August 8, 2012

Blog Review di blog sop.name.my

August 08, 2012 28 Comments


Selepas menjadi mangsa tag Shida, bertambah yakin dan semangat aida nak join Blog Review oleh Abg Sop nie :) sebelum kena tag lagi aida memang nak sangat join blog review nie sebab nak tahu jugak pandangan/kritikan otai blog tentang blog aida yang baru menapak nie kan.. so kali nie sebelum Abg Sop tutup Reviewnye baik aida join cecepat. hehe.. melepas karang :) 

Siapa-siapa nak join boleh click SINI untuk tahu apa 
syarat-syaratnya 

p/s : banyak lagi segmen nak join nie.. :P sekadar memeriahkan dan support mereka :)

August 7, 2012

Dato' Lee Chong Wei - Welcome Back Our Malaysian Hero

August 07, 2012 37 Comments

Pagi-pagi nie nak kasi korang cuci mata tengok gambar je :) sebab lepas nie aida nak hias entry dengan join segmen.. hik3

Status twitter DCLW sebelum beliau selamat sampai di KLIA pagi tadi


Kepulangan Dato' Lee Chong Wei disambut dengan penuh kemeriahan, tudia dah kata hero kan? haruslah disambut meriah. Barulah nampak perpaduan kat situ. DLCW sampai di KLIA tepat pukul 
7.31 minit pagi tadi. 
[tekan Entry Penuh Click Sini untuk melihat banyak lagi gambar]

August 6, 2012

Salam Nuzul Al-Quran 1433H

August 06, 2012 17 Comments
Dato' Lee Chong Wei dah selamat naik flight tadi kot, moga beliau selamat tiba di Malaysia. 
(eh sempat lagi  :P)


Sapa tahu maksud Nuzul Al-Quran? 


''Dan tiada seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun didalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semua akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)''
(Al-An'am : 38)


Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah SWT adalah melalui  perantaraan malaikat Jibrail iaitu surah Al-'Alaq

''Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dengan Tuhanmu yang Maha Pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya''
(Al-'Alaq : 15)

p/s : Bacalah walaupun satu ayat, walaupun untuk seketika ^^

Dato' Lee Chong Wei - Hero Badminton Malaysia

August 06, 2012 42 Comments

Dengan keputusan 
SET 1 - Lee Chong Wei (21) - Lin Dan (15)
SET 2 - Lee Chong Wei (10) - Lin Dan (21)
SET 3 - Lee Chong Wei (19) - Lin Dan (21)

Akhirnya Perak untuk 'single badminton' Olympics 2012 milik Malaysia

Status Twitter Dato' Lee Chong Wei selepas perlawanan

Dato' Lee tak mo nangis-nangis sedih kami tengok ha

Jangan sedih-sedih Dato' Lee Chong Wei kalah anda sangat bermaruah, kami bangga dengan anda.
Malaysia Boleh! :)

♥ Dato' Lee Chong Wei

P/s : Tetiba baca status twitter Dato' Lee Chong Wei terasa sedih T_T
apa ntah lagi empunya badan mesti lagi sedih.
Sumber :
Google Images

August 3, 2012

[SEGMEN] Aku Terjah! Aku Follow! Apakah itu?

August 03, 2012 38 Comments

Tudia tajuk Segmen dia penuh misterius :P Apakah itu?

Sila click banner ini untuk melihat syarat-syarat segmen

Segmen ini akan ditutup bila cukup 100 penyertaan so setakat nie baru ada 57+ penyertaan, maknanya masih banyak tempat kosong dibuka. 

Persoalannya kenapa aida terjah? kenapa aida follow?
Mula-mula dapat tahu segmen nie dari blog Apit (Fizgraphic dot com) sebabnya apit tag aida join segmen nie, so secara automatiknya aida akan TERJAH dan FOLLOW blog myideakini :)
sampailah tertarik nak join segmen nie. 
Tuan penaja kata 50 blogger pertama yang join akan dapat seketui Pendrive 4GB, alamak nangis aida sebab aida blogger yang ke 57+ join, sah tak dapat kan? haha..

