March 27, 2011

OH BAKAL SUAMI SAYA!!

March 27, 2011 2 Comments
Dia bakal suami saya...rupanya tidaklah sehebat Nabi Yusuf a.s, sifatnya tidaklah sesempurna Nabi Muhammad s.a.w, orangnya sederhana sahaja tetapi berjaya menambat hati saya dengan sifat kesederhanaannya itu.

Ya Allah Ya Tuhanku saya bersyukur kepada mu Ya Allah yang telah menganugerahkan insan sepertinya di sisi hambamu ini..

Ya saya orang yang teramat bertuah kerana mendapat tempat di hatinya..terasa diri ini tidak layak sama sekali berada di sampingnya.

March 23, 2011

UITTTT...KENAPA? MENGAPA?

March 23, 2011 0 Comments
Kenapa? Mengapa? bila result SPM keluar je habis semua surat khabar pakat berebut nak tayang...alahai!!! nak sorok kat mana nie..nak tipu kata result tak kuar lagi surat khabar plak potong line, penat aku sembunyi kan tarikh result nie..bukan setakat surat khabar je buletin utama pun dok hebohkan...

ha mana mau lari ha??

mana result kau wahai anakku??

alamak...kan..kan ha soalan MAUT dah kuar, mana aku nak lari nie..emmm...erkkk!! tadi sekolah terbakar mak..ramai yang dok lari lintang pukang selamatkan diri...result pun agaknya mesti dah terbakar sama...wawawa!!! oh..poyonye aku nie. 

Sekolah Terbakar!!!!!!!!! ke kau yang terbakar nie...kau jangan banyak alasan..lekas bagi mak tengok result kau.  

mak..mak tadi kan masa saya balik sekolah tetiba angin puting beliung melanda mak...kertas result saya pun disedut oleh puting beliung tu..

puting beliung tu binatang ape??

mak nie puting beliung pun tak tahu..angin yang pusing-pusing tu la mak..

ooo...TORNADO ea. cakap lah TORNADO baru mak paham..heyyy!! kau pandai ea nak lari tajuk. mana result kau? maaaanaaaaaaaaaa resullllllttttttt kaauuuuu??

yelah..yelah mak nie bising aje..ha amek nie!!

MasyaAllah!!!


AMARAN!!!

kepada student next year yang mengambil SPM...korang-korang suma jangan tiru aksi ini tau...rugi..rugi..

yang dah amik result hari ini CONGRAT!! kalau mencapai target la..bagi yang tak mencapai target ANDA MEMANG TERBAIK!! eh tak lah...yang kurang berjaya tu diharapkan jangan berputus asa ea...tak ada rezeki nak buat macam mana. 

Dengar kata, bukan setakat dengar kata je memang dah kenyataan result SPM utk 2010 meningkat beb...dari tahun lepas..BAGUS!! BAGUS!! anak muda kita..

Hope kejayaan ini seimbang dengan dunia dan akhirat  la ye yop!



March 21, 2011

WAJAR ATAU TAK WAJAR??

March 21, 2011 0 Comments
SERANGAN PIHAK BARAT KE ATAS LIBYA

serangan yang di lakukan awal pagi semalam (waktu tempatan) telah mengorbankan 48 orang serta 150 orang cedera di LIBYA..

pergolakan ini dilancarkan oleh Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis..dengan alasan mahu membela rakyat LIBYA yang ditindas oleh pemimpinnya sendiri iaitu Muammar Ghadaffi.

Kalau kita dengar motif serangan diadakan oleh Persatuaan Bangsa Bersatu tersebut, automatiknya kita akan merasa ianya bagus..niat murni untuk membantu rakyat LIBYA.

Tapi disini wajar atau tidak serangan yang dilakukan itu?

kalau bersifat untuk membantu..kenapa perlu ada yang menjadi korban dan tercedera..mungkin kah benar kata IRAN bahawa pihak barat mempunyai misi tertentu?? apa salahnya kalau berunding atau berdamai secara aman..sudah semestinya rakyat tidak terkorban mahupun tercedera.

Bukan mahu menolak bantuan negara-negara barat..tetapi negara ISLAM perlu lebih berhati-hati dalam menerima bantuan mereka.

Dalam serangan ini bukan semua negara SETUJU..seperti KAHERAH liga arab itu membantah serangan ini walaupun liga arab itu sendiri menyokong pelaksanaan zon larangan terbang di negara tersebut. IRAN juga turut tidak bersetuju dan memohon rakyat LIBYA supaya tidak tertipu dengan tindakan pihak barat itu.

