April 30, 2011

HAHA..APA LAH SAYA MEREPEK INI

April 30, 2011 18 Comments
Semalam tengah dating dengan incix google 
tetiba incix google tunjukkan sesuatu yang membuatkan diri ini rasa bergetar-getar
macam ada vibrate plak

memang cute-cute depa nie haih!! 
memang tak tahan betul la kalau tengok
rasa macam..rasa macam..

April 29, 2011

NASIB BUKAN DEKAT MALAYSIA

April 29, 2011 10 Comments
Assalammualaikum & Selamat sejahtera

korang tahu kan apa itu traffic jam??
mustahil tak tahu kan? kalau buat-buat tak tahu tu, memang tak tahu nak kata apa lah
majoriti rakyat kita di Malaysia ini tak suka dengan traffic jam
tapi tak tahu lah kalau ada yang suka pula kan
memang pelik lah itu orang

tapi saya rasa traffic jam kat negara kita nie belum tahap
teruk lagi rasanya

tak percaya korang tengok gambar nie

NAK MAKAN PUN TAK SANGGUP

April 29, 2011 8 Comments

Assalammualaikum & selamat sejahtera

entri ini sesuai untuk orang yang suka makan, suka makanan, suka pemakanan dan sebagainya
kalau tak suka jangan pandang sikit pun entri ini..haha
ahh..korang layan lah sendiri

April 27, 2011

CONTEST BLOG SAYA SMART

April 27, 2011 6 Comments
Contest ini dijemput khas oleh rakan blogger saya iaitu
SITI NURFARIHA
thankz ya fariha..
baru hari ini dapat join contest ini
sebelum terlupa

contest ini memang menarik tengok saja title contest ini
BLOG SAYA SMART
contest ini di taja sepenuhnya oleh UNKNONYMOUS.BLOGSPOT.COM
first time jejakkan kaki ke blog cik nie, background dia memang lip lap lip lap
dan sangat cemburu dengan header dia yang simple miut itu, bukan blog aje ownernya pun cute
^_^

sudah-sudah mari kita join contest ini

KECIK-KECIK DAH PANDAI 'TET'!!

April 27, 2011 8 Comments
AMARAN!!
Kanak-kanak bawah umur tidak boleh memasuki entri ini
kecuali dengan pengawasan orang dewasa atau perkataan senangnya ORANG TUA

bagi mereka yang dewasa atau ORANG TUA
diharapkan jangan lepas tangan dalam hal ini

SILA PANTAU
SALAH SIAPA

TUTORIAL : FACEBOOK LIKE BUTTON

April 27, 2011 5 Comments
Google

Nak letak kat mana 'natang' ini ya? letak kat bawah sekali pada setiap entri korang, so follower korang boleh like kalau dia orang rasa suka dengan entri korang itu (dah like pastu unlike pula sangat sedih ^_^)

Khas buat cik Pijahalim

caranya

April 26, 2011

SITUASI 1, 2, 3, 4 DAN 5

April 26, 2011 2 Comments
SITUASI 1

Hati masing-masing dah terpaut, sangat ramah, sangat mesra bersama. Tak ada istilah malu-malu kuda ataupun segan-segan unta lagi dah. Mana ada dia, ada lah anda umpama ada kaki adalah cagu. Merancang ke jinjang pelamin bila dua-dua dah otai nanti, berangan-angan mahukan anak seiras Shah Rukh Khan atau Lisa Surihani.
tetapi??
keluarga sebelah pihak tidak merestuinya sebab anda bukan berasal dari kaum kerabatnya. Seperti orang minyak perlu berkahwin dengan orang minyak juga. Nampaknya dengan berat hati anda terpaksa akur dan pergi meninggalkannya bersama kenangan yang gila indah.

