August 22, 2012

RABU YANG BISU #28

August 22, 2012 17 Comments


Abang aida pesan : jangan makan banyak-banyak awak tu dah gemuk, kang bertambah lagi gemuknya. Abang tak apa banyak makan, boleh kurus semula lagipun buat apa mak masak 
banyak-banyak kalau bukan abang yang habiskan. Erkk!! baiklah abangku. :P

sekali lagi entry rabu yang tak berapa nak BISU

p/s : Macam biasa tak dapat nak blogwalking quota limit.. teng! teng! teng! ada perasan something tak? follower aida dah jadi 2K la :) Alhamdulillah.. nanti aida review siapa yang ke 2000 tu next entry ^^



August 15, 2012

RABU YANG BISU #27

August 15, 2012 44 Comments


Kad raya yang pertama sampai dari blogger Abg Eqbal Zack 
blogger hebat tau abg Eq nie.. trimas Abg Eq ^^


Kad raya dari Shida Radzuan kawan rapat blogger aida nie, hehe.. thankz sayam Shida :)


Kad raya dari adik Korn, tulisan ang korn memang cantik, jarang kot orang lelaki tulisan cantik nie.. terimas adik korn ^^

setakat nie baru ada 3, mungkin ada lagi kad yang akan menyusul. 

Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger aida, maaf zahir dan batin na kalau aida ada buat salah, silap hope korang maafkan :)

p/s : rasa macam entry tak berapa nak BISU lah pulak :P

August 13, 2012

Segmen di mana anda beraya bersama phat corner

August 13, 2012 24 Comments


Segmen nie dijemput sendiri oleh abg phat dekat GBS, tak silap aida segmen ini kali kedua abg phat buat dan aida pula telah ditag oleh Shida

Kalau hampa nak tengok syarat-syaratnya boleh pi blog abg phat click je banner atas tu tau?

 Soalan utamanya : Dimanakah anda beraya tahun ini?
Macam tahun-tahun, kurun, dekad yang lepas aida maintain beraya di Gombak, sikit pun tak berganjak. Haha.. sebabnya memang kampung aida di Gombak, Mak abah aida memang asal Gombak, kira macam menetap di kampung dah la. So selalunya raya pertama kami pi beraya rumah saudara mara area KL nie saja, raya kedua baru kami pi jauh sikit ke Labu Negeri Sembilan melawat besan (kampung abg ipar) itu pun sebab dekat, abg ipar dengan kak ipar lain jauh sangat kampungnya ada jugak pergi tapi tahun nie tak kot. 

Lepas ke Labu kami mesti singgah area Bangi dan Serdang, ramai saudara mara disana. Raya ke tiga selalunya aida yang hilang, hehe.. hilang pi beraya rumah kawan-kawan. Jenuh menadah perut makan kuih raya kalau dapat duit raya tak pela jugak :P hehe.. bagi yang beraya di bandar macam nie la rutinnya, tak sehebat di kampung hampa semua. Jeles tahu! 

Kalau dapat "calon" orang kampung berasalah beraya dikampung, kalau dapat "calon" orang bandar, beraya di bandar la lagi gamaknya. haha. tudia kemain.. haish.

-sekian-

Nak tahu jugak depa bertiga nie beraya dimana tahun ini?

p/s : KL sunyi masa raya? mana ada oih.. kat giant, Jaya Jusco, Sogo, Jalan TAR ramai je semua pakat shopping. Apa daa orang beraya dia sibuk shopping. 

mungkin ini segmen, contest, GA terakhir aida join. Nak update entry seperti biasa :)


August 12, 2012

Geng Skodeng Blog | Blues Seorang Aku

August 12, 2012 16 Comments


Apahal pulak bulan-bulan puasa nie dok skodeng-skodeng nie? haish..nak tahu apa blogger-blogger tu tengah skodeng? bila kemuncak skodengnya? apa syarat-syarat skodengnya? 
sila click banner diatas. Lagi ramai join lagi best, oh syoknya skodeng :P


p/s : Jangan pikir kebiruan sangat :P



August 10, 2012

Pandelela Rinong PAMG | Penyumbang pingat GANGSA Malaysia

August 10, 2012 41 Comments

Sebelum



Dato Lee Chong Wei penyumbang pingat PERAK untuk Malaysia

Akhirnya 



Pandelela Rinong PAMG juga berjaya menambah pingat GANGSA untuk Malaysia

Hasilnya


2 Pingat untuk Malaysia ^^

Bina yakin diri 
Mampu kita lakukan
Tiada yang mustahil
Segalanya boleh!

