Showing posts with label Domain Free. Show all posts
Showing posts with label Domain Free. Show all posts

December 6, 2012

Blog Review : 5 Blog Bertuah Giveaway Dot My

December 06, 2012 52 Comments

Seperti yang telah dijanjikan kepada semua peserta Giveaway Dot My aida akan review 5 blog bertuah yang telah dipilih oleh Kazen, Shida dan juga Uzu, makanya dengan kata sepakat itu telah meletakkan 5 blog bertuah ini untuk direview :

1. Cik Fie
2. Nisa Shahrien
3. Shasha Yacob
4. Nurhanim
5. Hazirah Muslim

Tahniah buat mereka berlima dan tahniah juga buat 3 blog yang berjaya mendapatkan 3 Domain Dot My serta blog yang direview oleh Shida dan juga Uzu.

1. Cik Fie


Aida suka header simple blog Cik Fie nie dengan mutiara kata berunsurkan Islamik tu, lagi-lagi ada tulisan khat Bismillah :) Sebenarnya Cik Fie nie lagi retis dari Aida follower dia je 3K rasa macam tak layak je nak review dia kan? hehe.. Tak silap Aida lah Cik Fie nie mula berblogging pada 29 Februari 2011 kiranya Cik Fie sudah setahun 9 bulan bertapak dalam dunia blogging. Majoriti entry Cik Fie juga berunsurkan Islamik i loike. :) Dan Cik Fie nie juga baru sahaja berdomain dot com. Tahniah dear. So apa lagi mai pakat terjah Cik Fie :)

2. Nisa Shahrien


Aiyoo chocolate telan air liur sat.. Blog nie first time aida pi aida terus terpikat dengan background warna peach putih ala-ala pink, cantik pulak warna tu. Blog milik Nisa Shahrien nie mempunyai 126 follower dan start berblogging pada 1 December 2011 genap setahun usia blog dia. Tahniah dear :) Majoriti entry Nisa Shahrien mengenai kisah peribadi, dan pengalaman beliau sendiri, bagi aida blog Nisa Shahrien sangat-sangat simple, santai, tiada unsur yang berat paling syok entry dia ala-ala pantun gitu. Teruskan berblogging dear. So apa lagi mai pakat terjah Nisa Shahrien :)



opss.. ok ok i dont touch ur Superman :P haha.. happy pulak masuk blog Shasha nie, dengan warna background yang soft menenangkan hati je rasa :) Blog biru laut ini mempunyai 470 Follower dan mula berblogging pada 1 Februari 2012.. Newbie lagi tapi dah punya follower yang ramai. Good Jobs dear. :) Entry juga berkisarkan peribadi dan pengalaman sendiri. Mengikut maklumat yang ditulis Shasha dia baru berumur 16 tahun comel pulak. Tak percaya? meh rami-ramai pakat terjah Shasha Yacob :)



Kemain ekslusif header dia kan? masuk-masuk je blog Nurhanim nie terus rasa nak goyang kepala pasal ada lagu best :P kalau bukak blog Nurhanim saja tak pe lagi lah. hehe. Blog Nurhanim mempunyai 233 Follower dan mula berblogging pada 1 December 2012, pun newbie juga tapi dah ada blog yang cantik. Entry Nurhanim pun berkisahkan peribadi, pengalaman sendiri dan Nurhanim juga seorang yang rajin menyertai GA, Segmen, Contest memang terbaik :) Nurhanim baru berumur 14 tahun bakal menghadapi PMR untuk tahun depan. So apa lagi mai pakat terjah blog Nurhanim :)



Sedap nama pemilik dia Hazirah Muslim, mempunyai 423 Follower dan mula berblogging pada 23 November 2011 setahun dah beliau berblogging. Hazirah Muslim juga rajin join GA, Segmen dan Contest tabik spring :) Rasa aida lah Hazirah Muslim nie pandai edit blogskin, tengok pada blog dia saja dah tahu.. so kalau korang nak mintak tutorial/edit mengenai blogskin mungkin boleh tanya beliau. Blog beliau memang comel, paling aida suka dekat blog beliau tang dashboard tu cute pulak tengok. Tak caya meh pakat terjah blog Hazirah Muslim :)

Kesimpulannya depa berlima memang awesome dan terbaik, Aida doakan mereka akan menjadi blogger yang bagus satu hari nanti. 
In Shaa Allah. 

P/S : Aida memohon jasa baik korang semua yang memang dah baik sejak azali lagi terjah mereka berlima kalau boleh follow mereka sama :) Thankz u all. Pada blog yang direview kalau ada maklumat yang salah inform ea? main pakai skodeng je tu. hehe.. 


November 27, 2012

Cepat Rebut 20 Domain Percuma Dot My Dengan Sertai GA

November 27, 2012 31 Comments

Ha cepat-cepat siapa nak dapat Domain free? meh jemput join GA nie.

DOMAIN DOT MY

Tarikh tutup GA hari nie 27 November 2012 jam 11.15pm
pasal tu lah Aida suruh cepat sebab nak tutup dah pun GA nie :P sebenarnya GA nie dah berlangsung seminggu yang lepas terlambat pulak nak promote. ngeng!


Nak tengok syarat-syaratnya mohon click banner kat atas nie eh..

Sekarang baru ada 13 peserta dia ada 20 domain free kalau korang join awal peluang nak menang salah satu domain masih cerah lagi. So apa lagi cepat-cepat lah join sebelum pukul 11.15 malam nie.

p/s : Aida sendiri pernah menang Domain dot com dari Khairul nie :) duduk je diam-diam dia sendiri pasangkan.. oh terimas Khairul ^^



Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me