April 24, 2011

PART 1 - LAWATAN UNTUK FOLLOWER TERSAYANG

April 24, 2011 2 Comments

MERENTAS IMAN

Mula berblogger pada 1 December 2008
sangat suka dengan carrot agaknya..tengok saja header dia tu.
siapa-siapa suka carrot boleh lah order dekat dia nie..
entri macam-macam ada..pasal diri ada, info ada, lawak ada.
tema blog warna oren dah kata carrot
follow : 144 orang
tak sempat nak kenal rapat sebab dia jarang ada, busy dengan study agaknya

April 23, 2011

SUNGGUH KECEWA DAN SEDIH

April 23, 2011 2 Comments
Assalammualaikum.. & Selamat sejahtera

Tadi balik kerja terus kakak saya bawak saya makan nasi ayam mencongkam
memang mencongkam habislah susah nak bangun lepas makan dekat situ
(sebab banyak benar makan nya)
kalau nak rasa nasi ayam yang betul-betul mencongkam ini
restorannya terletak di depan Pasar Besar Gombak
restoran ini pernah masuk program jalan-jalan cari makan
of coz la sedap kan?

jangan cite panjang-panjang
nanti orang malas nak baca aida!!
hik..hik..hik

LAWATAN UNTUK FOLLOWER TERSAYANG

April 23, 2011 4 Comments
Assalammualaikum & Selamat sejahtera

sangat teruja dengan pembiakan follower atau panggilan 'MANJA' nya pemberi semangat,
ya pemberi semangat pada saya untuk menyemak lagi dalam bidang blogger ini

saya rancang sepanjang bulan ini dan bulan depan saya akan cuba 
melawat blog-blog kesemua pemberi semangat saya ini
dan saya akan ceritakan serba sedikit tentang blog-blog mereka 
dalam setiap entri nanti

April 22, 2011

ENTRI KHAS UNTUK CIK MYRAVEA

April 22, 2011 0 Comments
Assalammualaikum & selamat sejahtera semua sahabat saya

DINKY WINK MYRAVEA 
siapa tak kenal cik myra yang cantik manis nie seorang blogger yang agak terkenal dari kalangan yang terkenal juga lah

saya buat entri nie nak ucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga pada Myra sebab sudi bagi saya peluang menapak dalam bloglist dia..hehe! siapa tak teruja dengan berita nie ya tak? cuma tak berkesempatan nak melompat je..almaklumlah dah tua. haha.

HOTEL TERAPUNG ATASI BENCANA ALAM

April 22, 2011 2 Comments
Assalammualaikum & Selamat sejahtera buat sahabat-sahabat semua

Hotel ini dibina berkonsepkan ala-ala kapal Nabi Nuh yang diberi nama THE ARK, dibina bertujuan mengatasi bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan bencana-bencana lain. Mengikut arkitek, hotel ini bertujuan untuk mendukung sistem kehidupan yang independen.

Apabila berlaku bencana alam, hotel ini berupaya terapung diatas air, ini bermakna jika tiada bencana alam maka hotel ini akan berada di atas daratan.

April 21, 2011

PEREMPUAN SEMUA SAMA JE!!

April 21, 2011 2 Comments
Hari yang sejuk boleh jadi panas..hujanlah banyak mana pun belum tentu dapat
meredakan panas yang agak 'tet' ini.
korang baca lah tajuk entry hari ini, saya yakin kaum hawa pasti bengang
mana tak bengangnya kalau perkataan 'SEMUA' ditukar kepada 'SEGELINTIR', 'SESETENGAH' or 'SEPARUH' tak apa lah kot..
ini tak SEMUA!!
huh..

April 20, 2011

TUTORIAL : BLOGLIST

April 20, 2011 4 Comments
Semalam borak sakan dengan sahabat baik saya salah seorang blogger iaitu FA , blog FA nie best sebab dia selalu update berita terkini, panas-panas pula itu. Tak percaya korang terjah sendiri blog dia. Lagi satu FA seorang blogger yang sangat peramah..

FA pernah tanya saya macam mana nak buat bloglist, saya tak sempat nak jawab dia dah tahu sendiri melalui kawannya tapi tak apa saya tetap akan buat tutorial ini.

JANGAN LEBIH-LEBIH BAHAYA NANTI!!

