6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)
Diari Si Froggie
July 22, 2011
43 Comments
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
Malam nie rasa tertarik pula nak berkongsi tentang persoalan ibadah dalam kehidupan harian kita, di harapkan semua jawapan ini akan dapat menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan nya.
1. Ambil wuduk hanya 'BERKEMBAN'
Soalan :
Sahkah air sembahyang seorang wanita itu jika ianya mengambil wuduk dalam keadaan berkemban?
Jawapan :
Air sembahyang itu sah, tetapi sebaiknya tutuplah auratnya, kalau berseorangan cukup lah sekadar menutup dada hingga ke lutut.
2. Ambil wuduk dalam keadaan 'BERBOGEL'
Soalan :
Sah atau tidak wuduk yang diambil dalam keadaan 'BERBOGEL'
Jawapan :
Sah, kerana tidak termaktub dalam syarat dan rukunnya, tetapi seeloknya tutuplah aurat.
3. Bersuci dengan air berklorin








