April 23, 2020

Resepi Ayam Goreng KFC

April 23, 2020 2 Comments
Resepi ini untuk 1 ekor ayam yang dipotong 10 bahagian
Bahan-bahan dan cara : 
Perapan Ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar garam halus
Cara :
  1.  Satukan dan gaul semua bahan diatas ayam yang telah siap dibersih dan dibasuh serta biarkan selama lebih kurang 1 jam (lagi lama diperap lagi sedap).
Tepung Salut Ayam
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur ayam (dipukul)
Cara :
  1. Satukan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu besar tepung beras serta 1 sudu besar tepung jagung dan gaul sebati. 
  2. 2 biji telur dipukul hingga sebati. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. (Gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng supaya ayam tenggelam dan masak cantik serta pastikan minyak  telah betul-betul panas ketika menggoreng)
  3. Ambil ayam yang telah diperap dan celupkan ke dalam larutan telur hingga sekata dan masukkan ke dalam campuran tepung tadi dan terus di goreng. (Jangan biarkan ayam lama di tepung kerana ianya akan menyebabkan tepung bergumpal dan tidak melekat cantik pada ayam dengan sempurna).
Aktiviti sepanjang PKP Malaysia | COVID-19

April 22, 2020

Resepi Mudah Rotiboy

April 22, 2020 0 Comments
Resepi ini menghasilkan 11 ketul Rotiboy

Bahan - bahan dan cara :
Doh 
  • 2 cawan / 250 gram tepung gandum 
  • 3 sudu besar  + 1 sudu kecil / 50 gram gula putih biasa
  • 1 sudu besar susu tepung (cth : susu tepung dewasa jenama Nespray)
  • 1 biji kuning telur (tak kisah telur gred apa - disyorkan gred A)
  • 1 sudu besar yis mauripan 
  • 150 ml air biasa 
  • 2 sudu besar / 30 gram marjerin / buttercup
Cara :
  1. Masukkan 2 cawan / 250 gram tepung gandum bersama-sama dengan 3 sudu besar + 1 sudu kecil / 50 gram gula putih biasa, 1 sudu besar susu tepung, 1 biji kuning telur, 1 sudu besar yis mauripan dan 150 ml air biasa gaul hingga sebati menggunakan mixer atau tangan.
  2. Setelah semua bahan no 1 telah sebati masukkan 2 sudu besar / 30 gram marjerin / buttercup dan sambung gaul menggunakan mixer atau tangan sehingga doh menjadi betul-betul sebati. (Semasa ini doh akan melekat ditangan adalah satu perkara biasa dan tidak perlu menambah tepung).
  3. Rehatkan doh dan tutup atasnya selama lebih kurang 30 minit, selepas 30 minit doh akan mengembang tumbuk dan gaul semula doh untuk memastikan angin pada doh keluar serta sambung rehatkan doh selama 30 minit lagi. 
  4. Selepas merehatkan doh 2 kali selama 60 minit gaul semula dan jika semasa ini doh masih melekat ditangan bolehlah ditabur tepung gandum sedikit demi sedikit diselang seli dengan menguli doh sehingga doh tidak lagi melekat ditangan dan kelihatan lembut. 
  5. Bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki, uli dan leperkan doh untuk dimasukkan inti marjerin / buttercup yang telah dibekukan. Tutup dan bulatkan semula doh. (Pastikan tiada ruang terbuka ditempat inti yang telah dimasukkan tadi).
  6. Letak doh yang telah dimasukkan inti diatas tray yang telah disapu sedikit marjerin untuk menggelakkan doh melekat ditray. Biarkah doh mengembang sehingga membentuk roti. 
  7. Setelah doh menggembang membentuk roti paipkan topping diatas doh. 
  8. Bakar roti dengan suhu 160ºC hingga 180ºC selama 15 minit hingga 20 minit dengan api atas bawah. Sebelum membakar roti pastikan oven telah dipanaskan selama 5 minit hingga 10 minit. (Oven Butterfly : 160ºC selama 15 minit).
Inti
  • Marjerin / buttercup yang masih beku dipotong mengikut jumlah doh yang dibuat.
Cara :
  1. Marjerin / buttercup yang telah dipotong mengikut jumlah doh yang dibuat dimasukkan kedalam doh sebagai inti roti. 
Topping 
  • 2 sudu besar + 2 sudu kecil / 50 gram marjerin / buttercup
  • 2 sudu besar + 1 sudu kecil / 40 gram gula putih biasa
  • 1 biji telur (disyorkan gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar serbuk nescafe / kopi + 1 sudu air panas (dibancuh / dicairkan dahulu dalam bekas yang berlainan) - Guna instant nescafe pun boleh
  • 4 sudu besar / 60 gram tepung gandum
  • 2 sudu kecil / 10 gram tepung jagung
Cara :
  1. Masukkan 2 sudu besar + 2 sudu kecil / 50 gram marjerin / buttercup bersama 2 sudu besar + 1 sudu kecil / 40 gram gula putih biasa kacau sehingga sebati. 
  2. Masukkan 1 biji telur dan 1 sudu kecil esen vanilla, kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan 1 sudu besar serbuk nescafe / kopi yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan 1 sudu air panas dan masukkan 4 sudu besar / 60 gram tepung gandum serta 2 sudu kecil / 10 gram tepung jagung. Kacau sehingga sebati dan kelihatan seperti krim. 
  4. Paipkan diatas doh yang telah mengembang membentuk roti yang telah disusun diatas tray.
Aktiviti sepanjang tempoh PKP - Hari ke 33 PKP Malaysia | COVID-19