Di RUSSIA menggesa serangan bersifat membuta-tuli itu dihentikann dan tidak menerima penggunaan RESOLUSI 1973 kerana ia melebihi apa yang sepatutnya. China juga meluahkan rasa kesal keatas operasi ketenteraan yang menyebabkan kematian ramai orang awam.

saya amat setuju dengan pendapat penganalisis politik, Dr. Chandra Muzaffar jika benar mereka ingin membantu membebaskan rakyat mengapa mereka tidak bertindak begitu di Palestin dahulu.

Dalam serangan itu, 112 peluru berpandu Tomahawk dilancarkan keatas lebih 20 sasaran di pantai untuk membuka laluan kepada pasukan udara bertindak melumpuhkan pertahanan udara LIBYA.

Belum reda dengan bencana alam ke atas JEPUN...Bumi LIBYA pula bergolak.

Ya Allah semoga kau memelihara keselamatan orang ISLAM di kedua-dua negara itu...dan kau tunjukkanlah jalan yang terbaik bagi mereka menghadapinya. Tabahkanlah hati mereka menerimanya..keatas kau juga lah kami meminta pertolongan...Amin ya rabbal alamin..

berita lebih terperinci HARIAN METRO ONLINE





untuk melihat dengan lebih jelas gambar-gambar serangan di LIBYA ada di sini GAMBAR

March 20, 2011

CUBA TRY TEST DENGAR LAGU NIE!!!

March 20, 2011 0 Comments

ALLAH YA NUR 



BILA WAKTU TELAH BERAKHIR


artis yang berasal dari Indonesia..ini kiranya nasyid made in Indonesia lah...layaannnn!!! janji ada unsur-unsur baik dalam lagu nie...tenang mendengarnya. 


~TUAN BESAR MARLINA OMAR~

March 20, 2011 0 Comments
Hahaha..kalau TUAN BESAR MARLINA OMAR nie baca mesti dia MARAH!!

hey!! macam mana boleh jumpa blog nie ha? bijak sungguh TUAN BESAR ini. 6 kali view tu dengan 2 nama yang sama cuma gambar profil je berbeza..muhahaha.

ntah bila lah TUAN BESAR nie skodeng ntah..nie mesti keja bangun mengigau malam online tenet..skrg nak gak tunggu TUAN KECIK AN, LIESA, DIRAH pula follow...meramaikan majlis lah nanti.

Disebabkan TUAN BESAR MARLINA OMAR dah follow blog nie..sebagai HADIAH saya nak promote lah hasil tangan TUAN BESAR yang sememangnya BESAR ini..mari-mari!!!!

March 16, 2011

KIAMAT PASTI TIBA

March 16, 2011 0 Comments
Al Quran : (7) Al A’raaf : Ayat 187

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (QS 7:187)




Tanda-tanda kiamat kecil

1. PENAKLUKAN BAITUL MAQDIS
>> “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)

2. MEMUTUSKAN PERSAUDARAAN DAN BERSIKAP BURUK DENGAN JIRAN
>> “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)

3. ZINA BERLELUASA
>> “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)

4. ALAT-ALAT MUZIK MENJADI KEGILAAN
>> Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyiwanita” ( HR Ibnu Majah)

5. MENGUCAPKAN SALAM KEPADA ORANG YANG DIKENALI SAHAJA
>> “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)

6. WANITA BERPAKAIAN TETAPI HAKIKATNYA BERTELANJANG
>> “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”

7. BANYAK DUSTA DAN TIDAK MENYAMPAIKAN BERITA DENGAN TEPAT
>> “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)

8. ORANG HINA MENDAPAT TEMPAT TERMULIA
>> “Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh orang yang bodoh dan hina. Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)

9. BANYAK SAKSI PALSU
>> “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)

10. MENGHIASKAN MASJID DAN MEMBANGGAKANNYA
>> “Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid”( H.R Nasai)

sedarkah kita bahawa tanda-tanda kiamat kecil ini sudah wujud di persekitaran kita??

percayalah bahawa kiamat itu akan muncul ketika semua manusia sedang leka dengan hal dunia..

