Showing posts with label daftar BR1M 2.0 secara online. Show all posts
Showing posts with label daftar BR1M 2.0 secara online. Show all posts

February 18, 2013

Baucar BR1M 2.0

February 18, 2013 40 Comments

Alhamdulillah Jumaat 15 Februari 2013 pukul 10 malam baucar BR1M 2.0 selamat aida ambil. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki atas rahmatNYA juga dan terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang susah payah kena bayar cukai sana sini, tak lupa juga kepada para pemimpin yang berjaya mengagihkannya semoga semua dimurahkan rezeki, dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.


Tak silap aida BR1M 2.0 nie dilanjutkan hingga bulan 3 kan? tak silap sampai 15 Mac 2013. So pada sesiapa yang masih berkelayakan dan berkeinginan nak cuba boleh pergi ke pautan dibawah 

Borang BR1M 2.0
BR1M 2.0 secara online
Borang Rayuan BR1M 2.0
(Bagi borang rayuan BR1M 2.0 khas untuk korang yang pernah memohon sebelum ini tetapi mendapat status tidak layak so boleh buat rayuan semula)

Talian Bebas Tol BR1M 2.0
Senarai Kaunter Pendaftaran BR1M 2.0
(pada yang nak daftar secara manual di kaunter)

Malam aida ambil voucher BR1M 2.0 nie ada beberapa benda yang buat aida bersyukur sangat pada Allah SWT kerana mengurniakan negara yang aman, dan rakyat yang tinggi nilai keprihatinan dan sentiasa menjaga adab walaupun berlainan agama dan bangsa. Malam itu hampir kesemua warga tua dan generasi muda yang OKU dipimpin seorang-seorang, ibu-ibu ayah-ayah tunggal dan ibu serta ayah yang anak-anak kecilnya tidur didahulukan untuk ambil voucher BR1M 2.0. Sampai tersenyum melihat gelagat mereka sambil mengucapkan Alhamdulillah dalam hati :)

p/s : Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, Allah SWT berikan kita akal, tubuh yang sempurna supaya kita berusaha untuk mencari rezeki, rezeki tidak datang bergolek dengan sendirinya. Setiap manusia rezekinya lain-lain.. lagi banyak dia berusaha bertawakal lagi banyak rezekinya Allah SWT beri. Rezeki yang diterima juga milik Allah SWT maka tak salah kalau kita share rezeki itu bersama-sama dengan insan yang lain. :)


Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me