July 3, 2015

Kad Raya Blogger

July 03, 2015 7 Comments


Alhamdulillah akhirnya tergerak jugak hati nie nak update blog, mood semangat nak update pun datang, tak boleh biar terus cepat-cepat log in blog. hehe. 

Apa khabar semua? Selamat Berpuasa!! masih belum terlambat lagi kan nak ucap? walaupun hakikatnya lagi berapa minggu je nak raya dah. *lambat sangat kau nie makcik

Selama aida tak update blog nie kan aida sendiri mengaku abam posmen pun jarang dah nak mai rumah, kalau dulu aktif berblog abam posmen tu boleh dikatakan setiap minggu akan muncul lah ada je surat, barang yang dia hantar. La nie surat mintak hutang je yang berlambak mai hish Smileytapi minggu lepas abam posmen mai dua kali bagi surat, bukak je surat tu terus rasa terharu gila, yela mana taknya dua-dua surat tu dari blogger. Teruja woi.. 


Kad raya dari blogger Kak Khaty R'bain


Kad raya dari blogger Shida Radzuan

Dia orang berdua nie memang tak pernah tak bagi kad raya tahun lepas pun depa bagi.. yang buat rasa terharu tu sebab ingat jugak depa dekat aida walaupun aida tak balas kad raya depa nie. 

Thanks kak Khaty dan Shida.. Smiley  memang tak rugi dapat kenal dengan dia orang nie. 




February 8, 2015

I MISS YOU

February 08, 2015 6 Comments



Rindu gila dengan blog, kawan-kawan blogger dan dunia blogger
yang sedihnya domain.com froggie dah di deleted 
padan muka lah kan? siapa suruh tak ambik port
Apa-apa pun thanks banyak-banyak dekat kazen sebab tolong aida dapatkan semula url blogspot,
kembali pada zaman newbie macam dulu-dulu.


June 22, 2014

Kembali Lagi dan Hilang Semula

June 22, 2014 7 Comments


Aida dah lama tak berceloteh kat sini, rindu korang semua.. kalau sekali tinggal blog jenuh nak kembali aktif macam dulu. Korang apa khabar? walaupun nampak Aida macam senyap tak update blog tak komen blog korang tapi sebenarnya tak lah sesenyap tu, Aida banyak skodeng dari jauh je.. so tak ada lah ketinggalan sangat kan. Ada jugak lah yang Aida perasan ramai blogger rapat dulu dah kahwin.



Kredit : Zyraroxx


*Semua gambar yang diatas adalah gambar curi.. mohon empunya gambar tak saman Aida hamba yang kerdil ini..

Selamat Pengantin Baru buat mereka bertiga, semoga kekal bahagia until Jannah dan dikurniakan zuriat yang soleh serta solehah.. Amin.. 

Korang yang single tu bila lagi? Smiley

Aida nak mintak tolong korang sikit boleh tak? tolong follow blog Pejabat Aida nie ha.. itu pun kalau korang tak kisah lah. hehe.. Apa-apa pun Terima Kasih eh korang. 

Pejabat Pertanian Daerah Gombak / Petaling

Jumpa lagi nanti  Welcome to the free smiley index





March 3, 2014

Misteri Apartment Tinggal Riviera II Cheras

March 03, 2014 27 Comments

Mood : Sedang mengagahkan diri mengupdate blog 
Motif : tetiba terasa rindu pada kawan-kawan blogger 

Majoriti pembaca blog aida adalah peminat kisah-kisah misteri, selama aida tak update nie pun traffic kisah misteri maintain tinggi. Disebabkan gitu lah gayanya, jadi aida carilah satu kisah misteri pasal Apartment tinggal Riviera II yang terletak di Jalan Bunga Cempaka Cheras. 


Sekitar tahun 1990 an apartment ini dijadikan penempatan pelajar-pelajar daripada kolej dan universiti yang berdekatan, sebelum itu apartment ini adalah kediaman untuk orang awam dan beberapa warga asing. 
Pada awal penempatan tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini, suasana dan keadaan seperti apartment-apartment berdekatan yang lain riuh, ceria, dan sesak. Upacara keagamaan juga sering dilakukan di apartment ini, bukan itu sahaja acara-acara perpisahan pelajar pun turut diadakan disitu. 


