May 6, 2013

Keputusan PRU Ke-13


Ramai yang dah tahu kot kan Barisan Nasional masih kekal sebagai kerajaan Malaysia untuk PRU Ke-13, Tahniah buat Barisan Nasional kerana dengan IzinNYA dan kepercayaan rakyat, anda menang sekali lagi. Hope apa yang terjadi menjadi pengajaran buat Barisan Nasional untuk terus mengorak langkah dalam memajukan negara dari segala segi aspek dunia dan akhirat. 



Barisan Nasional 133 kerusi
DAP 38 kerusi
PKR 30 kerusi
Pas 21 kerusi
Bebas 0 kerusi

KEPUTUSAN DUN/NEGERI

Barisan Nasional

Negeri Sembilan - BN (22) PR (14)
Melaka - BN (21) PR (7)
Johor - BN (36) PR (16)
Sabah - BN (45) PR (10) Star (1)
Perlis - BN (13) PR (2)
Perak - BN (13) PR (2)
Terengganu - BN (17) PR (15)
Kedah - BN (21) PR (13)

Pakatan Rakyat

Penang - PR (30) BN (10)
Kelantan - PR (33) BN (12)
Selangor - PR (44) BN (12)

Tahniah juga buat Pakatan Rakyat kerana berjaya mengekalkan tiga negeri dibawah pemerintahan anda, yang nie aida harap sangat depa tunaikan manifesto PRU ke-13. hehe.. tempat aida gombak Azmin Ali menang lagi ^^ majoriti 4,734. 


Paling mengejutkan DAP banyak kaut kerusi di parlimen.. bukan nak racist ke hape tapi cuba kita renung-renungkan semula. Kalau PKR atau PAS kaut kerusi banyak itu ok sangatlah boleh diterima Aida pun suka. Tapi DAP? humai.. sikit-sikit esok lusa terus sapu bersih mungkin T_T

memang ada orang kata status MELAYU tak bawak ke syurga.. itu betul. Tapi ingat MELAYU itu majoritinya orang ISLAM. Kalau MELAYU ditindas automatik ISLAM juga turut ditindas. 


P/s : Pembangkang itu bagus supaya pihak yang menang jalannya sentiasa lurus, bila bengkok cepat-cepat boleh dibetulkan.. Bangkang dengan cara yang boleh memajukan negara bukan menjatuhkan negara. Sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan Allah, ini kerajaan manusia sudah tentu banyak silapnya. :) apa pun wahai bangsaku wahai saudara seIslamku hentikanlah persengketaan bersatulah demi kesucian agama kita ISLAM.
Maaf kalau ada yang silap fakta mahupun kata tersinggung hati, ini hanya pendapat noobs kerana sayangkan agama, bangsa dan negara :)

TAHNIAH BN TAHNIAH PR TAHNIAH MALAYSIA

57 comments:

Admin said...

Selamat pagi kerajaan baharu.
Moga naik kali ini lebih baik daripada naik pada sebelumnya.. :')

Admin said...

Selamat pagi kerajaan baharu.
Moga naik kali ini lebih baik daripada naik pada sebelumnya.. :')

aswadz said...

penang DAP dah pegang. tak lama lg mungkin johor lak. haish... bahaya2. apa2 pun, harap minyak x naek untuk counter balik pemberian BR1M yg akan ditingkatkan.

Unknown said...

Kerajaan baru telah dibentuk. Diharapkan kerajaan melaksanakan apa yang dijanjikan. ^_^

Admin said...

Selamat pagi kerajaan baharu.. Moga naik kali ni lebih baik daripada naik pada sebelumnya :')

Terbaru:
Dakwat Kekal SPR Tidak Sah Solat

Shakira Pathi said...

Setuju setuju :)

aswadz said...

aida, aku curi gambar sket na. hehehe...

http://aswadz.blogspot.com/2013/05/mintak-tolong-barack-obama-pulak.html

Akupenghibur.com said...

alhamdulilah BN menang :)

Unknown said...

Salam my dear lama akk tak bertandang ke sini. Parti mana pun yang menang janji mesti ditepati :).

my notes said...

org cina dah bersatu ... org melayu kena sedarlah ...

Anonymous said...

betul tu aida...jangan nanti kita tak boleh laungkan azan atau takbir raya..haru macam tu..

Unknown said...

bila DAP bersatu habislah org melayu..lama2 hak istimewa kita kat tanah sendiri pon xde..jadi lah macam singapore..hishh renung2kan lah..

Unknown said...

nak sangat tgk org2 melayu kembali bersatu......

HeNRieTTa JoSe said...

Keputusan telah diketahui...harap harap malaysia akan aman kembali...xkira mna mna parti...

boni kacak said...

melayu pegang sekarang pun, bangsa melayu tetap tertindas. jadi, sekarang ni kita doakan agar kerajaan sekarang akan terbuka mata akan kemarahan rakyat yang inginkan segala2nya telus, jujur dan amanah. peace no war :)

Fiza Rahman said...

