November 29, 2011

GAYA RAMBUT YANG PELIK

November 29, 2011 31 Comments


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga kalian semua sihat-sihat sahaja

Tadi tengah jalan-jalan dengan pakcik google, Aida terjumpa dengan gaya rambut pelik. Sekali tengok macam kelakar, dua kali tengok pelik pula, tiga kali tengok nampak macam gila saja. haha. apa-apa pun jom layan beberapa gambar gaya rambut pelik ini. 

memang tabik springlah kalau ada yang buat gaya nie dekat Malaysia sambil jalan-jalan dekat Chowkit

November 18, 2011

“Contest Blogger Idol by Achie & Eyda”

November 18, 2011 27 Comments


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Aida di tag oleh sahabat Aida iaitu Raifana


CONTEST WHO IS YOUR BLOGGER IDOL? 

Syarat-syarat penyertaan boleh dilihat di blog penganjur 

Tarikh tutup contest : 01/12/2011

Idola mula-mula buka blog :



Sebabnya masa tu cerita empunya blog ini dengan penjaga gol negara meletup-letup, kebetulan ada kawan yang shared kan blog beliau ini di facebook Aida, so boleh dikatakan setiap hari pasti baca kisah romantik si dia bersama penjaga gol negara itu. Dari itu, tiba-tiba satu perasaan minat nak buat blog pun muncul kerana blog si Elia ini tersangatlah cute. So automatik blog Elia ini jadi idola ketika mula-mula wujudkan blog ini. 

Idola bagi menghias blog :



Ha.. yang ini idola Aida bila menghias blog waktu mula-mula bina blog ini, so blog Myravea ini, Aida jadikan contoh ketika menghias blog. Kadang-kadang Aida suka tengok hasil header yang dibuat sendiri oleh Myravea semua cantik-cantik jadi Aida teringin nak buat juga. Kalau nak tahu dari blog Myravea ini lah, blog Aida makin ramai followers sebabnya Aida menyertai contest beliau ketika itu. Sampai sekarang blog Aida tersenarai dalam pari-pari blogger. Terima kasih Myravea 

Idola bagi tutorial photoshop :

November 15, 2011

MAAFKAN SAYA

November 15, 2011 12 Comments


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Aida nak mohon maaf pada semua followers ( pemberi semangat ) Aida sebab :

  • Dah lama tak update blog dan tak berblogwalking ke blog-blog sahabat semua.
  • Disebabkan blog dah berhabuk jadi Aida renovate lah mana yang patut, kemudian tanpa disedari ter remove pula code shoutmix, sudah lah banyak jejak yang ditinggalkan dekat situ. Oh! sungguh sadis puas godek tak dapat semula. So Aida gunakan khidmat list followers itu, hampir separuh yang Aida dapat follow semula, ada yang tak dapat sebab tak ada link blog yang ditingalkan di profailnya. Aida minta maaf banyak-banyak sebab lostkan jejak korang semua. Mana yang Aida mampu, Aida akan cuba sedaya upaya mengesan jejak anda semula ya? 
  • Pada sahabat Aida yang tag Aida selama Aida tak online ini pun Aida nak minta maaf juga sebab tak dapat nak sertainya. Tapi lepas nie InsyaAllah Aida akan cuba sertai tag sahabat-sahabat mana yang boleh. 
  • Dan apa-apa sahaja perkara yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat semua Aida mohon maaf banyak-banyak ya? 
Aida tak dapat nak online pasal masalah broadband yang sudah lama tak berbayar, rasa malas nak bayar punya pasal lah jadi macam ini, jangan tiru aksi ini ya sahabat-sahabat? Ini pun online atas ehsan wifi kakak Aida. Terima kasih bagi tumpang wifi. hehe..

* malam ini atau esok ( wifi masih ada ) InsyaAllah akan melaksanakan dua tag dari :



Ramai tak rindu Aida? ( soalan cepu emas )

September 28, 2011

KEBAIKAN BUAH-BUAHAN

September 28, 2011 30 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan baik dan ceria sentiasa..senyum sikit!! 