April 20, 2011 0 Comments
Assalammualaikum..

Kalau dah basi jangan marah..
saja suka-suka buat entri nie..
sekali sekala perlu melepak dan bersantai juga..

p/s : teka teki ini ada unsur lawak, so jangan marah kalau jawapan dia nanti agak 'pandai'..

1. Binatang apa nama dia ada DUA HURUF?

2. 5 ekor semut campur dengan 2 ekor semut berapa ekor semut jawapannya?

3. Pintu apa walaupun 10 orang masuk ia tetap tak boleh TOLAK?

4. Binatang apa yang seluruh badannya dekat KEPALA?

cukup untuk malam ini, lebih-lebih BAHAYA nanti!!

jawapan esok saya bagi...

hadiah??

saya akan COMMENT entri di blog korang dari A-Z sambil membaca..
ikhlas dari hati ini
(tanpa ada tempoh masa)
tak berbaloi betui hadiahnya kan? kan?


April 19, 2011

BAGUSNYA ADA BULU

April 19, 2011 6 Comments
Assalammualaikum..

conferm lepas korang baca entri nie, korang akan rasa menyesal kerana terbuang 100% bulu yang ada di badan korang..

cop!! ini entri kalau korang rasa agak kurang sopan maaf ea..bagi saya ini info yang berguna untuk dikongsikan bersama..

JANGAN MARAH INI MEMANG SENGAJA

April 19, 2011 0 Comments
Assalammualaikum...

ini memang salah saya, salah saya 100% dan saya tidak menuduh sesiapa pun dalam hal ini, sebab saya memang SENGAJA

SENGAJA mengubah template dan header blog..
malam yang bosan..malam yang tiada idea untuk menaip entri..
hasilnya macam blog saya sekarang nie la..dah bertukar template dan header...
tak kreatif langsung kan? kan?
hahaha...

apa boleh buat dah memang tak kreatif..diam-diam sudah. 
nak blogwalking pun line agak slow..sangat geram ok.
biasa la kan kalau guna burukband standard la line sentiasa LAJU 
macam siput sedut yang tersumbat..

help me..help me..niat di hati nak baca entri di blog korang-korang tapi.............
esok masih ada InsyaAllah 
sikit-sikit melompat makin lama makin jauh juga..

April 17, 2011

KESEDIHAN SEORANG ISTERI

April 17, 2011 3 Comments

Semalam pergi jenguk FB kak manja..sedihnya baca update statusnya..



ohh..terasa sayu je hati..tabahnya kak manja kan? kehilangan insan tersayang bernama suami..bukan senang nak lupakan orang yang berkongsi hidup dengan kita. Sedangkan teman lelaki dan tunang 'pergi' pun ada yang   boleh gila nie kan suami.

April 16, 2011

SAYA NAK MINTA TOLONG NIE??

April 16, 2011 6 Comments
Assalammualaikum & Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat saya yang dikasihi..

hai..hai..

Hope u all sihat-sihat semua..kalau sesiapa yang kurang sihat itu, saya akan doakan semoga korang-korang cepat sihat dan bersemangat seperti biasa..

sebelum tu, saya nak minta maaf kalau entri dalam blog saya nie membosankan, menyampah atau mengelikan..almaklumlah luahan hati semata-mata. hihi..

April 15, 2011

BUAT HEADER GUNA PHOTOSCAPE

April 15, 2011 15 Comments
Header yang cantik juga boleh membuatkan follower tertarik untuk menjelajah blog korang, disamping itu header yang cantik juga membuatkan tuan punya blog tersebut nampak kreatif..

jangan jadi macam budak hingusan empunya blog nie tak kreatif langsung headernya..(saya la tu)

ramai juga yang suka edit gambar melalui picnik, photoshine, picasa, photoscape dan sebagainya

sila downloads 

Picnik - sesuai bagi korang yang suka edit gambar simple-simple secara online

Photoshine - frame yang agak cumey-cumey macam empunya blog (perasan) tapi fungsinya agak terhad