Bumi kini telah semakin uzur..tidak mampu lagi bertahan dengan kerosakkan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri..

massive 8.9/9.0 magnitude earthquake hit the Pacific Ocean nearby Northeastern Japan at around 2:46pm on March 11 (JST) causing damage with blackouts, fire and tsunami

ayat quran [hud; 11:3]

Dan hendaklah kamu memohon ampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya,nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan.Dan Dia akan memberikan kurnia-Nya kepada setiap orang yang berbuat baik.Dan jika kamu berpaling,maka sungguh,aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang besar (Kiamat)


MasyaAllah!!

Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui...

secara kebetulan pula tragedi TSUNAMI yang melanda JEPUN baru-baru ini berlaku pada tarikh 11/3/2011 sama dengan bilangan surah Hud itu...







tiada yang dapat menghalang kekuasaan Allah S.W.T...

kemana kita mahu melarikan diri apabila bencana seperti ini menimpa..air bagai mengejar kita dari belakang..rakus untuk menjamah kita. Air yang tenang kini menjadi ganas menerpa ke arah manusia yang lalai dan leka..biarpun perenang hebat di dunia belum tentu dapat melawan arus air sedemikian..Teknologi yang canggih juga kini tidak mampu berfungsi malah di bawa arus begitu sahaja..disana disini api marak membakar apa sahaja yang berada dilaluannya. Kereta dan rumah umpama mainan..sekali harung semua nya hilang...bandar yang berteknologi tinggi dan mempunyai rakyat yang berdisiplin tinggi ini musnah secara keseluruhannya.

Ya Allah jika itu yang kau berikan kepada kami dalam bentuk bencana alam, kami redha dengan ketentuan mu..kerana kami tahu sesungguhnya apa sahaja yang kau berikan kepada kami itu yang terbaik untuk kami dan ini juga adalah sebagai tanda peringatan kepada umat mu yang lemah dan hina serta lalai ini..tetapi janganlah kau mematikan kami selain kau mematikan kami dalam islam dan keimanan. Sesungguhnya kekuasaan mu itu tiada tandingan. Dan kiamat itu pasti datang tanpa kami sedar. Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesedaran kepada kami..semoga kami sentiasa berada dijalan yang lurus dengan keredhaanmu..Amin ya Rabbal Alamin...

Semoga kita sentiasa dalam keinsafan...

March 14, 2011

PERIHAL NENEK & CUCU-CUCUNYA

March 14, 2011 0 Comments
Baru tinggal 2 hari bersama sudah macam-macam kerjanya..Hari pertama tinggal dengan nenek, adiknya jatuh, rumah dah macam tongkang pecah...kusyen di buat khemah, kononnya tempat 'persembunyian' dari musuh..kata cucunya lah..bantal peluk di buat papan gelongsor..siuuuu!! dari atas turun kebawah. Bunyi gelak ketawa jangan cakap lah...nenek pun boleh jadi gelak sama.

Itu hari pertama, masuk hari ke dua...hish! hish! apa pun tak boleh nak kata..pagi-pagi sebelum saya berangkat ke kerja sempat lagi 'skodeng' apa si nenek buat dengan 2 orang cucu nya yang agak hyperaktif tu..celah tingkap nampak lah hero dan heroin tu dok main..tapi kelibat neneknye tak plak saya nampak..'skodeng' di perinci kan lagi, barulah nampak neneknya sedang baring di sofa sambil memerhatikan cucu-cucunya bermain.

Malas lah saya nak kacau...so saya ambil keputusan pergi kerja, nanti saya balik kerja masih boleh jumpa dengan mereka lagi..

Dipendekkan cerita, selepas saya balik dari kerja saya terus berjumpa mereka..sukanya mereka menyambut 'makusu' nya ini...saya beri lah mereka gula-gula seperti biasa. Agaknya sebab tu lah mereka hyperaktif kot..

Disini neneknya pun bersuara lah..katanya tekak nenek sakit sangat..rasa macam bengkak. saya rasa itu mungkin tonsel..penyakit keturunan! tapi nenek kata rasanya lain sangat..pelik!!
nenek makan apa?? nenek kata tadi cucu-cucunya beli roti..mamak roti tu bagi lah mereka gula-gula 'BANG BOOM' lebih kurang lah nama nya (pembalutnya tak sempat nak capture). Neneknya pun gatai lah nak merasa...

Benda nie bungkusannya ala-ala gula-gula..dengan design di luarnya..BOOM!! memang tertarik lah budak-budak nie.

