Showing posts with label Kisah Misteri. Show all posts
Showing posts with label Kisah Misteri. Show all posts

March 3, 2014

Misteri Apartment Tinggal Riviera II Cheras

March 03, 2014 28 Comments

Mood : Sedang mengagahkan diri mengupdate blog 
Motif : tetiba terasa rindu pada kawan-kawan blogger 

Majoriti pembaca blog aida adalah peminat kisah-kisah misteri, selama aida tak update nie pun traffic kisah misteri maintain tinggi. Disebabkan gitu lah gayanya, jadi aida carilah satu kisah misteri pasal Apartment tinggal Riviera II yang terletak di Jalan Bunga Cempaka Cheras. 


Sekitar tahun 1990 an apartment ini dijadikan penempatan pelajar-pelajar daripada kolej dan universiti yang berdekatan, sebelum itu apartment ini adalah kediaman untuk orang awam dan beberapa warga asing. 
Pada awal penempatan tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini, suasana dan keadaan seperti apartment-apartment berdekatan yang lain riuh, ceria, dan sesak. Upacara keagamaan juga sering dilakukan di apartment ini, bukan itu sahaja acara-acara perpisahan pelajar pun turut diadakan disitu. 


Kolam renang juga sentiasa penuh dengan pelajar-pelajar, bangunan juga diselenggarakan dengan baik. Tahun demi tahun berlalu keadaan mula berubah, pelajar-pelajar mula melakukan maksiat secara terang-terangan berdua-duaan. Bermula dari situ timbul beberapa kisah mistik yang menganggu para penghuni apartment ini.


Menaiki atau turun melalui lift dan tangga adalah satu perkara yang gerun bagi pelajar-pelajar, lift terhenti sendiri, butang lift menyala secara tiba-tiba dan berhenti di aras yang tiada penghuni, terserempak lembaga yang ngeri ketika pintu lift terbuka.. hendak menggunakan tangga lain pula ceritanya entiti juga kadang kala muncul menganggu mereka. 

Click pada ayat Click Sini untuk cerita seterusnya... 

August 25, 2013

Misteri dan Ngeri : Hospital Terbiar Beelitz Heilstatten

August 25, 2013 49 Comments

Rindu nak update blog dengan kisah misteri.. setelah puas mencari topik, terjumpa pasal hospital Beelitz Heilstatten di Jerman. Mai kita baca sama-sama apa yang misterinya. 


Pada tahun 1898 Berlin Workers Health Insurance Corporation telah melakar plan asal pembinaan hospital ini dan pada tahun 1902 hospital ini telah rasmi dibuka diatas tanah seluas 140 hektar dimana kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian dengan memisahkan pesakit lelaki dibahagian timur dan pesakit wanita dibahagian barat


hospital ini dibina bertujuan merawat pesakit TB (batuk kering) yang melanda bandar itu, mereka membinanya untuk mengawal penyakit TB dari merebak dengan mengasingkan pesakit dari dunia luar. Hospital ini mempunyai 7 bahagian rawatan iaitu Male Pulmonary TB patients, Female Pulmonary TB patients, Male Systemic TB patients dan Female Systemic TB patients

Disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan para pesakit dari dunia luar mereka membina Dapur, Dobi, kompleks jana kuasa elektrik, pejabat pos, tempat penjual daging, taman bir, taman istirehat, restoran, villa doktor, rumah mandi dan sebagainya. 

Powerhouse - Pusat janakuasa elektrik


Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital terbiar Beelitz Heilstatten

April 11, 2013

Kisah Misteri Balai Polis Lama Gombak

April 11, 2013 81 Comments

Atas permintaan Arol Mubin yang teringin nak baca kisah seram, Aida dengan gigihnya mengoogle macam-macam kisah seram kisah mistik tapi tetap tak jumpa yang berkenan dihati. Tiba-tiba teringat dulu pernah tengok gambar dekat Wujud Paranormal Team pasal Balai Polis lama Gombak. 

Gambar : theothersclan

Aida try tanya abah Aida, abah Aida just cakap dulu masa zaman komunis memang ada tapi bukan balai polis yang besar lah, yang besar yang dekat batu 6 kata abah. Kiranya betul lah kot. haha.. orang lama kan, mesti depa tahu lebih dari kita. 

Gambar : theothersclan

Dulu balai polis gombak ini dipercayai digunakan ketika zaman komunis, balai ini dibina untuk keselamatan orang-orang asli daerah gombak dari ancaman dan gangguan komunis. Balai polis ini terletak berhadapan dengan jalan lama Bentong-Kuala Lumpur sekarang jalan itu hanya dilalui oleh lori-lori bermuatan berat sahaja. Tempat ini tidak jauh dari tapak tinggal Mimaland

Gambar : theothersclan

Sila click Entry Penuh Click Sini untuk melihat lebih banyak gambar

February 19, 2013

Misteri Hospital Lama Lady Templer Cheras

February 19, 2013 77 Comments

Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung. 


Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.


Walaubagaimanapun hospital lady templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.

Batu asas Lady Templer Hospital

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me