Picasa - Picasa nie pun best, sesuai juga untuk orang yang suka edit gambar, ada fungsi picnik sekali

Photoscape - yang nie memang mudah kalau nak buat header..sebab saya guna yang ini..hik..hik

bagi saya, saya selalu gunakan photoscape untuk pembinaan header nie.. 

sebelum itu..entri ini sangat lah panjang..sila tutup telinga
(tak ada kena mengena)

April 14, 2011

HIJAUKAN BUMI KITA PHOTO CONTEST APRIL 2011

April 14, 2011 0 Comments
Nak tergelak pun ada juga..sebab bangun pagi-pagi terus teringat kat contest nie, teringat je...buat entrinye memalam juga..macam entri semalam excited bukan kemain nak join yela takut 'kempunan' nanti. Dah tak boleh tunggu hujung minggu dah..mesti tunaikan secepat mungkin baru puas hati..hik3. Puas selongkar tempat harta karun akhirnya jumpa juga gambar-gambar yang berkaitan
(bersorak dan melompat-lompat kegirangan).

menjadi penyebab saya agak gian dan teruja untuk menyertai contest sebegini kerana 

HOOIII!!! BUNYI APA TU?? MASYAALLAH...

April 14, 2011 0 Comments
SITUASI 1

Suatu malam yang hening, hujan renyai-renyai turun..suasana sunyi sepi, ketika itu hanya kedengaran bunyi air hujan yang menimpa tanah, hujan turun seakan-akan menangisi pemergian orang tersayang..

Mak Munah terjaga dari tidur kerana mendengar bunyi yang aneh..bunyinya sekejap kuat sekejap perlahan..sayup kedengaran. Mak Munah tidak sedap hati dia cuba merapatkan badannya disisi suaminya..semakin dekat dia dengan suaminya semakin kuat pula bunyi itu. Bunyi ini ikut aku kah kata Mak Munah dalam hati..tapi bunyi itu macam dekat dengan suaminya Pak Mat Tempe.

April 13, 2011

TEGURAN DARI KPAH K-POH

April 13, 2011 0 Comments
Mula-mula nak ucapkan kepada KPAH K-POH sebab sudi memberi teguran di shoutmix yang membina untuk blogger baru seperti saya ini..kelakar juga akak nie. Katanya blog saya tak mesra warga rabun..tergelak saya dibuatnya tau.. ekekeke...

JANGAN BERPUTUS ASA DAN JANGAN PANDAI MACAM KERENGGA

April 13, 2011 0 Comments
Cita-cita nak jadi ahli Animal Planet, cuma Animal Planet je yang tak mahu terima si polan nie..so si polan nie terpaksa lah wat kajian sendiri. Di pagi yang indah lagi bising dek bunyi radio bengkel kereta sebelah rumah, si polan nie memulakan kajiannya iaitu perihal kerengga atau bak kata anak buah si polan nie 'serengga' ok... 

April 12, 2011

SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI

April 12, 2011 0 Comments
Apabila orang terdekat kita ditimpa kematian, kita tersedar sejenak apa itu kematian? takut dan tidak bersedia dengan kematian kerana mengenangkan dosa yang terlalu banyak untuk kita tebus..ketika itu ianya telah menjentik sekeping hati milik kita untuk tersedar yang dunia ini hanya sementara.

Tetapi kemudiannya kita semakin lupa dan semakin mengejar hal duniawi semula..

ketahuilah apabila seseorang itu semakin hampir dengan kematian, maka terbahagilah dia kepada 5 bahagian :

1. segala harta yang dikumpulnya adalah untuk warisnya
2. amalan dan kebajikannya menjadi bekalan disana
3. setiap inci nyawanya kini untuk malaikat maut
4. daging ditubuhnya akan dijadikan makanan untuk ulat-ulat
5. tulang temulangnya untuk tanah

April 10, 2011

SAYA JOIN BLOGLIST MYRAVEA

April 10, 2011 4 Comments


lebih kurang beberapa minggu saya jadi 'pembaca halimunan' di blog MYRAVEA nie...suke sangat tgk blog dia..cute sangat macam orangnya..cumey!!

nak join dah lama tapi segan la...akhirnya saya join gak..hehe

cerita-cerita lam blog nie pon banyak yg best-best...

ntah-ntah dah terlewat nak join pe..ahhh!!! tak kira nak join gak..