Semoga janji ditepati dan semoga bangsa kita kembali bersatu. Tgk bangsa mereka, dah macam trunami kebangkitannya.

lynmunir said...

Suka sangat bila BN memang walau bukan 2/3 seperti yang diharapkan. Orang melayu kena sedar.. bila Cina tiada taat dan setia akhirnya apa yang tinggal kepada kita ? Saya menantikan PAS dan UMNO bergabung semula, menggukuhkan sendi yang telah longgar.

Mimin Adam said...

penat dengan dunia politik, rakyat bersuara langsung dia tak prihatin :(

jaakechik said...

PRU 13 kali ni cukup hot kan...hehehhee.... masih ramai lagi yg x puas hati. mcm2 isu yg berbangkit dan timbul. :)

Unknown said...

Salam sister.. jom tgk tudung2 dan shawl kt blog hijab valley. Tgh promosi skrg. Free postage lg =)

Terima kasih
http://hijab-valley.blogspot.com

Anonymous said...

Assalamualakum.
Inilah kesilapan yang jelas. Mohon mencelah. Apabila bercakap tentang DAP menang banyak kerusi, kamu katakan bahawa ini kebangkitan cina.
Luangkan sedikit masa kamu untuk buat statistik. Buka keputusan PRU13 di website SPR. Lihat tempat2 yg dimenangi oleh DAP, siapakah lawannya? majoritinya adalah dari komponen parti BN, iaitu MCA atau pun Gerakan. Dan kawasan yg dimenangi itu majoritinya ialah kawasan orang cina. MCA/Gerakan di bawah B.Nasional bukan cina jugakah?

Anonymous said...

Ok berbalik kita kembali kepada lawan2 ini. Cina DAP & Cina MCA/Gerakan, kamu rasa cina MCA itu tidak tolak hukum islam?

mohon lihat link:
http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2013/05/mcakutukhudud.jpg

ini dipaparkan dalam surat khabar arus perdana berbahasa inggeris. sedarlah MCA adalah adalah jauh perosak ISLAM. Jangan kamu nafikan...

MyFreeMinded said...

Sedih dengan sikap pemimpin zaman sekarang, bukan nak memimpin rakyat untuk mencari keredhaan Allah, tapi untuk memenuhi poket masing2.. tak kiralah dari mana2 parti pun..

caliph shuriken said...

harap2 tercapai impian tgk pas & umno bgabung secepat mungkin sblom terlambat...

Anonymous said...

@caliph shuriken

Tuduh DAP, tuduh PAS, lepas tu ajak gabung. Lain kalilah. Buang perkauman, buang ronggeng, buang lucah, buang fitnah, baru boleh cerita masuk PAS. kan?

Anonymous said...

https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/295338_602924836386289_1709247263_n.jpg

Aimacomel said...

Nak komen, tp takut sat gi jadi emosional pulak..

Unknown said...

saya pon mcm baby comel juga...malas nak komen takut terEMO....hehehhee....apa2 pun ingatlah isu perkauman ni takkan berungkit kalau MCA yg menang kerusi...ada kabar angin BN nak tarik DAP join kerajaan...kalau betul2 terjadi adakah penyokong BN tetap akan kata DAP racist? atau mungkin akan kata penggabungan itu perlu utk mengelak polarisasi kaum? hehehe fikir2 la...politik bermaksud apa yang lawan buat semua jahat...tapi kalau lawan join kita semua yg diorg buat jadi betul...

Unknown said...

tahniah pada yang menang...semoga segala janji ditunaikan...

Diari Si Froggie said...

@Ahsfantasy Ryu Selamat pagi :) baru la nie aida sempat balas komen Ahsfantasy.. InsyaAllah moga baik dari sebelumnya dan ada peningkatan.

Diari Si Froggie said...

@aswadz itu lah tapi entah lah bila kita kata gitu depa kata gitu perkauman pulak kan.. apa2 yang terbaik kita ikut jela.. harap depa tak ambil kesempatan :) Setakat nie tak nampak lagi peningkatan minyak.. Alhamdulillah.. *maaf baru la nie sempat balas komen Aswadz

Diari Si Froggie said...

@AzieYanz Rahim InsyaAllah mari kita doakan kerajaan baru ini lebih baik dari yang sebelumnya :)

Diari Si Froggie said...

@Ahsfantasy Ryu Selamat pagi :) betul2.. aida sokong. Amin..

Diari Si Froggie said...

@Shakira Pathi wah Shakira setuju dengan aida.. hiks. terharu. terima kasih2.. :) *maaf shakira aida baru la nie sempat balas komen

Diari Si Froggie said...

@aswadz Sila2 :)

Diari Si Froggie said...