Ok untuk melengkapkan syaratnya aida tag 4 orang blogger 
(harap-harap blogger yang aida tag nie belum follow blog myideakini)

4. Fida
p/s : Dah join haruslah kena rajin terjah rakan-rakan yang join :)

August 2, 2012

Segmen Raya Sakan : Teka Juadah Raya

August 02, 2012 37 Comments

Click banner untuk melihat syarat-syarat segmen

Segmen ini ditaja oleh dua orang abang perasan hensem iaitu Afzalsukasuki serta MK Syahir dan seorang kakak yang gambarnya diblurkan iaitu Arrazwa :P 

curik gambar dekat entry Shida

Hadiah beg tangan dengan wang tunai RM50
Tarikh tutup : 5 Ogos 2012 (11.59 pm)

Gambar yang perlu diteka 

Hint : Berinti

Lapar pulak perut dok google macam-macam kuih nie, haha.. Penat dah cari, nampak macam ada persamaan tapi bila tengok lama-lama macam tak sama pulak. Haih! tapi tak pe la aida teka jela eh betul ke tak ke lantak pi.. haha.. (frust sebab tak dapat teka)

ramai je teka dua kuih aida pun nak teka dua kuih jugak la :P


Jawapan : Kuih Nekbat kuih tradisonal terengganu ke kelantan ntah 
(berinti ke kuih nie? bukan sira je ke?) dengan popia mini.

Meh join meh kita memeriahkan lagi segmen nie :)


July 31, 2012

SPECIAL ENTRY : ANTARA BLOGGER YANG WISH BIRTHDAY AIDA

July 31, 2012 58 Comments

Hampir 4 hari menghilangkan diri, tak ada mood nak blogwalking bila line serupa siput. Esok 1hb aida akan start blogwalking semula, balas jejak-jejak korang semua dekat shout, dekat fb pun berlambak entry yang dah ditag tak dapat nak baca, ada yang tag GA, Segmen, Contest. Maaf sangat-sangat.

Tengok tajuk entry nie je korang mesti dah dapat agak kan? hehe.. hari sabtu hari tu genap umur aida 2* tahun, muda lagi kot lalalala~ jadi ramailah blogger yang wish dekat fb aida, terharu kot sebab banyak doa yang baik-baik aida dapat. Amin moga-moga makbul doa hampa semua. 

Kepada blogger yang dah merajinkan diri wish birthday aida hari tu aida nak ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak, moga kalian semua dilindungi Allah serta berjaya dunia dan akhirat. Love u all :) pada yang wish dalam hati atau malu-malu nak wish pun aida nak ucapkan terima kasih juga 
(perah santan betul)


Coret Coret Cikgu - Faezah Albaj
Katak Comel - Miera Edora & Akmal Hakim
Sihatimerahjambu - Azhafizah
Wancikgumuzik - Izwan Daddy Cool
Apakah? - MK Syahir
Cik Kiwi's - Hazira Alias
Suka@kereta - Man Kete
Istilah Minda - Mawardi Yunus
Pari Pari Putih - Nor Zaimah
Ieyla.Com - Ieyla
Kosyikuyanie Empty Diary - Fadhleyanie
Dimensi Siber - Shafuan
Rafinamimi Dot Com - Penulis Novel ( Rafina Mimi )
Pira Dunia - Zafira
Republick guaOtai - Wachak Bro
Alep Insan Ber-Kaca Mata - Alif Haiqal
Dunia Sebenar Shida - Shida Radzuan
Gadis Kampung Separa Bandar - Cik GKSB
Blog Si Manis - Sis Syima
Mans Smile - Suparman
Zinnia A Zinnia - Zinnia
Kizmyself - Kizmyself
Konnichiwa - Caliph
Wan Hazel - Wan Hazel
Rasukan Kentut Gua - Shawn
Maya Mustwany - Maya Mustwany
Aidanatasya.com - Aida Natasya
Pulut Kukus Ikan Masin - Shakinah 
Kisah Dongeng Mama Lynn - Sis Lynn 
Kisah Aku dan Korang - Syahiroo
Cik Teddy Corner - Cik Teddy
Blog Budak Sengal - Jajam
Tirah Maganda - Tirah Zairi
Lisa Afha - Lisa
Fizgraphic - Apit
Little Deer - Shovya Ratna Dewi (Blogger Indonesia)
Diari Resepi - Sis Khaty R'bain
Rilek Sebentar - Zul De Alexis
Yusufultraman Dot Com - Yusuf Ultraman
Bila Jejari Bercherita - Zareliqa
Cik Puan Azizah - Jijah
Kunci Locker - Kunci Locker
Bila Jari Menari - Cik Zaiey
Dunia Blog Slumber Aku - Eyza