JANGAN JADI BAIK SEPERTI SAYA

April 10, 2011 0 Comments

Jangan jadi baik seperti saya

bila orang susah saya akan sentiasa dan sedaya upaya membantu, walaupun ketika itu saya sendiri dalam kesusahan..
sebab lain kali mesti orang yang saya tolong itu bantu saya pula...paling tidak pun dia akan tunduk atas arahan saya.

Jangan jadi baik seperti saya

bila orang sedang bersedih, saya seboleh-bolehnya memujuk supaya dia kembali tersenyum...sebab bila saya susah kalau saya menangis mesti dia pula pujuk saya..so boleh lah saya mintak apa sahaja dari dia..


SUMIMIE-KAWAI BABY COLLECTION OPENING BLOG GIVEAWAY

April 10, 2011 0 Comments

walaupun saya tak ada baby lagi untuk dipakaikan baby cutie hat ini..saya tetap nak join giveaway yang sememangnya cutie nie..penuh dengan baby2 yang comey2.


kan best kalau saya yang boleh pakai baby cutie hat nie..mesti cute..berangan je la.

walaupun tak terpilih utk dapat giveaway nie x mengapa..yang penting dapat mengeratkan silaturrahim sesama blogger..

antara syarat-syarat penyertaannya :

April 9, 2011

CINTA DAN KAHWIN MANA BEST??

April 09, 2011 0 Comments
CINTA


Time bercinta 'kentut' pun wangi..sikit pun tak marah..

Ma (P) : b! ma teringin lama dah nak pergi Pulau Redang..tapi duit ma tak cukup nak pergi sana..(eiii..gedik)
B(L) : nape ma tak cakap dengan b awal2..b boleh bawa ma pegi..pasal duit ma jgn risau ea? (bangga tol)

Honey (L) : Lalink...i punya topap dah 'nazak' nie..u boleh beli kan tak?? (tiap2 hari mintak)
Lalink (P) : bole honey..nanti i belikan ea..jangan risau. love u..muahhh!! 
(tiap2 hari jantan tu mintak pun xmara)

TELUR AYAM KENA TIRU

April 09, 2011 0 Comments

Sian telur ayam...kena tiru tak pasal-pasal! mesti ayam 'bengang' je sebab hak cipta TERPELIHARA telur dia di tiru..agaknya lepas nie si ibu ayam perlu meletakkan cop HAK TERPELIHARA bagi setiap telur nya...

'kalau jadi'

April 8, 2011

GEMPA BUMI KUAT MELANDA LAGI

April 08, 2011 0 Comments

gambar hiasan sahaja.. =)

Sekali lagi Jepun dilanda gempa bumi sekuat 7.4 magnitud di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10.32 malam tadi. Menurut Jabatan Mateorologi Malaysia gempa itu dicatat di kedudukan 4,306 kilometer dari timur laut kudat, sabah..

BERNAMA

Astgahfirullahalazim...semoga rakyat jepun terutamanya orang islam di sana terselamat dari bencana itu..pray for jepun!!

Doakan semoga bencana ini tidak melanda negara kita..InsyaAllah..

Dunia semakin uzur..kiamat semakin menghampiri

jika anda mahu pembacaan lebih detail sila ke SINI (BERNAMA.COM)

April 6, 2011

KERAGUAN TENTANG 'HALAL'

April 06, 2011 0 Comments


bila search dalam internet tentang senarai barangan yang non-halal..banyak betul. Rasenya hampir-hampir separuh dari makanan harian kita diragui halal nya..saya baca dekat satu forum, barangan harian kita juga termasuk dalam senarai non-halal macam maggie,KFC,MCD dan sebagainya. Hampir-hampir nak percaya gak lah..aleh-aleh bahagian bawah ada satu comment kata benda tu sebenarnya hanya penyebaran maklumat palsu..