Siapa suka makan buah? angkat tangan!!!

Sememangnya makan buah-buahan ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan kita, tapi tak semua buah yang kita tahu khasiatnya bukan? ok kali ini Aida nak tunjukkan beberapa jenis buah yang mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa penyakit manusia.

1. Buah Kurma (Phoenix dactylifera L.)


Aida hantu buah kurma..hehe! suka sangat makan buah kurma ini, sehari pun boleh habis satu kotak. Ok! buah kurma ini mengandungi  zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Buah kurma ini sesuai mengubati penyakit gangguan pada usus dengan cara buang biji kurma, bersihkan dan di hiris halus masukkan ke dalam air bersama air lobak merah. Buah kurma juga dapat menghilangkan batuk, dan juga boleh di jadikan penawar racun.

2. Pisang (Musa sapientum )


Pisang mengandungi vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus, kromium dan besi. Getah pisang sangat baik untuk merawat luka , sapu getah pisang pada luka ianya dapat menghentikan pendarahan pada luka dan mempercepatkan proses pengeringan luka. Bagi merawat kudis pula ambil kulit pisang dan sapu pada kudis tersebut. Pisang juga boleh merawat penyakit sembelit, ulser, gastrik, dan radang pada perut.

September 6, 2011

KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI

September 06, 2011 42 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hai kawan-kawan semua..sihat tak? macam mana raya? best? lama gak menyepi diri lebih kurang 2 minggu tak silap. Blog pun dah berhabuk so semalam dah kasi cuci, sapu-sapu, tukar apa yang patut jadi la macam sekarang nie. Hijau!!! hehehe...

Maaf la ya pada yang sudi datang jenguk blog Aida, nanti Aida datang blog korang sambil tadah tangan mintak duit raya dan kuih raya. Mood raya tak habis lagi kan? Aida sekarang mood malas kerja. Hik3..

Sebagai mukadimah untuk entri kali nie, Aida nak berkongsi dengan korang hadiah dan kad raya istimewa dari sahabat blogger yang rapat dengan Aida dan rakan sekerja Aida. Tahun nie je ramai yang bagi hadiah..Alhamdulillah rezeki sangat murah dan sangat terharu dapat sahabat-sahabat yang baik seperti mereka serta korang semua.


comel tak patung katak nie? comey kan? penuh dah katil dengan patung-patung nie..puas tidur. huhu..yang nie pemberian ChaCha untuk bufday Aida. Kalau korang nak tahu hari nie 6 September 2011 adalah Hari Jadi ChaCha. Selamat Hari jadi ChaCha nanti kita pi celebrate no..hik3.


Kad raya..Kad Raya nie pemberian ChaCha ( yang first warna coklat emas ), Shida ( Putih ) dan Nurabby ( Masjid ). Terima kasih banyak-banyak sebab ingat dekat Aida selalu. sobs..sobs..sungguh terharu dan rasa bersalah sebab tak balas semula kad raya nie. InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan Aida balas erk? hik3..

Mood : Lepas nie nak blogwalking mana yang boleh, nak balas jejak mana yang tak terbalas, InsyaAllah..




August 19, 2011

"MY CONTEST : MY PETS"

August 19, 2011 32 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

mood minggu ini menyertai jemputan Contest, GA, Segmen dan sebagainya


SYARAT-SYARAT
1. Follow blog ini. (Done)
2. Buat satu entry yang bertajuk 'MY CONTEST : MY PET' (Done)
3. Letak banner diatas. Dan linkkan ke banner tersebut. (Done)
4. Tag seorang je. (Done)

CIRI-CIRI PENILAIAN
1. Sesuai dengan tema,fyna nak gambar yang korang tangkap bertemakan haiwan peliharaan korang sendiri.
tak kisah la kucing ke,arnab ke,burung atau sebagainya.