Neneknya bukak lah dalam nya serbuk berwarna kelabu..halus!! nenek, nenek, nenek makan lah kata cucunya...nenek pun makan lah serbuk tu. Piauuu!!! apa rasa nya nie..rasa kelat, payau, pahit..kata nenek macam rasa sabun je. Nenek pun terus buang semua gula-gula yang cucu-cucunya beli tadi..

tak sampai beberapa minit..tekak nenek rasa sakit sangat...nenek pun tunggu lah saya balik nak 'manja-manja' lah tu..pas nenek cerita nenek terus amik gula-gula yang nenek dah buang tadi nak tunjuk kat saya lah kononnya..

Astaghfirullahalazim!!

Nenek nie bukan gula-gula ini BOOM!! mercun bola...
nenek makan mercun!! makan belerang nenek...

nenek dengan cool nya menjawab...OH! BELERANG KE? NASIB NENEK TAK MELETUP TADI...hahaha
nenek nie sengaja buat lawak or nak sejukkan hati nenek yang 'terkujat' tu..

cucunya punya hal tak pasal-pasal nenek makan belerang...

ini nenek

ini Aisyah

ini Aiman


*NENEK dalam cerita saya nie adalah MAK saya dan cucu-cucunya AISYAH & AIMAN adalah ANAK BUAH saya.

March 10, 2011

KAULAH RAKAN SEPERJUANGAN KU

March 10, 2011 0 Comments

Tadaaa....nie lah kakak saya di tempat keje.. Nama nya AFIZA ABDULLAH...saya dengan kakak nie amat-amat lah 'kamceng' sehingga kan kemana sahaja sentiasa berdua. Kami berdua nie pon otak serupa.. dua-dua kaki gelak kalau bab IMAGING bagi kat kami mmg melampau lampau lah jawabnya.

Kami selalu 'buli' AMIR sebab AMIR nie pon kadang-kadang lawak juga..selama 7 bulan bekerja dengan kakak nie saya sendiri pun sentiasa bersemangat nak pergi keja. Kalau ada masalah terus tak jadi moody pasal kakak nie suka buat lawak sekali dia gelak bergegar office di buatnya.

Tapi.....

Kenangan kami tak panjang...sekejap sangat saya rasa tempoh perkenalan selama 7 bulan itu...rasa tak puas lagi nak mengusik kakak, nak gelak ketawa bersamanya nak dengar celotehnya tentang anak-anak, perihal hidupnya. Banyak yang saya dapat dari cerita-cerita kakak. 

kami juga selalu kuar sama-sama...kini semua itu tak dapat nak dibuat lagi, sebab kakak dah tak ada dah tak kerja situ lagi..hari ini hari last kakak dengan saya...sungguh sayu! tak sangka kakak di buat begitu.

Tak apa kakak orang sabar tak selalu rugi..betul dah apa yang kakak buat minta maaf padanya. Tapi maaf kakak tidak di layan. Tak mengapa kakak, janji kakak minta maaf. Bagi saya itu sudah memadai..Kakak berhenti lah kakak sebab kakak dah banyak bersabar...kakak jangan sedih dengan kata-katanya...

Orang begitu kakak, lagi kita menyembah lagi dia 'NAIK'...kakak cari lah rezeki di tempat lain..saya dah tak sampai hati lihat kakak di 'kutuk' dari belakang. Saya kenal kakak sebab itu saya rasa situasi itu tak sepatutnya berlaku..

Dia kata tadi kakak tidak boleh ditegur...tapi saya rasa dia yang tidak boleh di tegur. Dia kata kakak tak sepatutnya hantar puteri bongsu kakak ke Sungai Buloh tapi saya rasa dia yang suruh kakak buat begitu. Dia kata kakak suka bawak masalah rumah tangga ke office...tapi saya rasa dia selalu buat begitu..sampai anaknya juga kita nak jaga. Dia kata kakak selalu cuai dalam kerja...tapi saya rasa sekali sekala saja tak lah sampai MERUGIKAN SYARIKAT..Dia kata kakak selalu bercakap dalam nada yang tinggi kurang sopan..tapi saya rasa dia lagi kurang sopan bila bercakap.

Tak mengapa lah kakak....saya rasa dia salah buang orang. Elok juga kakak berhenti dari kakak di jadikan kulinya. Serius saya cakap saya amat berpuas hati dengan keputusan kakak nak berhenti...saya sokong apa yang kakak lakukan. Sebab lagi lama kakak di sini lagi hebat dugaan kakak kena tanggung..