Kolam renang juga sentiasa penuh dengan pelajar-pelajar, bangunan juga diselenggarakan dengan baik. Tahun demi tahun berlalu keadaan mula berubah, pelajar-pelajar mula melakukan maksiat secara terang-terangan berdua-duaan. Bermula dari situ timbul beberapa kisah mistik yang menganggu para penghuni apartment ini.


Menaiki atau turun melalui lift dan tangga adalah satu perkara yang gerun bagi pelajar-pelajar, lift terhenti sendiri, butang lift menyala secara tiba-tiba dan berhenti di aras yang tiada penghuni, terserempak lembaga yang ngeri ketika pintu lift terbuka.. hendak menggunakan tangga lain pula ceritanya entiti juga kadang kala muncul menganggu mereka. 

Click pada ayat Click Sini untuk cerita seterusnya... 

December 21, 2013

Kesimpulan, Rumusan dan Sebab

December 21, 2013 15 Comments
Lama sudah menyepi.. sekejap timbul sekejap tenggelam memang boleh jadi moto tetap blog dah rasanya. hehe. 
Apa khabar korang semua? harap-harap sihat hendaknya. Blog korang pun lama Aida tak jenguk, bukan apa dulu kerja swasta komputer sorang satu, komputer pulak memang sengaja letak membelakangkan laluan bos makanya senanglah nak online 24jam (kantoi). Lepas tu jadi pulak penganggur lagilah 36jam online. La nie dah jadi kakitangan gomen, skop kerja banyak kena keluar, bila duduk dalam office kena share pulak komputernya tu ok lah lagi, nie komputernya letak pulak betul-betul depan orang lalu lalang. Kalau bos lalu cemana? ha fikirlah sendiri.  


balik rumah pulak konon semangat nak update entry.. fikir punya fikir last-last tertidur. Putar-putar pusing-pusing gitu lah symptoms yang selalu dialami. Hari nie hari cuti ada sikit semangat nak menghupdate. Mungkin lepas nie bakal tenggelam timbul balik.. tapi rasanya macam nak try mengagahkan diri update entry, jenguk blog korang-korang. tengok lah cemana i try the best eh.. hehe.

Apa-apa pun untuk korang-korang yang dirindui terima kasih banyak-banyak sudi singgah walaupun aida tak update entry, tak jenguk blog korang.. traffic maintain ada. Terimas..terimas.. 

p/s : Percayalah walaupun kita mendiamkan diri pasti ada yang merindui Smiley



October 16, 2013

Edit dan Design Blog

October 16, 2013 46 Comments

Lama tak update blog.. Sibuk menyelesaikan tugas-tugas yang tergendala, lagi-lagi bab edit dan design blog. Sian depa yang tempah, semangat nak edit dan design blog memasing aida pulak lambat buat. Nie dok pulun buat lah nie. sabar ea yang tempah tu. InsyaAllah boleh siap dalam bulan nie.. kalau tak ada masalah internet lah image

Hasil 2 minggu edit blog.. lembap sebab kena tunggu line internet yang terlalu cute. Tak secantik otai-otai edit image jangan lupa follow mereka.

1. J-C Minah Kereta Dot Com











P/s : Sesi terjah menerjah pun dah lama tak buat.. nanti ada masa sikit aida terjah. Sesiapa nak tempah edit dan design blog yang simple-simple boleh pi fan page Diari Si Froggie

August 25, 2013

Misteri dan Ngeri : Hospital Terbiar Beelitz Heilstatten

August 25, 2013 49 Comments

Rindu nak update blog dengan kisah misteri.. setelah puas mencari topik, terjumpa pasal hospital Beelitz Heilstatten di Jerman. Mai kita baca sama-sama apa yang misterinya. 


Pada tahun 1898 Berlin Workers Health Insurance Corporation telah melakar plan asal pembinaan hospital ini dan pada tahun 1902 hospital ini telah rasmi dibuka diatas tanah seluas 140 hektar dimana kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian dengan memisahkan pesakit lelaki dibahagian timur dan pesakit wanita dibahagian barat


hospital ini dibina bertujuan merawat pesakit TB (batuk kering) yang melanda bandar itu, mereka membinanya untuk mengawal penyakit TB dari merebak dengan mengasingkan pesakit dari dunia luar. Hospital ini mempunyai 7 bahagian rawatan iaitu Male Pulmonary TB patients, Female Pulmonary TB patients, Male Systemic TB patients dan Female Systemic TB patients

Disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan para pesakit dari dunia luar mereka membina Dapur, Dobi, kompleks jana kuasa elektrik, pejabat pos, tempat penjual daging, taman bir, taman istirehat, restoran, villa doktor, rumah mandi dan sebagainya. 

Powerhouse - Pusat janakuasa elektrik


Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital terbiar Beelitz Heilstatten

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me