Duit banyak? 10 jenis bank untuk menyimpan masih tak dapat menampung duit yang banyak? Boleh cuba naik kapal paling mewah ini. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 999.
1. MS Allure of the Seas
Kapal milik The Royal Caribbean International Company ini mempunyai ketinggian 72 meter dan panjang 360 meter dan dibina pada tahun 2006 merupakan kapal termewah dan terbesar didunia. Dapat memuatkan 1385 orang penumpang dengan dilengkapi 25 restoran dan mempunyai seramai 2000 orang crew profesional.
2. MS Oasis of the Seas
Kapal yang dimiliki oleh The Royal Caribbean International Company ini mempunyai kelajuan 22.6 knot dengan 6 enjin diesel, Menawarkan kemewahan 6 dek, teater big super, restoran dengan menu seluruh dunia, sarana hiburan, dan cafe.
Seperti yang dijanjikan Aida akan review dua blog yang berikan pandangan dan kritikan sempena Hari Jadi blog Diari Si Froggie hari tu. Terima kasih pada korang semua yang sudi wish secara langsung atau tak langsung telah membuatkan Aida makin bersemangat nak berblogging nie. Antara dua komen yang menarik Aida terima ialah :
Time jalan-jalan cari bahan nak buat entri tertarik pula dengan info mengenai rupa paras semulajadi haiwan yang tak pernah langsung Aida tengok, Pelik ada, gerun ada, unik ada, comey ada, nak tergelak pun ada. Tak baik kan Aida gelak sebab nie semua ciptaan Allah. SubhanAllah!
1. Hatchetfish
Ikan penghuni jurang ini sangat kecil sebesar 12 cm, tidak berbahaya, Ikan ini ditemui di perairan tropika seluruh dunia (tak pasti Malaysia ada atau tidak spesis ikan nie). Ikan ini memakan makhluk-makhluk yang lebih kecil darinya seperti copepoda (sejenis crustaceae)
Sejenis Copepoda yang dimakan oleh Hatchetfish
Rupa ikan Hatchetfish
2. Kelawar Hidung Jantung
Terdapat di hutan hujan Filipina, kelawar ini adalah haiwan yang paling pupus dan memiliki wajah yang teraneh, telinganya dilitupi bintik kuning, mata berwarna oren dan hidung yang mirip dengan jantung. Kelawar ini memakan buah ara, buah-buahan yang lain dan kadangkala memakan serangga.
Tanggal 11.12.2011 seorang blogger iaitu Cik Puan Azizah memerangkap sahabat baik Aida dalam dunia blogger selamat ditunangkan dan dinikahkan sekaligus. Selamat Pengantin Baru buat Cik Puan Azizah atau panggilan manjanya Jijah. Aida kenal Jijah nie dari mula-mula Aida start berblogging. Jijah nie terkenal dengan ayat shoutnya ''Pecut'' blogwalking pecut la tu maknanya. Hehe..Rindu dengan ayat tu Jijah oii.
Majlis Persandingan kedua mempelai ini pula akan diadakan pada 25 Februari 2012 di rumah Jijah sendiri iaitu Port Dickson. Dengan rasa berbesar hatinya Jijah postkan kad perkahwinannya pada Aida, so hari Jumat hari tu Aida dapat dah la kad kahwinnya.