April 23, 2020

Resepi Ayam Goreng KFC

Resepi ini untuk 1 ekor ayam yang dipotong 10 bahagian
Bahan-bahan dan cara : 
Perapan Ayam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 3 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar garam halus
Cara :
  1.  Satukan dan gaul semua bahan diatas ayam yang telah siap dibersih dan dibasuh serta biarkan selama lebih kurang 1 jam (lagi lama diperap lagi sedap).
Tepung Salut Ayam
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur ayam (dipukul)
Cara :
  1. Satukan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu besar tepung beras serta 1 sudu besar tepung jagung dan gaul sebati. 
  2. 2 biji telur dipukul hingga sebati. Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. (Gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng supaya ayam tenggelam dan masak cantik serta pastikan minyak  telah betul-betul panas ketika menggoreng)
  3. Ambil ayam yang telah diperap dan celupkan ke dalam larutan telur hingga sekata dan masukkan ke dalam campuran tepung tadi dan terus di goreng. (Jangan biarkan ayam lama di tepung kerana ianya akan menyebabkan tepung bergumpal dan tidak melekat cantik pada ayam dengan sempurna).
Aktiviti sepanjang PKP Malaysia | COVID-19

1 comment:

ain said...

wahh . nampak sedap ni . boleh try . hehe ,

jap , ingt lagi ke ?:D

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me