Keputusan PRU Ke-13
Diari Si Froggie
May 06, 2013
57 Comments

Ramai yang dah tahu kot kan Barisan Nasional masih kekal sebagai kerajaan Malaysia untuk PRU Ke-13, Tahniah buat Barisan Nasional kerana dengan IzinNYA dan kepercayaan rakyat, anda menang sekali lagi. Hope apa yang terjadi menjadi pengajaran buat Barisan Nasional untuk terus mengorak langkah dalam memajukan negara dari segala segi aspek dunia dan akhirat.
Barisan Nasional 133 kerusi
DAP 38 kerusi
PKR 30 kerusi
Pas 21 kerusi
Bebas 0 kerusi
KEPUTUSAN DUN/NEGERI
Barisan Nasional
Negeri Sembilan - BN (22) PR (14)
Melaka - BN (21) PR (7)
Johor - BN (36) PR (16)
Sabah - BN (45) PR (10) Star (1)
Perlis - BN (13) PR (2)
Perak - BN (13) PR (2)
Terengganu - BN (17) PR (15)
Kedah - BN (21) PR (13)
Pakatan Rakyat
Penang - PR (30) BN (10)
Kelantan - PR (33) BN (12)
Selangor - PR (44) BN (12)
Paling mengejutkan DAP banyak kaut kerusi di parlimen.. bukan nak racist ke hape tapi cuba kita renung-renungkan semula. Kalau PKR atau PAS kaut kerusi banyak itu ok sangatlah boleh diterima Aida pun suka. Tapi DAP? humai.. sikit-sikit esok lusa terus sapu bersih mungkin T_T
memang ada orang kata status MELAYU tak bawak ke syurga.. itu betul. Tapi ingat MELAYU itu majoritinya orang ISLAM. Kalau MELAYU ditindas automatik ISLAM juga turut ditindas.
P/s : Pembangkang itu bagus supaya pihak yang menang jalannya sentiasa lurus, bila bengkok cepat-cepat boleh dibetulkan.. Bangkang dengan cara yang boleh memajukan negara bukan menjatuhkan negara. Sebaik-baik kerajaan adalah kerajaan Allah, ini kerajaan manusia sudah tentu banyak silapnya. :) apa pun wahai bangsaku wahai saudara seIslamku hentikanlah persengketaan bersatulah demi kesucian agama kita ISLAM.
TAHNIAH BN TAHNIAH PR TAHNIAH MALAYSIA