Kakak..kakak...saya akan selalu rindukan senyuman kakak, ketawa kakak yang macam 'pontianak', suara kakak yang lunak bila saya tak sabar nak kan sesuatu, usikan kakak, kerja kakak yang cekap, walaupun kadang-kadang sikap kakak buat saya marah...tapi saya seronok kenal kakak...

tadi masa kakak peluk saya, kakak cakap saya lah kawan paling baik pernak kakak jumpa. Menitis air mata saya....tak terkata saya ketika itu...kakak tahu selepas kakak pergi saya tak sudah-sudah menangis. sayang juga saya dengan kakak...heeee!!! saya lihat tempat kakak dah kosong sunyi je...

Tak apalah esok saya kerja sorang-sorang..tak ada lagi suara yang pagi-pagi panggil saya 'LALINK' tak ada lagi orang yang saya nak usik...kini saya pula yang berhadapan dengan dia...sudah tentu saya pening nanti...nak 'ngadu' kakak dah tak ada...tak apa saya masih ada masa untuk seminggu sahaja lagi..

Kakak..kakak..saya sayang kakak. Hope kakak selalu ceria, dimurahkan rezeki, sihat selalu...dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T..ada rezeki saya jumpa kakak lagi. 

SALAM SAYANG DARI ADIKMU

UNTUK KAKAK

Afiza Binti Abdullah

Kenangan bersama mu tak dapat ku lupakan...







March 9, 2011

BAHAYA LOVE BITE

March 09, 2011 5 Comments
Upssss....18SX!!

Aikk...baru saya tahu rupanya love bite nie ada kesan di LUAR JANGKAAN. Jangan tak tahu...



Seorang wanita berusia 44 Tahun telah didapati LUMPUH buat seketika setelah melakukan love bite di bahagian leher oleh suaminya. 

Wanita itu lumpuh di bahagian kiri badanya...

Para doktor yang merawatnya bingung dari mana punca wanita ini diserang strok atau lumpuh...setelah di kaji mereka mendapati punca nya kerana love bite di leher wanita itu yang menyebabkan darah beku di arteri...

so pada korang-korang yang SUDAH BERKAHWIN jangan buat benda nie ea..asenye bukan IDEA yg bagus untuk di tiru...

Bagi yang BELUM BERKAHWIN pula anda di nasihatkan LANGSUNG tidak boleh meniru aksi ini...nak kena lah tu kalau buat. 

nampaknya adegan romantik ini kadang-kadang membawa kebaikan kadang-kadang juga membawa KEBURUKAN...lagi-lagi pada yang BELUM BERKAHWIN!!

DONT TRY OK!!



March 8, 2011

KISAH KASUT TUMIT TINGGI

March 08, 2011 0 Comments



Wanita dengan fesyen memang tak dapat dipisahkan...namun antara sedar atau tidak fesyen ini juga memberi impak kepada masalah kesihatan tubuh badan contohnya kasut tumit tinggi, kasut ini memang cantik, macam-macam design ada di pasaran..bagi PENGGILA kasut tumit tinggi dia orang ini sanggup je menghabiskan duit untuk mendapatkan setiap design terbaru di pasaran..GIAN!! gitu..tak ada duit di ada kan...kalau ada duit dihabiskan dengan beli 'natang' nie. Agak-agak, korang tahu tak apa KEBURUKAN dari memakai kasut tumit tinggi ini?? Mungkin ada dikalangan korang yang dah tahu..tapi tak apa, saya akan beritahu pada yang tak tahu tu..

  • Memberi tekanan pada lutut sehingga 26 peratus dan ia boleh menyebabkan penyakit sendi.
  • Mengakibatkan kesakitan pada kuku
  • Radang kulit
  • Bengkak pada jari kaki
  • Menyebabkan kesakitan pada punggung
  • Kesakitan pada bahu, siku, pergelangan kaki juga tangan
  • Menyebabkan rambut gugur
  • Masalah kesuburan dan kitaran haid

NAMPAK!!!

Banyak kan kesan BURUK nya...memang nampak bergaya, sweet, seksi, GEMPAK!! cantik...tapi mendatangkan bahaya pada kesihatan. Kalau nak 'K.O' cepat boleh lah kot. 

Nasib lah saya BUKAN pengemar kasut tinggi...langsung tak pernah pakai kot, takut kang ada kaki yang tersangkut kat penghadang longkang..naya je!!! baik pakai kasut 'leper' macam aladin tu...senang gak nak bergerak..bebas!!! tanpa was-was...



Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me