Showing posts with label Hindari Perbuatan Mengumpat. Show all posts
Showing posts with label Hindari Perbuatan Mengumpat. Show all posts

May 10, 2013

Tazkirah Jumaat : Hindari Perbuatan Mengumpat

May 10, 2013 71 Comments

Mengumpat atau menceritakan atau menyebut keburukan, kekurangan seseorang kepada orang lain. 

Rasulullah bersabda, "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis sahih riwayat Muslim)

Mengumpat boleh berlaku sama ada disedari atau tidak, perbuatan ini akan terjadi apabila kita menyebut kekurangan, keburukan orang lain walaupun tanpa menyebut namanya tetapi maksudnya sahaja orang yang mendengar boleh meneka siapa pelakunya. 



Elakkan perbuatan mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain, kerana ia bukan mustahil untuk orang lain mencari-cari kesalahan kita pula. ALLAH akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan semula kekurangan dan keburukan kita.

Mengumpat juga boleh mendatangkan fitnah. Seorang Muslim diperintahkan oleh ALLAH supaya saling mengasihi saudaranya seperti mengasihi dirinya sendiri kerana persaudaraan dan ukhwah sesama muslim sebahagian dari perintah ALLAH. Jika memutuskannya maka kita boleh dikatakan telah menginkari perintah ALLAH.

Walaupun orang itu memang terbukti keburukannya, dan kekurangannya kita sama sekali tidak boleh mendedahkannya kepada orang lain, boleh jadi insan tersebut tidak suka keburukan dan kekurangannya diketahui umum. Berdosa kita jika insan tersebut tidak mahu memaafkan perbuatan kita itu, makanya jika keburukan dan kekurangannya sudah terbukti, kita berjumpalah dengan insan itu dan berterus teranglah dengannya.

P/s : Pesanan untuk diri sendiri juga yang kadangkala tidak lari dari melakukan kesilapan. Betapa besarnya dosa mengumpat ini T_T 


Kredit :
Buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah (m/s : 34)




Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me