September 20, 2012

No Terrorism In Islam

September 20, 2012 32 Comments

Mengapa mereka cop Agama kesayanganku ini sebagai Agama Keganasan? Adakah mereka silap memahami? atau mereka kurang memahami? atau juga mereka langsung tidak memahami? 

Sebenarnya mereka sangat takut dengan Agama ku, kaum-kaum ku, lebih-lebih lagi Tuhanku Allah SWT. Mereka takut dengan ayat-ayat Al-Quran yang 100% kebenarannya. 

Quran (3:151) : " Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah Neraka dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim"


Mereka yang mencetuskan keganasan dahulu, mungkin korang semua perasan dan mungkin juga korang langsung tak perasan akan hal itu. Mereka ganas, mereka perang sana sini.. mereka perangi orang lemah orang yang guna pedang, guna tombak guna senapang, jalan kaki. tetapi mereka? mereka guna alatan kimia, gunakan kenderaan moden, punyai tahap keselamatan yang tinggi. Mereka atau orang lemah yang ganas? 

September 13, 2012

I Miss u | Good Bye

September 13, 2012 37 Comments

Maaf..Maaf..Maaf mungkin dalam masa sebulan nie aida tak dapat blogwalking, follow, join GA, Segmen, Contest, bertegur sapa dengan korang semua.. sebab? aktiviti terlalu padat bulan nie, dan mempunyai sedikit masalah peribadi dan kekurangan masa. InsyaAllah jika aida online nanti aida akan cuba follow, blogwalking dan join GA, Segmen, Contest, etc dan bertegur sapa dengan korang. Kalau ada apa-apa inform aida dekat twitter aida still boleh reply tweet. 

Rindu korang semua.. jaga diri memasing baik-baik ok :)




September 5, 2012

RABU YANG BISU #28

September 05, 2012 53 Comments



Amaran : Mohon mata anda tumpu pada belah kanan sahaja dan abaikan belah kiri
takut-takut tekaknya agak mengembang nanti :P
(Click pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas)

Motif entry sebenarnya nak wish :

p/s : Nak bagi korang jeles 'retis' datang sembang, dan follow aida oih! :P

niat asal : nak bakar semangat kawan-kawan bahawasanya berblogging itu best ^^

September 4, 2012

Segmen : Follow Blog Kamu

September 04, 2012 52 Comments

Join Segmen yang telah ditag oleh Kazen

Click pada Banner sempoi untuk melihat syarat-syarat segmen

Hadiah yang disediakan :

Top Referrel  - Contact Lens x  3 orang
Blogger yang dapat Follower teramai - Bag x1 Winner

Follower Aida setakat entry ini di post :


untuk segmen ini memerlukan aida tag seorang rakan, tapi aida gatal-gatal nak tag 3 orang.. hik3.



September 1, 2012

7 Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia

September 01, 2012 88 Comments

Di Malaysia 7 kes ini telah direkodkan yang paling kejam cara pembunuhannya, dan ianya pernah mengemparkan seluruh negara dimana semua media memaparkan kisah pembunuhan ini. Mungkin korang semua pernah mengikuti kes pembunuhan ini. 

1. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris 


 

Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)

Mangsa, Datuk Mazlan Idris ADUN Batu Talam, telah meminta bantuan Mona Fandey supaya kerjaya politiknya menunjukkan peningkatan. Semasa operasi 'pembersihan' dijalankan, mangsa telah diarahkan baring pada lantai bilik mandi sementara bahagian bawah kepalanya diletakkan seketul batu 
(kepala sedikit mendongak supaya memudahkan aktiviti memenggal kepala dijalankan) sambil mata mangsa ditutup dengan kain. Mona Fandey mengarahkan pembantunya Juraimi Hassan memenggal kepala mangsa dengan kapak dan mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam distor rumah milik Mona Fandey. Suspek Mona Fandey, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi Hassan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.

August 28, 2012

Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun & Follower ke 2000

August 28, 2012 43 Comments

Tanggal 31 bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
tetaplah Merdeka
ia pasti menjadi sejarah

Ha tu dia siap nyanyi lagi tau.. lagi 3 hari kita semua akan menyambut hari kemerdekaan yang ke berapa? pandai! yang ke 55 tahun. Sedar tak sedar dah banyak perubahan yang berlaku dalam negara kita ini, bersyukur sangat-sangat sebab dilahirkan di negara aman dan damai, berbilang bangsa dan agama. 

