampak tak apa yang aida nampak? bukan anting-anting kat telinga lembu nie tau dan bukan juga mata lembu yang seakan juling tu :P



cak! hai saya anjing saya sedang membaca buku.

Tekan Entry Penuh Click Sini untuk melihat lebih banyak gambar 

December 1, 2012

Palestin Diiktiraf Sebagai Negara Oleh PBB : Welcome To Palestine

December 01, 2012 60 Comments

Tiada kata yang boleh diungkapkan melainkan SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar, apabila mengetahui bumi Palestin yang acap kali bergolak ini telah diiktiraf sebagai sebuah negara oleh PBB atas undian seluruh dunia yang kelihatan memihak kepada Palestin. 

29 November 2012 yang juga jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari pastinya mempunyai satu nilai sejarah yang paling bermakna buat seluruh Umat Islam didunia terutamanya warga Palestin dan bagi sekutu Zionis ini merupakan kekalahan diplomatik paling memalukan.


Palestin menang majoriti dengan sokongan 138 negara, 9 membangkang dan 41 negara lagi berkecuali. Sebenarnya kalau nak diikutkan Palestin sepatutnya sejak azali lagi adalah sebuah Negara yang diiktiraf tapi disebabkan zionis nie menganggu gugat dah dia pulak yang diiktirafkan (sejak bila ntah Israel ada negara) 


click Entry Penuh click sini untuk melihat senarai penuh negara-negara yang menyokong, membantah dan berkecuali

November 21, 2012

Usul Malaysia Di Parlimen : Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza

November 21, 2012 37 Comments
Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi :

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin  di Gaza dan Tebing Barat

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab.


4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.

November 2, 2012

Downloads Borang BR1M 2.0 | Kemaskini Permohonan BR1M 1.0

November 02, 2012 48 Comments
Rezeki jangan ditolak, duit yang diberi jangan DIPERTIKAIKAN (opss terBOLD dan terCAPS LOCK pulak) mai share sama-sama KFC MCD pun ok :P 
-------------------------------------------------------------------------------
Syarat-syarat
1. Isi rumah yang layak (RM 500)

a) Warganegara Malaysia.
b) Lelaki atau Perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan isi rumah RM 3,000 dan kebawah samada berkahwin, Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah dan Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (tinggal dalam satu rumah yang sama)
c) Warga Emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada 1953 dan ke bawah dengan jumlah pendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah.
2. Individu yang layak (RM 250)
a) Warganegara Malaysia
b) Bujang termasuk Janda/Duda/Balu yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1992 dan ke bawah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan kurang RM 2,000 dan ke bawah.
3. Tidak termasuk pelajar yang mendapat Baucar Buku 1 Malaysia.

-----------------------------------------------------------------------------
Downloads borang BR1M boleh pergi ke Laman Web dibawah
Muat Turun Borang BR1M
Disertakan dengan Panduan cara-cara mengisi borang BR1M dalam format Adobe Reader
Untuk mengisi borang BR1M atas talian ataupun secara online boleh pergi ke Laman Web dibawah
Borang BR1M atas talian / secara online
Panduan mengisi borang BR1M atas talian / secara online
Untuk mengemaskini semula Permohonan BR1M 1.0 boleh pergi ke Laman Web dibawah

October 28, 2012

Tudung Natasha Tudung Untuk Semua

October 28, 2012 50 Comments
Peh! kemain tajuk entry kali nie :P Salam Aidiladha korang!!
Entry kali ini lebih bersifat promote.. nak promote ape? tu ha nak promote Tudung Natasha 
macam yang korang nampak atas tajuk entry nie ada banner Tudung Natasha kan? Sebenarnya lama dah janji dengan owner tu nak tolong promote, nie baru ada kesempatan nak promote. 
Dah nama pun Tudung Natasha kan semestinyalah jual tudung, bukan tudung saji tau. Jangan salah anggap. Meh tengok antara tudung-tudung yang mereka jual




ada yang berkenan? nak tengok banyak lagi jenis tudung? korang boleh pi blog beliau 


atau tanya terus pada ownernya 

Fahrin Ali Husain Abdullah
P/s : Mari terjah beramai-ramai, kalau tak kita putus! tetiba..
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me