Showing posts with label DAP. Show all posts
Showing posts with label DAP. Show all posts

May 6, 2013

Keputusan PRU Ke-13

May 06, 2013 57 Comments

Ramai yang dah tahu kot kan Barisan Nasional masih kekal sebagai kerajaan Malaysia untuk PRU Ke-13, Tahniah buat Barisan Nasional kerana dengan IzinNYA dan kepercayaan rakyat, anda menang sekali lagi. Hope apa yang terjadi menjadi pengajaran buat Barisan Nasional untuk terus mengorak langkah dalam memajukan negara dari segala segi aspek dunia dan akhirat. 



Barisan Nasional 133 kerusi
DAP 38 kerusi
PKR 30 kerusi
Pas 21 kerusi
Bebas 0 kerusi

KEPUTUSAN DUN/NEGERI

Barisan Nasional

Negeri Sembilan - BN (22) PR (14)
Melaka - BN (21) PR (7)
Johor - BN (36) PR (16)
Sabah - BN (45) PR (10) Star (1)
Perlis - BN (13) PR (2)
Perak - BN (13) PR (2)
Terengganu - BN (17) PR (15)
Kedah - BN (21) PR (13)

Pakatan Rakyat

Penang - PR (30) BN (10)
Kelantan - PR (33) BN (12)
Selangor - PR (44) BN (12)

Tahniah juga buat Pakatan Rakyat kerana berjaya mengekalkan tiga negeri dibawah pemerintahan anda, yang nie aida harap sangat depa tunaikan manifesto PRU ke-13. hehe.. tempat aida gombak Azmin Ali menang lagi ^^ majoriti 4,734. 


Paling mengejutkan DAP banyak kaut kerusi di parlimen.. bukan nak racist ke hape tapi cuba kita renung-renungkan semula. Kalau PKR atau PAS kaut kerusi banyak itu ok sangatlah boleh diterima Aida pun suka. Tapi DAP? humai.. sikit-sikit esok lusa terus sapu bersih mungkin T_T

memang ada orang kata status MELAYU tak bawak ke syurga.. itu betul. Tapi ingat MELAYU itu majoritinya orang ISLAM. Kalau MELAYU ditindas automatik ISLAM juga turut ditindas. 


P/s : Pembangkang itu bagus supaya pihak yang menang jalannya sentiasa lurus, bila bengkok cepat-cepat boleh dibetulkan.. Bangkang dengan cara yang boleh memajukan negara bukan menjatuhkan negara. Sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan Allah, ini kerajaan manusia sudah tentu banyak silapnya. :) apa pun wahai bangsaku wahai saudara seIslamku hentikanlah persengketaan bersatulah demi kesucian agama kita ISLAM.
Maaf kalau ada yang silap fakta mahupun kata tersinggung hati, ini hanya pendapat noobs kerana sayangkan agama, bangsa dan negara :)

TAHNIAH BN TAHNIAH PR TAHNIAH MALAYSIA
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me