Usul Malaysia Di Parlimen : Malaysia Kecam Serangan Israel Ke Atas Gaza
Diari Si Froggie
November 21, 2012
37 Comments

Berikut ketetapan-ketetapan usul mengecam serangan Israel ke atas wilayah Gaza yang telah dibincangkan di Parlimen pagi tadi :
1. Mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas Wilayah Palestin di Gaza yang melibatkan wanita, kanak-kanak, orang tua, kehilangan harta benda serta kemusnahan infrastruktur. Mengesa pengunduran menyeluruh Israel dari Wilayah Palestin di Gaza dan Tebing Barat
2. Menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) membuat ketetapan supaya Israel menghentikan serangan dengan gencatan senjata dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi memantau proses gencatan senjata.
3. Menggesa Perhimpunan Agung PBB supaya mengadakan sesi tergempar khas (Uniting For Peace) sekiranya Majlis Keselamatan PBB gagal menjalankan tanggungjawab.
4. Menggesa pihak-pihak yang terlibat menyambung semula usaha proses damai dan mematuhi pelbagai resolusi yang ditetapkan oleh PBB berhubung isu Palestin dan konflik Arab-Israel.