Sempena bulan kemerdekaan ini aida pun hape lagi pakat jugak la tukar header.. lagi-lagi tengok 
Wan Hazel dan Apit dok tukar header merdeka, jangan nak bandingkan header aida dengan depa la.. depa otai dalam edit mengedit nie, memang failed la header aida. hehe..

kat header nie je dah nampak kurang daya kreativiti =,='
Selamat menyambut Hari Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Jangan lupa KIBARKAN Jalur Gemilang tak kira dimana-mana pun anda berada =)
Untuk topik kedua, hari tu aida ada janji nak promote blog follower aida yang ke 2000, Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha, walaupun malas =P dengan bantuan sokongan sahabat-sahabat aida dapat juga blog yang biasa-biasa nie merasa ada follower 2K (Eleh! baru 2K dah kecoh blog lain sampai 100K tak kecoh pun.. ah! suka hati lah)


Follower yang bertuah nie bernama Adnan, Adnan nie banyak blog kot aida pun tak tahu nak click dan follow yang mana satu, so aida click link yang first jela. Adnan nie adalah seorang blogger dari Indonesia.


Kepada Adnan.. terima kasih banyak-banyak sudi follow blog aida, moga persahabatan kita ini berkekalan dan berjaya dunia akhirat hendaknya. 

Pada yang lain sudi-sudikanlah diri pi terjah blog Adnan, korang boleh 
Klik SINI

*Aida baru je create satu acc twitter kira newbie la nie.. siapa-siapa yang nak borak santai-santai dengan aida boleh follow aida di SINI
p/s : Aktiviti blogwalking akan dimulakan pada awal bulan 9 nanti.. sekarang mata asyik ngantuk je =P 
jangan risau aida pasti akan balas jejak korang semua.. Terima Kasih.


August 24, 2012

(Gambar) Ustaz Don & Husna - Selamat Pengantin Baru

August 24, 2012 36 Comments

Aida dapat tahu perkhabaran nie dari kawan GBS aida si Nabiel Faan kat twitter dia

melepas  =,='

Kad perkahwinan 

Serius kad kawen Ustaz Don sempoi je, nampak ceria gitu.. Majlis persandingan akan diadakan di Pinang pada 25 Ogos (hari ini) dan 1 September di Kajang, Selangor.

Gambar ketika mereka bertunang

Isteri Ustaz Don, iaitu Husna Zahry Rafie mengikut maklumat adalah seorang pelajar perubatan di Kaherah, Mesir. Orangnya manis pandai pula ^^ beruntung sama-sama padan. 



Gambar setelah selesai acara akad nikah

Alhamdulillah.. moga majlis persandingan Ustaz Don akan berjalan lancar, dan moga ikatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat, dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah. Selamat Pengantin Baru

p/s :  Baru dapat tahu yang bini Ustaz Don nie kawan rapat kepada kawan sekolah aida, beliau rakan sama jurusan di Kaherah. Sekali pandang bini ustaz nie macam mizz nina pun ada. hehe.. btw sama cantik sama padan :)
Kredit :
1. Google Images
2. Google Search


August 22, 2012

RABU YANG BISU #28

August 22, 2012 17 Comments


Abang aida pesan : jangan makan banyak-banyak awak tu dah gemuk, kang bertambah lagi gemuknya. Abang tak apa banyak makan, boleh kurus semula lagipun buat apa mak masak 
banyak-banyak kalau bukan abang yang habiskan. Erkk!! baiklah abangku. :P

sekali lagi entry rabu yang tak berapa nak BISU

p/s : Macam biasa tak dapat nak blogwalking quota limit.. teng! teng! teng! ada perasan something tak? follower aida dah jadi 2K la :) Alhamdulillah.. nanti aida review siapa yang ke 2000 tu next entry ^^



August 15, 2012

RABU YANG BISU #27

August 15, 2012 44 Comments


Kad raya yang pertama sampai dari blogger Abg Eqbal Zack 
blogger hebat tau abg Eq nie.. trimas Abg Eq ^^


Kad raya dari Shida Radzuan kawan rapat blogger aida nie, hehe.. thankz sayam Shida :)


Kad raya dari adik Korn, tulisan ang korn memang cantik, jarang kot orang lelaki tulisan cantik nie.. terimas adik korn ^^

setakat nie baru ada 3, mungkin ada lagi kad yang akan menyusul. 

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger aida, maaf zahir dan batin na kalau aida ada buat salah, silap hope korang maafkan :)

p/s : rasa macam entry tak berapa nak BISU lah pulak :P

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me