February 18, 2013

Baucar BR1M 2.0

February 18, 2013 40 Comments

Alhamdulillah Jumaat 15 Februari 2013 pukul 10 malam baucar BR1M 2.0 selamat aida ambil. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki atas rahmatNYA juga dan terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang susah payah kena bayar cukai sana sini, tak lupa juga kepada para pemimpin yang berjaya mengagihkannya semoga semua dimurahkan rezeki, dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.


Tak silap aida BR1M 2.0 nie dilanjutkan hingga bulan 3 kan? tak silap sampai 15 Mac 2013. So pada sesiapa yang masih berkelayakan dan berkeinginan nak cuba boleh pergi ke pautan dibawah 

Borang BR1M 2.0
BR1M 2.0 secara online
Borang Rayuan BR1M 2.0
(Bagi borang rayuan BR1M 2.0 khas untuk korang yang pernah memohon sebelum ini tetapi mendapat status tidak layak so boleh buat rayuan semula)

Talian Bebas Tol BR1M 2.0
Senarai Kaunter Pendaftaran BR1M 2.0
(pada yang nak daftar secara manual di kaunter)

Malam aida ambil voucher BR1M 2.0 nie ada beberapa benda yang buat aida bersyukur sangat pada Allah SWT kerana mengurniakan negara yang aman, dan rakyat yang tinggi nilai keprihatinan dan sentiasa menjaga adab walaupun berlainan agama dan bangsa. Malam itu hampir kesemua warga tua dan generasi muda yang OKU dipimpin seorang-seorang, ibu-ibu ayah-ayah tunggal dan ibu serta ayah yang anak-anak kecilnya tidur didahulukan untuk ambil voucher BR1M 2.0. Sampai tersenyum melihat gelagat mereka sambil mengucapkan Alhamdulillah dalam hati :)

p/s : Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, Allah SWT berikan kita akal, tubuh yang sempurna supaya kita berusaha untuk mencari rezeki, rezeki tidak datang bergolek dengan sendirinya. Setiap manusia rezekinya lain-lain.. lagi banyak dia berusaha bertawakal lagi banyak rezekinya Allah SWT beri. Rezeki yang diterima juga milik Allah SWT maka tak salah kalau kita share rezeki itu bersama-sama dengan insan yang lain. :)


February 15, 2013

Tazkirah Jumaat : Sembahyang Sambil Melihat Al-Quran

February 15, 2013 31 Comments

Sembahyang sambil melihat Al-Quran biasa terjadi apabila seseorang tidak menghafal bacaan dalam sembahyangnya, maka dengan itu beliau meletakkan Al-Quran disebelah atau dihadapannya supaya mudah untuk beliau memandang dan membacanya. 



Jawapan :

Membaca Al-Quran dalam sembahyang adalah sunat, dibuat dapat pahala jika ditinggalkan tidak pula berdosa. Dalam hal ini jika seseorang membuka Al-Quran dan diletakkan ditepi mahupun didepan dengan niat hendak membacanya dalam waktu sembahyang nanti orang itu mendapat pahala atas usaha gigihnya itu tetapi lebih cantik dan cun lagi kalau kita sedaya upaya menghafal surah tersebut. Jika difikirkan secara logik bila mana kita membaca surah dengan melihat Al-Quran dikhuatiri khusyuk dalam sembahyang kita akan terganggu. Jadi lebih molek kalau kita hafal surah tersebut :) tapi kalau nak buat jugak dan tak khuatir khusyuk terganggu maka dibolehkan sebab ianya hanya sunat. 

Banyak lagi tentang Islam disini

p/s : Dalam islam tiada yang susah semuanya mudah jika benar-benar memahami dan mempelajarinya dengan seikhlas hati ^^

Kredit :
Buku Menjawab Masalah Anda
(koleksi buku dirumah :P)



February 14, 2013

[Update] Wanita Mati Di Berjaya Times Square

February 14, 2013 17 Comments

Petang tadi aida ada up entry mengenai seorang wanita cina yang mati di Berjaya Times Square pukul 11 pagi tadi. Mengikut berita sebenar yang diupdate melalui www.malaysiandigest.com

Kredit Picture : www.wanita.com


"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mental dan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

Thank banyak-banyak pada reader blog aida Sara Shafiqa yang memberi url malaysiandiegst.com dan menegur aida dalam entry tadi :)

p/s : InsyaAllah.. kalau ada update sebenar kes ini aida try update ea.. takut jugak kalau terfitnah or tersampai berita yang tak betul karang kan. Sian pada mangsa dan keluarganya nanti. Memang entry first tadi aida tak berani nak letak tittle 'bunuh diri' sebab tu aida letak 'atau kemalangan'. 
Kredit :
Picture 
Info

Bunuh Diri Atau Kemalangan : Gambar Wanita Mati Di Berjaya Times Square

February 14, 2013 31 Comments

Aida perasan benda nie time tengah godek-godek akaun says tadi, haish ada lagi kes sebegini. RIP buat mangsa.

Tragedi ini berlaku pada pukul 11 pagi tadi 14 Februari 2013, mayat wanita yang dipercayai berumur sekitar 19 tahun ini ditemui di lobi Berjaya Times Square Shopping Mall berhampiran Booth U Mobile. Mayat wanita itu dikatakan dipenuhi darah dan dipercayai terjatuh dari tingkat 6 shopping mall tersebut. 