April 5, 2011

LOLLICRAFT :: I HEART HANDMADE GIVEAWAY

April 05, 2011 0 Comments
Hasil dari jelajah blog orang terjumpa plak blog yang sedang adakan giveaway

Ini Banner dia


cantikkan? riben polkadot..sangat suka dengan polkadot

antara syarat-syarat yang tuan blog dah tetapkan seperti : -

1) jadi FOLLOWER blog mia (and mia pun akan follow korang)

2) letakkan link BLOG MIA KT BLOGLIST KORANG..hehehe

3) create satu entry ,PASTEKAN BANNER G.A ni k.. - pic yg ade riben polkadot tu :)

5) jangan lupe letak LINK ENTRY KORANG KAT COMMENT BOX bwh entry ni..

6) bagi NICKNAME  dan EMAIL-kang 'ter'menang plak senang mia nk carik heee

7)  SEORANG peserta paling bertuah akan dipilih..cara ape mia pilih??..rahsia.. ^__^

8) setiap penyertaan mia akan masukkan dlm BLOGLIST DI BLOG MIA..suke tak?(^___^)

hadiah nya pun sangat-sangat lah sweet


Tarikh tutup : 22 April 2011 
Jam : 11.59 pm

kalau korang berminat nak join klik sini Keluhan Si Laptop Tua korang juga boleh baca entri2 dalam blog nie..

*dah follow kenalah jadi reader dan pengomel tetap pada blog ini..baru masyukk!!!

SIAN KAU GONGGOK

April 05, 2011 0 Comments


kat umah korang banyak tak 'natang' nie...cantik tak dia nie? kalau korang susah nak tidur, korang leyh lah kira kaki dia..tak pun korang ikut je dia pegi mane..conferm korang tido lena lepas tu..

kat umah saya kan banyak betul 'natang' nie..naik nyemak je tgk..dah macam kl monorail plak..bz lalu lalang depan saya..tak sekor dua ekor..nasib dia nie kalau lalu senyap je..kalau bunyi cam lori balak..uh tak ke naya.

tapi dalam senyap2 tu lah lagi bahaya...tiba2 dah sampai kat telinga, kat rambut, kat tangan..telinga tu yang bahaya..kalau masuk tak tahu lah nak kata..pelik gak lubang hidung dia tak pernah nak cuba2 masuk..tinjau pun tak mo..jijik agaknya, semak...haha

lupa nak perkenalkan dia nie...ha!! sape yang tak tahu tu..nama dia nie ulat gonggok@sepah bulan..nak tahu info lanjut boleh KLIK SINI. Korang baca lah sendiri...haha

sebenarnya nak ceta..semalam, pehal ntah dah banyak kali jentik pun dia datang gak kat saya..siap anta kat dapur lagi (nampak sangat menipu)..last2 dah geram saya jentik kuat2 sampai dia nie terpelanting ke dinding..

ne..no..ne..no..(bunyi ambulance) tak sampai hati punya pasal, saya pegi tgk dia nie dekat2...

nak tahu apa jadi??

April 4, 2011

BUAT BACKGROUND UNTUK ENTRY

April 04, 2011 0 Comments

ha..sapa nak? sapa nak? kalau nak sila follow step dibawah ini erk? buat sendiri..hehe

*AMARAN : code ini akan berfungsi dalam Edit HTML bukan Compose dalam posting korang..so diingatkan sila taip post korang dalam format Edit HTML ok..tolong ingat tu.

April 3, 2011

CARA LETAK CUTE BUTTON DI TEPI BLOG

April 03, 2011 8 Comments

 Contoh cute button yang saya nak ajar dalam tutorial kali nie...

fungsi cute button? - mempercepatkan carian dan kelihatan lebih kemas...tak lah blog korang panjang menjela ke bawah nanti..macam facebook selalunya korang guna badge kan..kalau guna cute button nie xperlu guna badge tu lagi..jimat sikit ruangan.

