Showing posts with label Palestine. Show all posts
Showing posts with label Palestine. Show all posts

March 20, 2013

Silence Day Of Wednesday #10 - Surat Penghargaan Dari Aqsa Sharif

March 20, 2013 39 Comments



Alhamdulillah.. selesai semua tugas mengenai kutipan derma untuk Gaza. Terima kasih.. terima kasih.. pada sesiapa yang menghulurkan sumbangan. Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda. 

Terima kasih juga tak terhingga buat orang-orang kuat program ini :



dan terima kasih juga kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.. 

p/s : Mari sama-sama doakan agar Palestine dan negara kita Malaysia sentiasa aman makmur dan dilindungi Allah SWT.



November 21, 2012

Usul Malaysia Di Parlimen : Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza

November 21, 2012 37 Comments
Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi :

1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin  di Gaza dan Tebing Barat

2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata.

3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab.


4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me