July 7, 2012

TUTORIAL : IMAGES MENJADI KABUR

July 07, 2012 58 Comments

Nampakkan perbezaan images diatas? 
kalau tak nampak jugak try halakan cursor anda pada images diatas
mari kita belajar bersama-sama

Dashboard > Design > Add a Gadget > HTML/JavaScript 


copy code dibawah ini dan pastekan kedalam ruangan HTML/JavaScript

<style>/* ----- Image opacity effect 2 ----- */.post a img {filter:alpha(opacity=100);-moz-opacity: 1.0;opacity: 1.0;}.post a:hover img {filter:alpha(opacity=70);-moz-opacity: 0.7;opacity: 0.7;}</style>


Dah siap tekan Save dan Preview 

Selesai :)

Lebih banyak tutorial ada DISINI
P/s : Sesuai untuk template denim, mahupun template lain



July 6, 2012

1st GIVE AWAY BY ALIANA

July 06, 2012 19 Comments
Setiap 3 Jam (3 jam la sangat) akan ada entry GA, SEGMEN DAN CONTEST
Penangan ramai sangat jemputan bulan Julai nie :)

Dijemput sendiri oleh tuan GA

SYARAT - SYARAT
  1. Mesti follow blog Aliana Azman
  2. Buat satu entry tentang GA ini.
  3. Letak banner GA dan MESTI dilinkkan terus ke entry INI ,dan tinggalkan link entry penyertaan anda di ruangan komen bawah entry tersebut .
  4. Tag rakan blogger, minimum sorang pun dah cukup :)  nak ramai-ramai lagi bagus (kata owner)
BAGI PESERTA YANG MEMPUNYAI FB DAN TWITTER

like page fb >> Klik Sini <<
follow twitter >> Klik Sini <<

jika penyertaan kurang daripada 50 org , GA automatik akan BATAL (Nampak macam dah lebih 50)

Tarikh tutupnya : 17 Julai 2012

HADIAH-HADIAH

Copy terus dari empunya blog
Ada tambahan hadiah boleh lihat di SINI
2 orang peserta bertuah akan mendapat
* rm 100 (tunai or topup)
* full edit blog percuma
* promote blog selama sebulan .

2 orang pemenang saguhati
* rm 5 (topup)
* edit blog 
Ikut kata tuan penganjur 4 orang peserta yang bertuah dipilih berdasarkan undian yang dicabut secara random oleh bigbos beliau.. bigboss mana aida tak pasti. hehe. 

TAG

P/s : Fuh!! topap RM100 tu!!



DOMAIN .COM

July 06, 2012 40 Comments
Korang ingat tak yang aida pernah menyertai satu Give Away, Give Away tu pulak menawarkan
domain pada blogger yang bertuah. 
Kat bawah nie Banner Give Away tu. 


Nak baca entry aida tentang Give Away tu ada disini 

tak terfikir pulak akan terpilih, yela kan blogger yang menyertainya tu pun mungkin lagi hebat dari aida. Sampai lah malam 28 Jun 2012 dimana Kazen penganjur Give Away nie mengumumkan pemenangnya, Alhamdulillah syukur nikmat sudah rezeki badan, Kazen memilih blog aida sebagai pemenang bertuahnya. 

Nak tahu bagaimana cara Kazen memilih pemenang ada disini

 Setelah meminta pendapat Kazen sendiri, serta Apit, dan Cha
aida pun setuju nak tukar domain blog nie dari diarisifroggie.blogspot.com kepada www.diarisifroggie.com, secara rasminya pada 2 Julai 2012. Setakat nie ada dua blogger yang dah perasan tentang perubahan nie iaitu Abg Sop,dan Shida 
(perasan aja depa haih).

Korang jangan tanya macam mana aida setting apa semua.. tobat tak tahu, semua tu Kazen yang tolong A-Z, Kalau korang nak tahu macam mana beliau buat boleh tanya sendiri dengan beliau. Thankz banyak-banyak Kazen :) rasa-rasanya Kazen guna khidmat Net.KL dalam proses membeli domain nie. 

Apa itu Domain?


Apa itu Domain : Alamat laman web anda (www.namablog.com)
Kelebihan : Dapat tukar url blogspot kepada .com (Umpama rumah dah ada cukai pintu)
Entry : Entry lama atau baru tak akan lesap sama sekali
Template : Pun sama tak berubah sikit pun
Follower : Still ada dengan jumlah yang sama
Url : Follower still boleh masuk melalui url blogspot

Apa yang berubah setelah bertukar Domain?

Alexa : Jumlah Alexa menunjukkan No Data (macam baru daftar)
Iklan : Kalau Nuffnang kita kena update url baru dekat website dia
Shout : Harus akan hilang kalau guna link blogspot so tukar link tu pada link .com
Bloglist : Ini terjadi diblog aida, lesap semua bloglist (nasib ada ingat sikit2) yang tak ada tu mohon inform aida eh? :P

 pssttt!! Boni kacak dan Nurlyla pun baru tukar domain.com 
p/s : Nak beli hosting pulak mungkin pada tahun 3000 time tu kalau panjang umur, mesti umur dah dekat 1011.. :P (moyang tengah update blog mohon jangan ganggu) 






July 5, 2012

Nisfu Syaaban 1433H

July 05, 2012 35 Comments


Hidupkan malam Nisfu Syaaban 

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”


Hari Nisfu syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

KISAH DAN AMALAN BULAN SYAABAN

p/s : Salam Nisfu Syaaban, moga buku amalan kita yang baru itu akan diwarnai dengan amalan-amalan yang berguna dunia dan akhirat :)

July 2, 2012

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA (KR1M)

July 02, 2012 78 Comments

Korang pernah pergi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) tak? aida baru semalam dapat masuk kedai tu dekat stesen LRT Kelana Jaya, first time kot! super cool kan? Jauh benar ketinggalan. hehe. Sempat jugak la capture 2-3 keping gambar. Aida nie semangat patriotik luar biasa sikit jadinya bila pergi tempat-tempat macam nie terujanya sampai naik bulu roma, bukan apa terasa bangga bila tengok kedai atas nama negara sendiri 
(sape yang boikot kedai nie, harap maaflah ea)


June 27, 2012

RABU YANG BISU #23

June 27, 2012 32 Comments


"Apabila sushi bertemu tempoyak
Apabila K-Pop makan Karipap"

Tetamu dari Jepun menetap di Homestay Sepang 
p/s : Orang jepun nie kata dengan kami, shaya shuka duduk Malayzia shebab Malayzia orangnya shuka shenyum (tetiba jadi pelat) jadi rakyat Malaysia murahkan lagi senyuman anda kerana para pelancong suka akan senyuman manis anda :)
 

June 23, 2012

GUNKANJINMA|GHOST TOWN - BANDAR LENYAP

June 23, 2012 47 Comments



Gunkanjinma atau nama biasanya Hashima Island dikenali sebagai Pulau Kapal kerana bentuk pulaunya bersamaan dengan bentuk sebuah kapal perang. Pulau ini terletak 15 kilometer dari Nagasaki, Jepun dan pulau ini antara 505 pulau tidak berpenghuni di Nagasaki. 


Pulau ini dibina sekitar tahun 1887 hingga 1974 satu populasi manusia seramai lebih kurang 5259 ribu menghuni pulau ini iaitu kira-kira 835 orang menghuni setiap hektar. Pulau ini asalnya dibawah kelolaan Takashima dan kemudian telah diambil alih oleh Syarikat Mitsubishi pada tahun 1890.
Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me