7 Kes Pembunuhan Kejam Di Malaysia
Diari Si Froggie
September 01, 2012
88 Comments

Tarikh Pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)
Mangsa, Datuk Mazlan Idris ADUN Batu Talam, telah meminta bantuan Mona Fandey supaya kerjaya politiknya menunjukkan peningkatan. Semasa operasi 'pembersihan' dijalankan, mangsa telah diarahkan baring pada lantai bilik mandi sementara bahagian bawah kepalanya diletakkan seketul batu
(kepala sedikit mendongak supaya memudahkan aktiviti memenggal kepala dijalankan) sambil mata mangsa ditutup dengan kain. Mona Fandey mengarahkan pembantunya Juraimi Hassan memenggal kepala mangsa dengan kapak dan mayat mangsa dikerat kepada beberapa bahagian sebelum ditanam distor rumah milik Mona Fandey. Suspek Mona Fandey, suaminya Afandi dan pembantunya Juraimi Hassan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah.