Maaf juga pada blogger yang aida tak dapat nak detected link blognya

Adah Tarmizi | Ariff Abd Rahman | Aziey Imey | Kamariah Tajuddin 
Harith Irfan | Nor Hashimah Mohd Khairi | As Sakinah Umairah
Norhafsham Che Ani | Asningtiyas Nasdja Puteri 

Hampir kesemuanya aida kenal, mereka semua memang peramah, tak percaya boleh terjah blog mereka. 

p/s : Hidup dengan doa sahabat-sahabat :) 

July 25, 2012

RABU YANG BISU #26

July 25, 2012 42 Comments


Maaf korang-korang semua aktiviti blogwalking terpaksa aida hentikan untuk seminggu ini
Alasan : quota internet dah limit, slow dia astaga kalah siput sedut 

p/s : Ayuh semua muslimah kita tutup aurat, yang cantik bertambah cantik yang manis semakin manis nanti
*Entry auto publish

July 22, 2012

SUASANA RAMADHAN SELURUH DUNIA

July 22, 2012 48 Comments

Sudah sehari berlalu, hari ini masuk hari ke dua umat Islam di Malaysia berpuasa, syukur Alhamdulillah kerana Allah masih mengizinkan kita berpuasa pada tahun ini (1433H). 

SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA RAKAN BLOGGER
DIARI SI FROGGIE
SEMOGA KALIAN SEMUA DILINDUNGI ALLAH
Lepas sahur tadi saja tengok-tengok google images, nak tengok suasana Ramadhan seluruh dunia. Bila search macam-macam gambar keluar, tiba-tiba rasa sayu je hati, alangkah bagusnya jika umat Islam satu dunia berkumpul bersatu padu seperti sekarang dimana umat Islam seluruh dunia sedang menyambut bulan Ramadhan. 

Jom sama-sama lihat suasana bulan Ramadhan dibeberapa buah negara, nak dapatkan feel lebih mohon letakkan/bayangkan diri korang dalam suasana tu :)

Tekan 'Entry Penuh Click Sini' untuk melihat gambar-gambar Ramadhan seluruh dunia

July 19, 2012

MISTERI KISAH MUMIA

July 19, 2012 46 Comments

AMARAN : ORANG LEMAH SEMANGAT TIDAK DIGALAKKAN MELIHATNYA!

kemain dia punya amaran kan? haha.. bukan apa takut kang ada yang pengsan bila tengok 
gambar-gambar mumia kat sini, siapa yang susah korang jugak kan? ada 2-3 keping gambar yang menakutkan, tak berani nak pandang lama-lama. hehe.. takut menghantui karang 
(orang penakut memang begini).

Perkataan mumia berasal dari zaman pertengahan latin iaitu mum bermaksud bitumen 
(kulit menjadi hitam). Bitumen adalah bahan kimia yang digunakan dalam proses mengawet kebanyakkan mumia pada zaman itu. Tujuan pengawetan ini supaya mayat tidak reput serta mereka percaya roh si mati akan selamanya wujud selagi jasad mereka tidak mereput. 

Terdapat tiga cara mengawet yang biasa digunakan iaitu cara pertama dengan membelah badan, mengeluarkan segala organ dalaman termasuk otak, dan diganti dengan bahan pengawet. Organ yang dikeluarkan tadi juga diawet kecuali jantung. Setelah siap, badan mayat tersebut akan dibalut dengan bandage. Cara kedua mayat akan direndam dalam cecair kimia natron serta dibalut, cara ketiga mayat direndam didalam air larutan garam atau kapur tohor dan dibalut. 

Tekan 'entry penuh click sini' untuk melihat gambar-gambar mumia
seluruh dunia
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me