
Teguran itu penting, tanpa teguran kita tidak akan sedar yang kita sudah melakukan satu kesalahan atau kesilapan. Beruntunglah jika kita ditegur, itu bermaksud Allah sangat menyayangi kita dan Allah tidak mahu melihat kita leka dengan kesalahan atau kesilapan yang berulang.
Dalam Islam kita telah diajar untuk beradab dalam memberi teguran, niat dah betul mahu menegur tetapi cara menegur itu yang kurang tepat. Mai sini Aida nak kongsi adab-adab memberi teguran yang aida baca dalam buku dirumah, ada yang aida edit sikit bagi lebih faham.
Bijak : Bawa kawan tersebut ke kedai tudung menemani anda, padahal niat anda nak tegur beliau.
Pujian : Beliau manis bertudung, tudung itu kena dengan wajah beliau dan Allah sayang lebih orang bertudung.
Sindiran : Kamu suruh beliau lihat kamu berwuduk dan tegur kamu, padahal kamu betul. Dengan cara itu beliau akan tahu yang beliau berwuduk cincai dari kamu.
Helah : Padahal kamu sendiri yang tak tahan dengan bau ketiak beliau, disebabkan nak menjaga hati beliau kamu pura-pura katakan ada orang beritahu kamu dan kamu sakit hati kalau ada orang mengata beliau.
Sambungan : Click Entry Penuh Click Sini
































