Dah baca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun? Kalau dah moga apa yang kita doakan akan dimakbulkan Allah. Kalau belum masih boleh dibaca lagi, doa tidak ada masa yang diperuntukkan doalah selagi kita bernafas cuma lebih afdal kalau ikut waktu yang diberikan :)
1433 H baru sahaja pergi meninggalkan kita kini 1434 H pula datang mendampingi. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari yang penting buat Umat Islam memperingatinya kerana ia adalah satu sejarah Islam dimana Nabi Muhammad S.A.W Nabi junjungan kita melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah.
Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W ini telah memberi impak yang sangat besar dari sudut dakwah dan syiar Islam.