Bangga tak? bangga tak? tengok bendera Malaysia berkibar kat situ ^^

Note : Peserta negara kita Bryan Nickson Lomas akan beraksi pada 10 Ogos jam 2.00 Pagi waktu Malaysia dalam acara Men's 10m Platform


p/s : Happy sangat sampai entry nie dah macam Rabu yang bisu :P 

August 8, 2012

Segmen : Aku Nak Join Lam Video Raya PPP...Ko Hader?

August 08, 2012 29 Comments
Segmen ini bagi orang-orang yang ingin menjadi artis ala-ala you tube.. :P 
aida baca tajuk segmen je dah nak tergelak dah, macam ganas pun ada gak. ko hader? haha


Syarat penyertaan simple je :
1. Macam biasa buat satu entry bertajuk 'Segmen : Aku Nak Join Lam Video Raya PPP..Ko Hader?  tempek sekali banner PPP tu. 
2. Dalam entry tu korang letak satu keping (nak letak 10 keping? yang tu kena tanya PPP :P) 'Gambar paling cun korang ada' lagi bagus kalau gambar tu korang pakai baju kurung/melayu.
3. Dah siap entry just tinggalkan link entry korang kat entry segmen diblog PPP. 
4. Akhir sekali korang kena like page Masih Cinta dan page BLOG PariPariPutih Memang Layan
Gambar macam nie boleh tak sis PPP?

Blog Review di blog sop.name.my

August 08, 2012 28 Comments


Selepas menjadi mangsa tag Shida, bertambah yakin dan semangat aida nak join Blog Review oleh Abg Sop nie :) sebelum kena tag lagi aida memang nak sangat join blog review nie sebab nak tahu jugak pandangan/kritikan otai blog tentang blog aida yang baru menapak nie kan.. so kali nie sebelum Abg Sop tutup Reviewnye baik aida join cecepat. hehe.. melepas karang :) 

Siapa-siapa nak join boleh click SINI untuk tahu apa 
syarat-syaratnya 

p/s : banyak lagi segmen nak join nie.. :P sekadar memeriahkan dan support mereka :)

August 7, 2012

Dato' Lee Chong Wei - Welcome Back Our Malaysian Hero

August 07, 2012 37 Comments

Pagi-pagi nie nak kasi korang cuci mata tengok gambar je :) sebab lepas nie aida nak hias entry dengan join segmen.. hik3

Status twitter DCLW sebelum beliau selamat sampai di KLIA pagi tadi


Kepulangan Dato' Lee Chong Wei disambut dengan penuh kemeriahan, tudia dah kata hero kan? haruslah disambut meriah. Barulah nampak perpaduan kat situ. DLCW sampai di KLIA tepat pukul 
7.31 minit pagi tadi. 
[tekan Entry Penuh Click Sini untuk melihat banyak lagi gambar]

August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran 1433H

August 06, 2012 17 Comments
Dato' Lee Chong Wei dah selamat naik flight tadi kot, moga beliau selamat tiba di Malaysia. 
(eh sempat lagi  :P)


Sapa tahu maksud Nuzul Al-Quran? 


''Dan tiada seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semua akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)''
(Al-An'am : 38)


Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah SWT adalah melalui  perantaraan malaikat Jibrail iaitu surah Al-'Alaq

''Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dengan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya''
(Al-'Alaq : 15)

p/s : Bacalah walaupun satu ayat, walaupun untuk seketika ^^

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me