Kredit picture : www.wanita.com

maaf gambar dikaburkan bagi menghormati mangsa dan keluarga mangsa


Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan


Kredit :
Info/Picture

February 9, 2013

Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic

February 09, 2013 20 Comments
Penyertaan last minit :P

Syarat-syarat

1. Like Fanpage FizgraphicDotCom (Done)


2. Follow blog www.fizgraphic.com (Done)


3. Follow Google+ Fizgraphic (Done)


4. Buat entry bertajuk Segmen : Pencarian Bloglist Fizgraphic (Done)

5. Letak Banner Segmen dalam entry dan backlink kan ke entry Segmen (Done)

6. Syarat keenam apit suruh buat :


"Paling tak suka dan jeles sekali dengan kebijakkan apit membuat doodle, walaupun dah hangkut DVD Adobe Photoshop dari apit aida masih tak lepas-lepas buat doodle macam apit. T_T. Makanya disebabkan doodle apit awesome semuanya, aida gunakan doodle apit tu dalam mendesign blog orang. Aida dah inform apit tau bukan curi ha. :P Aida suka design blog apit dari newbie kita kenal sampai lah apit dah retis sekarang blog apit tetap warna biru. Header yang sekarang pun aida suka smart ooo.. baru nampak kelakian sikit. :) (eh macam dah lari dari syarat je :P apa-apa pun blog Fizgraphic memang banyak membantu aida dalam mendesign blog orang :)"

7. Hantar Link entry korang dekat komen entry segmen (Done)

8. Tekan Button Share Facebook sekali ea (Done)

Tamat : Sat lagi tamat dah segmen nie 11.59pm

p/s : Hiks.. sempat jugak aida join walaupun last minit.. join tanda support Apit :) pas nie nak join segmen si uzu pulak. 

February 8, 2013

Berlasungkawa Adik Ahmad Adam Syukri (4 Mac 2012 - 7 Februari 2013)

February 08, 2013 44 Comments

Al-Fatihah buat arwah adik Ahmad Adam Syukri dan Takziah buat seluruh keluarganya semoga mereka tabah dan sabar mengharungi dugaan dari Yang Maha Kuasa.


Lahir pada 4 Mac 2012 telah mengalami Brain Damage Severe HIE (Hypoxic Ishemic Encephalopaty) atau lebih dikenali sebagai kerosakan pada saraf otak. Lahir secara vacuum dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scam MRI menunjukkan otak adik Ahmad Adam Syukri mengalami kerosakan yang teruk. Hidup adik Ahmad Adam juga bergantung dengan mesin oksigen yang dibekalkan untuk terus hidup, dia juga terpaksa menggunakan mesin suction kerana adik Ahmad Adam tidak berupaya menelan air liur. Mata kanan adik Ahmad Adam mengalami injured begitu juga dengan telinga kanannya juga tidak dapat mendengar kerana kerosakan dalaman. Doktor pakar otak mengesahkan jika adik Ahmad Adam hidup, dia akan terlantar seumur hidup kerana penyakit ini amat tipis untuk sembuh. Doktor pakar otak juga mengklasifikasikan kerosakan otak adik Ahmad Adam ini sebagai kematian saraf otak. 


Kepada yang mengikuti perkembangan arwah adik Ahmad Adam Syukri ini di Facebook tentu tahu, sejak selasa lalu adik Ahmad Adam Syukri menunjukkan tahap kesihatan yang terlalu lemah, arwah mengalami demam panas, paru-paru dijangkiti kuman dan oksigen juga makin berkurang. 

Kisah ini pernah dipaparkan dalam MHI (Malaysia Hari Ini) pada 10 Oktober 2012, dan pada pagi tadi 8 Februari 2013 MHI sekali lagi memaparkan rentetan hidup arwah adik Ahmad Adam Syukri sehingga urusan mengkafankan jenazahnya selesai. 



"Allah tidak memberati (menguji) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya" 
(Al-Baqarah : 286)

"Dan sungguh kami benar-benar akan mengujimu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta serta hilangnya jiwa dan sedikitnya buah-buahan"
(Al-Baqarah : 155)

"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran pasti akan ada kemudahan"
(Al-Insyirah : 6)

p/s : Setiap musibah dan dugaan yang diberikan Allah kepada umatnya akan dapat menghapuskan dosa. Kedua ibu bapa arwah adalah insan yang terpilih dan hebat untuk menghadapi dugaan dari Allah.. Mungkin satu hari nanti Allah akan kurniakan kepada kedua ibu bapa arwah ganjaran yang berlipat kali ganda atas kesabaran mereka. 

Al-Fatihah jugak buat pelakon veteren arwah Datok Yahya Sulong dan juga arwah Azli Paat pakar teknologi tempatan.

Kredit :
Images dan Info





February 1, 2013

Islam Mengajar Umatnya Bersangka Baik

February 01, 2013 63 Comments

Salam Jumaat kawan-kawan semua, semoga hari Jumaat kali ini membawa 1001 kebaikan. 

Islam mengajar kita sebagai umatnya supaya sentiasa bersangka baik sesama saudara seIslamnya bukan sahaja bersangka baik dengan segala apa yang diberikan Allah SWT buat kita, dengan bersangka baik juga kita dapat menjauhkan perasaan dengki, iri hati, sakit hati, dendam, dan meninggi diri. 

Syeikh Abdulkadir Al Jailani pernah memberikan tips bersangka baik iaitu :





Click Entry Penuh Click Sini untuk info seterusnya..

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me