[Update] Wanita Mati Di Berjaya Times Square
Diari Si Froggie
February 14, 2013
17 Comments

Petang tadi aida ada up entry mengenai seorang wanita cina yang mati di Berjaya Times Square pukul 11 pagi tadi. Mengikut berita sebenar yang diupdate melalui www.malaysiandigest.com.
Kredit Picture : www.wanita.com
Sumber : www.malaysiandigest.com
"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mental dan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"
Thank banyak-banyak pada reader blog aida Sara Shafiqa yang memberi url malaysiandiegst.com dan menegur aida dalam entry tadi :)
p/s : InsyaAllah.. kalau ada update sebenar kes ini aida try update ea.. takut jugak kalau terfitnah or tersampai berita yang tak betul karang kan. Sian pada mangsa dan keluarganya nanti. Memang entry first tadi aida tak berani nak letak tittle 'bunuh diri' sebab tu aida letak 'atau kemalangan'.
Kredit :
Picture
Info