2. Tak kisah guna kamera apa.samada DSLR atau kamera biasa.kalau guna kamera handphone pun,fyna terima.

3. Editing yang biasa-biasa.jangan terlampau sangat.sayang pada keaslian gambar.

4. Paling maksimum,boleh hantar 2 keping gambar.


Gambar yang Aida pertaruhkan mesti lah haiwan yang paling Aida sayang

August 18, 2011

"SEGMEN TEMPEK DAN JELAJAH BLOG''

August 18, 2011 20 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Setelah beberapa hari menyepikan diri untuk seketika, Aida muncul semula dengan entry segmen atas jemputan cik Shida sayang nie.. hehe.. 


tu dia banner tuan segmen nie, comey kan doodle dia? 

TEMOYO?? cumey je sebutan dia kan? mesti ada sweet moment dengan nama tu..

antara syarat-syarat yang Cik Tomoyo tetapkan :


1) mesti follow blog temoyo & fanpage temoyo SINI supaya senang nak tau update terkini :) (Siap)
2) tempek banner yg temoyo bagi tu dlm entri korang..(Siap)
3) nyatakan tujuan korang join segmen ni....5 patah perkataan pon jadi laa..(Siap)
4) siap ??korang tempek link korang kat komen kat bwh ni k..korang nak tag @ tak ikut suka korang la k..kalau rmai join lagi bagus (Siap)

Tujuan utama menyertai segmen ini adalah kerana....

1. Jemputan Sahabat Aida iaitu Shida
2. Tertarik pada banner dia yang comey tu
3. Nak berkenalan dengan tuan blog tersebut dengan lebih mesra gitu
4. Paling penting dapat memberi sedikit semangat pada tuan blog 

nak tag juga teman baik Aida



August 12, 2011

SANTAPAN BUAT MATA

August 12, 2011 21 Comments
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semalam bosan-bosan google macam-macam gambar, ada lah jumpa beberapa gambar yang Aida rasa unik dan ada maksud yang mendalam je, tak pasti la pulak dekat negara mana. Serius aida suka dengan
gambar-gambar nie rasa macam sayu je tengok.

saja nak kongsi dengan korang-korang semua. Jom lihat!!


August 8, 2011

SPECIAL ENTRY UNTUK MEREKA

August 08, 2011 40 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Entri kali ini satu je tujuan, nak menyampaikan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada beberapa orang sahabat yang telah membuat kan Aida rasa tersangatlah gembira dan terharu. Mereka-mereka ini banyak membantu dan memenuhi permintaan Aida..Maaf jika ianya menyusahkan..


yang ini header Aida sempena Ramadhan dan Syawal, smart kan? Paling suka tengok frog dengan songkok dia tu, nampak macam muka poyo je..kan? kan? lepas tu ayat pertanyaan Froggie boleh raya ke?? korang jawab la sendiri ok..hehe. Header ini dibuat khas oleh SHIDA untuk Aida. 

TERIMA KASIH SHIDA!!

 

yang dua banner  cumey nie, semalam Aida paksa LISA buatkan..jahatnya kan? Aida confused nak pilih yang mana satu..kalau ikut Aida, Aida suka yang pertama tu. Kalau korang nak tempah header boleh la pergi ke blog LISA nie..dia ada bukak tempahan header, kalau banner or yang lain-lain tu korang kena tanya LISA sendiri lah. Header dia pun comey-comey..tak percaya korang boleh klik kat banner bawah nie..


TERIMA KASIH LISA!!

Alhamdulillah setelah hampir 7 bulan berblogger nie akhirnya Pemberi Semangat Aida mencecah 1000. Berkat sokongan dari kalian juga. Untuk itu Aida nak review follower bertuah Aida yang ke 999, 1000, dan 1001. Terima Kasih buat mereka kerana sudi menjadi follower blog yang masih newbie nie..dan terima kasih berbakul-bakul juga buat semua Pemberi semangat Aida.. Sayang u all lah



flying kiss smiley for orkut, myspace, facebook


muah!! muah!!



follower ke 999
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me