@Aku Penghibur Alhamdulillah sudah ditentukan depa menang :) moga depa menepati janji depa..

Diari Si Froggie said...

@Hartina Arssid Aida pun lama tak bertandang blog akak.. la nie baru sempat nak balas komen akak nie ha.. hehe.. betul2.. janji mesti ditepati dosa kalau janji tak mahu tepati :)

Diari Si Froggie said...

@my notes org melayu memang dah bersatu tapi tu lah cuma kesatuan tu belum sekukuh org cina lagi kan My Notes? :)

Diari Si Froggie said...

@Kathy Rbain itu peringkat bahaya dah tu.. InsyaAllah tidak akan terjadi kalau kita sama2 hormat menghormati :)

Diari Si Froggie said...

@azizah :) itu lah jijah.. tak pasti nak kata apa, karang bila kata lelebih salah jadinya. Hope negara kita tak lah macam tu sebab dah biasa hidup pelbagai kaum :)

Diari Si Froggie said...

@Remy hazza aida pun remy.. harap2 satu hari nanti ianya akan terjadi :)

Diari Si Froggie said...

@HeNRieTTa JoSe sangat setuju.. tak kisah lah memana asalkan ianya aman dan negara tidak tergadai :)

Diari Si Froggie said...

@boni kacak bangsa melayu tertindas sebab perangai depa sendiri ^^ kalau telus jujur dan amanah pun belum tentu bangsa melayu tak tertindas.. hope bangsa melayu akan terus kekal memegang negara Malaysia :)

Diari Si Froggie said...

@Fiza Rahman Amin.. betul2.. bangsa melayu bila lagi. hehe.. yang penting tak kira bangsa kena saling hormat menghormati :)

Diari Si Froggie said...

@Lynn Munir aida sokong apa yang lynn katakan.. bergabung itu lebih kukuh berbanding berpecah2.. :)

Diari Si Froggie said...

@MiMiNadam memana parti pun sama dear.. time PRU je semua berlagak prihatin :) tapi kita kena nilai yg mana satu parti lebih mendengar.. itu je la yg mampu kita buat..

Diari Si Froggie said...

@jaakechik a'ah sampai gaduh2 putus sahabat pun ada.. haha.. memacam

Diari Si Froggie said...

@Hijab Valley Wasalam Hijab.. InsyaAllah aida akan datang kesana :)

Diari Si Froggie said...

@Anonymous Wasalam anon.. terima kasih atas komen anon.. saya faham apa maksud anon, maaf betulkan jika saya tersilap.. MCA adalah dibawah anggota parti komponen Barisan Nasional. kuasa terbesar masih UMNO iaitu pertubuhan kebangsaan MELAYU bersatu.. DAP pula memihak kepada semua kaum dengan konsep malaysian malaysia iaitu kesamarataan dalam semua segi dan aspek.. tetapi majoritinya kaum cina yang menguasai parti DAP..

Diari Si Froggie said...

@Anonymous sudah dikatakan orang kafir orang yang tak memahami agama Islam.. makanya memang itu perangai depa.. tolak hukum Islam. Tak kiralah MCA ke DAP ke.. kalau depa ok hormat kita tak ada udang disebalik batu kita wajib hormat mereka.. tapi dalam hormat, kita sebagai umat Islam masih perlu berhati2.. kenapa umat Islam zaman sekarang lebih percayakan org kafir berbanding umatnya sendiri iaitu saudara seagamanya? cuba cik anon fikirkan.. :)

Diari Si Froggie said...

@MyFreeMinded itu aida setuju.. semua parti hanya kejar duit, pangkat dan gila kuasa.. rakyat jadi mangsa..

Diari Si Froggie said...

@caliph shuriken itu yang terbaik.. Islam majoriti kedua2 parti, InsyaAllah kalau kedua2nya bergabung bangsa lain pun tak perlu takut.. sebab agama Islam agama yang lembut dan adil :)

Diari Si Froggie said...

@Anonymous ini masalah orang Islam kita.. sesama sendiri nak bergabung ada saja masalahnya kan? hehe.. fikir2kan.. contohi bangsa lain yang saling bantu membantu menaikkan bangsa depa..

Diari Si Froggie said...

@Anonymous tak bagus sebarkan gambar seperti itu.. tak kisahlah mana2 pihak pun.. sebelum share fikirkan dulu kebaikkan dan keburukkannya :)

Diari Si Froggie said...

@baby comel :) tak pe diam tu lebih baik sayang <3

Diari Si Froggie said...

@Hatimi Tahirruddin kalau nak lagi mudah gabung je semua.. bangkang bila perlu je.. konpem negara aman, makmur, maju dan bahagia :) kalau tuduh sana tuduh sini pun sampai bebila tak habis kan..

Diari Si Froggie said...

@Noor Mala Shahar InsyaAllah.. moga2 gitu lah :)

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me