April 2, 2012

KISAH BANDAR YANG HILANG

April 02, 2012 53 Comments


ENTRY LAIN YANG MENARIK ADA DISINI

Bandar ini dikenali sebagai bandar Chernobyl, Ukraine yang pada mulanya adalah sebuah bandar perindustrian tenaga yang sangat maju dan moden, namun setelah berlaku satu tragedi dasyat bandar ini ditinggalkan serta merta. Pada 26 April 1986, reaktor nuklear yang ada dibandar ini telah mengalami kebocoran dan berlaku satu letupan yang sangat dasyat serta sinaran radiasi dari letupan ini telah tersebar meliputi 100 000 km persegi bandar ini serta lebih 200 000 orang terkorban, sudah hampir 26 tahun bandar Chernobyl ini lenyap dan sepi tidak berpenghuni.

Jom kita lihat beberapa gambar bandar ini

Reaktor nuklear yang musnah akibat kebocoran, dari sinilah puncanya

Keadaan reaktor nuklear setelah lebih 26 tahun yang kini ditutup secara perlahan-lahan

April 1, 2012

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (2)

April 01, 2012 30 Comments

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)


1. Tertutup dahi ketika sujud

Soalan :
Sahkah sembahyang jika kita sujud lalu tertutup dahi, dan dahi tidak menyentuh sejadah?

Jawapan :
Tidak sah sembahyang kerana dahi adalah anggota sujud yang tidak boleh berlapik.

2. Balas  dendam dengan sembahyang hajat

Soalan :
Bolehkah kita sembahyang hajat supaya diturunkan bencana kepada seseorang?

Jawapan :
Lebih mulia kita mendoakan yang baik-baik untuk seseorang itu supaya diberikan hidayah oleh Allah.

3. Lupa membaca Tahiyat Awal?

Soalan :
Batalkah solat seseorang itu jika dia terlupa membaca Tahiyat Awal?

March 29, 2012

KUCING TANPA BULU

March 29, 2012 74 Comments

Kucing tanpa bulu 
(sebenarnya mempunyai bulu tetapi bulunya sangat halus dan pendek) 
adalah satu spesis kucing yang telah wujud sejak tahun 1960 lagi di kanada, iaitu apabila kucing biasa melahirkan sepasang anak spesis ini dan dari situ ramai pengkaji kucing ini membiakkannya supaya generasi unik ini tidak terus pupus ianya terjadi atas faktor genetik.  
Kucing ini dikenali dengan nama Sphynx Cat. 



Disebabkan penampilannya itu kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pembersihan, mandi, pemotongan kuku, pembersihan telinga, hidung, mata dan juga pemanasan extra seperti menyediakan selimut, kain atau sebagainya. 

March 26, 2012

10 HOTEL BERHANTU DI DUNIA

March 26, 2012 36 Comments

1. Hotel Hollywood Roosevelt, Amerika Syarikat


Hotel ini menjadi tempat pertama penyelenggaraan Academy Awards pada tahun 1929. Desas desus mengatakan sesiapa yang menginap hotel ini akan ternampak dengan penampakan bintang pop Marilyn Monroe dan aktor Montgomery Clift.

Montgomery Clift
Marilyn Monroe

2. Hotel Burchianti, Italia



Hotel ini pada abad ke 20 sangat popular bagi artis. Mereka yang menginap di hotel ini pernah melihat penampakan dua kanak-kanak kecil sedang melompat menyusuri lorong dan melihat kelibat perempuan tua sedang duduk di kerusi goyang.

March 24, 2012

1st GATHERING GBS

March 24, 2012 51 Comments

17 MAC 2012

Bangun pagi gosok gigi
bukak air terus mandi
pakai baju wangi-wangi
Times Square arah ditujui

Dari Taman Melati ke Kelana Jaya
Sampai lewat di KL Central 
Korn El Jr jadi orang terakhir tiba
Letih berjalan semangat membara


Mereka menunggu penuh setia
sambil menunggu bertukar cerita
gelak ketawa dah macam keluarga
mula-mula malu sekarang tidak pula

March 21, 2012

RABU YANG BISU #15

March 21, 2012 34 Comments

21 Julai 1989 - 21 Mac 2009


"BPR-Harum subur dihati"
Lovely brother, Julai partner, Best friends

Wedik aku selalu rindu kan kau..rindu nak gurau-gurau, gelak-gelak, gaduh-gaduh macam dulu-dulu

p/s : Moga kau tenang di "sana"

* muka yg cun perlu di censored kan :P


March 18, 2012

ORANG ASLI JANDA BAIK

March 18, 2012 41 Comments

Pada suatu ketika dahulu berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli iaitu Batin Wok dengan isteri beliau Siah hingga mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah, Namun tidak sampai sebulan Siah balik semula ke pangkuan Batin Wok dan mereka hidup bahagia, kerana itulah orang asli disini menamakan tanah ini sebagai "Janda Balik" dan ditukar namanya oleh Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan peristiwa itu kepada "Janda Baik" dan kekal sehingga ke hari ini.



Suasana pagi di Janda Baik

March 11, 2012

SAHABAT KATAK COMEL

March 11, 2012 32 Comments

- Minggu menyertai segmen -

Click Banner untuk ke segmen

Katak memang comel kan? kan? Semalam dekat pukul 12 lebih tuan blog Segmen gegar semua ahli GBS suruh sertai Segmen nie.. Maaf ea Miera baru hari ini dapat buat entri, semalam tu mengantuk tak ingat dah. 

Syarat-syarat menyertainya senang je :
1. Buat entri bertajuk Sahabat Katak Comel (done)
2. Letakkan banner yang comey dekat atas tu dalam entri dan linkkan ke entri segmen (done)
3. Tag sekurang-kurangnya seorang rakan (done)
4. Tinggalkan link entri dalam ruangan komen (done)
5. Tarikh tutup : 11 Mac 2012 Pukul 11.59 pm (Hari ini ok)
Pesanan dari penaja :

''Kepada Top 3 Referer bagi segmen ini, miera akan promosikan blog korang di satu ruangan di dalam blog miera (tips: ping entry segmen ini di merata tempat cthnya busuk.org, grup blogger di facebook dan juga tag seramai mungkin rakan blogger anda). Top 3 Referer akan diumumkan pada hari Selasa (13 March 2012)''

* Sah tak akan dapat Top 3 Referer nie pasal tak biasa ping entri dekat mana-mana

Dengan berbesar hatinya Aida nak tag 

Cik Katak (Asma Liyana) 
*dengan pesanan baik lu join kalau tak wa kejar lu sekeliling GBS nanti

p/s : Ada lagi satu Segmen nak join :) 

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me