April 23, 2012

NOSTALGIA PULAU PINANG

April 23, 2012 20 Comments

Eh kata Offline tapi entry update pulak! Jangan terkejut sebab entry nie entry Auto Publish jejak korang je tak dapat balas lagi.. hehe. Kali ini Aida nak ajar korang sejarah pulak ya? Sejarah Pulau Pinang.. ehem!

Pulau Pinang pada asalnya kepunyaan kesultanan Kedah dan diserah oleh Sultan Muhammad Jiwa sebagai gantian untuk mendapatkan perlindungan daripada pihak British daripada serangan Siam dan Burma kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786. Pada 11 Ogos 1786, Kapten Francis Light pengasas Pulau Pinang ketika itu menamakan Pulau Pinang dengan nama Pulau Prince Of Wales dan ditukar semula kepada Georgetown oleh Raja George II.




Kedudukan pulau yang strategik telah menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu pelabuhan untuk kapal-kapal perdagang oleh Syarikat Hindia-Timur British. Tanpa pengetahuan Sultan Kedah iaitu Sultan Muhammad Jiwa, Francis Light telah membuat perjanjian memberi perlindungan kepada askar Syarikat Hindia-Timur British dan apabila Syarikat ini gagal membantu Kedah dalam serangan Siam, Sultan Kedah cuba mengambil balik Pulau Pinang pada tahun 1790 tetapi gagal

April 21, 2012

GONE OFFLINE

April 21, 2012 27 Comments

Mulai saat ini blog Diari Si Froggie terpaksa direhatkan untuk beberapa minggu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.



InsyaAllah nanti Aida akan balas jejak korang semua ok bila dah online semula nanti :) 
Hanya Entry Auto Publish sahaja disediakan.
P/s : Oh sangat merindui rakan-rakan disini dan juga di Facebook, doakan Aida baik-baik sahaja ya, dan murah rezeki :)




April 18, 2012

RABU YANG BISU #18

April 18, 2012 52 Comments


Gambar di capture depan rumah :)

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan hujan dan petir kita tertanya-tanya kemana perginya matahari rupanya Allah berikan kita Pelangi"

P/S : Apa yang kita rasa baik tidak semestinya baik untuk kita.. kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNYA :)





April 13, 2012

PENJARA PUDU (2)

April 13, 2012 53 Comments

Penjara Pudu (1)

Antara kisah misteri yang berlaku di Penjara Pudu

Potret Misteri

Salah satu potret yang dilukis oleh banduan dibilik terakhir penjara pudu

Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri. 

"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"

"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir. 

Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad

Laluan yang menempatkan banduan-banduan

"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu. 

Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail


"Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung. 

April 9, 2012

PENJARA PUDU (1)

April 09, 2012 44 Comments
Penjara Pudu atau dahulunya dikenali sebagai Penjara Goal terletak di Jalan Hang Tuah, mula dibina pada tahun 1891 dan siap sepenuhnya pada tahun 1895 seluas 10 hektar. Dibina menyerupai penjara Kindy Bogambia yang berbentuk X.

Tembok penjara yang dibina pada Februari 1891 telah siap pada ogos 1892 
dianggarkan bernilai RM 15,360,90 diperbuat dari batu bata yang dilepa dari British.

Blok pentadbiran dan dapur yang masing-masingnya bernilai RM 28,700.00 dan RM 3,775.0. Bagi blok pentadbiran menempatkan Pejabat, Pejabat kerani, Stor, Bilik Pemeriksaan, dan Bilik Pengawal dan dapur pula menempatkan sebuah stor dan bilik timbang yang direka bentuk menyerupai dapur Pauper Hospital.

April 7, 2012

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (3)

April 07, 2012 24 Comments

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)
6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (2)

Entri berkenaan dengan Islam akan dipublish setiap hari sabtu atau ahad


1. Batal wuduk kerana terpaksa sentuh lelaki ajnabi

Soalan :
Batalkah wuduk saya sekirannya saya terpaksa menyentuh seorang lelaki ajnabi?

Jawapan :
Terpaksa, tidak sengaja atau sengaja tanpa berlapik tetap membatalkan wuduk seseorang apabila tersentuh lelaki ajnabi dan hendaklah saudari mengambil wuduk semula.

2. Wuduk suami isteri bersentuh

Soalan :
Adakah batal wuduk saya jika saya tersentuh suami/isteri saya?

April 5, 2012

TUTORIAL : TUKAR BACKGROUND BLOG (TEMPLATE DENIM)

April 05, 2012 35 Comments

Background blog tahukan apa dia? Tak tahu? 

Baiklah ada typo dalam gambar nie harap korang buat-buat tak nampak ok

untuk tukar background menjadi warna sahaja TANPA CORAK macam Aida punya tu korang boleh ambil code warna dekat sini HTML COLOR CODES, dah pilih warna apa yang sesuai dan korang copy je code tu.

Kemudian korang pergi ke 

Dashboard > Design > Edit HTML > Tick Expand Widget Templates > tekan Ctrl+F 

korang cari code ini 
body {
(copy code diatas nie dan pastekan ke ruangan Ctrl+F tadi)

dah jumpa korang pastekan je code warna tadi dekat sebelah code ini
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me