TERKEJUT!! TERPAKU!!

April 03, 2011 0 Comments
semalam dalam pukul 9.40 malam...abah balik dari masjid, macam biasa buka pintu untuk abah..tapi kali nie abah pandang arah kandang incix putih..serius je muka abah..

kandang incix putih ini memang kami gantung tempat yang agak tinggi supaya anjing dan kucing-kucing lain tak menganggunya..nak letak dalam rumah mmg tak lepas lah..abah tak kasi, kotor katanya..

bila abah buat muka macam tu..saya apatah lagi terus pandang kandang incix putih la..ha!!! kandang tu dah tergolek kat bawah..dengan muka yang cool saya terus ke luar rumah, dalam hati mintak-mintak bukan anjing la..kalau anjing?? ouhhh....tak boleh dibayangkan..

NAK EDIT DAN DELETED POST?? BOLEH SAJA..

April 03, 2011 0 Comments
jangan risau post korang yang telah di publish kan masih boleh di edit atau di deleted semula..

1. macam biasa log in korangnya blog..

2. ok nak edit dan deleted post nie ada tiga cara : -

a. Di dashboard klik pada edit post (seperti di bawah ini)


b. atau pada ruangan posting korang just klik edit post (seperti di bawah ini)


c. atau pada ruangan blog, korang just klik pada gambar pensil bawah posting korang (seperti di bawah ini)


nak buat yang mana ikut kemudahan dan kesenangan korang la kan..kalau cara pertama dan kedua tu
korang terpaksa menghadapi satu windows iaitu : -


korang pilih posting mana yang korang nak edit or deleted tu kemudian nak edit klik pada edit kalau nak deleted klik pada deleted yang dekat hujung sekali tu...

kalau korang klik edit secara automatiknya keluar posting yang korang pilih tu..so boleh lah korang edit kat situ..

kalau korang klik deleted pula...nanti pihak blog akan mintak permission sama ada korang yakin nak deleted posting itu atau tidak..bila yakin nak deleted just klik deleted je...nanti posting korang akan di deleted..

cara yang ke 3 pulak direct pada posting korang..so terus edit saja..tapi cara ini tak boleh deleted posting pula..nak deleted kena guna cara pertama atau kedua...

ok..semoga berjaya...

April 2, 2011

TEMPAT PENYIMPANAN HARTA PUSAKA DISELONGKAR...

April 02, 2011 0 Comments
Malam tadi sempat kemas tempat penyimpanan harta pusaka...sekali bukak MasyaAllah dasyat2...mcm rupa dah setahun tak usik..padahal hari-hari dok tengok..tengok je la kemas tak pun tu yang jadi cam setahun tak usik..

terlupa nak capture pic sebelum saya ngemas..tak ape lah HALAL je la ea..tempat penyimpanan harta pusaka nie bukannya tmpt simpanan duit, emas ke, dirham ke, atau dinar...cuma tempat penyimpanan segala mrs dan mr. froggie yang paling bermakna iaitu kebanyakkannya atas pemberian orang...korang jangan nak rompak ea...saya tak HALAL kan..haha. padahal tak bernilai kot bagi orang yang materialistik nie..tapi bagi saya ianya sangat-sangat lah bernilai...memori bersama orang yang memberi tu yang paling berharga.

aahhh...malas lah cite banyak2 kite tgk gambar and then bagi dua patah kata cukup..(pemalas punya budak)

April 1, 2011

CARA BINA BLOG

April 01, 2011 2 Comments
korang2 berminat? teringin? mengidam? nak buat blog...tapi korang2 tak tahu macam mana nak buat 'natang' nie..jangan risau saya akan tolong korang2 semua.

first2 sekali korang kena lah connect korang2 nya internet kan..pastu macam biasa open yahoo atau google dan klik link ini : -

KLIK SINI


lepas korang clik windows ini akan keluar kan? kan?


* so korang clik plak kt button OREN yang ada tulis Get Started tu...


Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me