December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012

December 31, 2011 67 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera 



"Semoga Tahun 2012 ini membawa 1001 kebaikan..InsyaAllah"
umur pun sudah semakin meningkat T_T
amalan tak naik-naik
Ya Allah peliharalah hambamu ini, tunjukkan lah hamba jalan yang lurus
jalan orang-orang yang beriman

P/s : tak sangka dah nak masuk tahun baru lagi, terasa sedih pula hendak tinggalkan tahun 2011 yang terlalu banyak kenangan manis dan pahit






December 29, 2011

MAKANAN PELIK DAN MELOYAKAN

December 29, 2011 59 Comments
Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Siapa tak makan lagi? jom try makan makanan ini!
mana tahu sedap ke kan?
Kalau suruh Aida yang makan, memang tak la kan.
tak sanggup!

1. Makan telur itik yang hampir menetas ( Filipina )


2. Wain anak tikus ( China )


3. Otak monyet ( China )

December 26, 2011

10 WANITA PALING KEJAM DIDUNIA

December 26, 2011 39 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


10 WANITA PALING KEJAM DIDUNIA
dengar je tajuk entry nie rasa macam tak percaya
kejam ianya memang kejam
seperti menghiris keju dengan gergaji  
seperti mencincang lunyai daun saderi

siapa kata lelaki je kejam?
perempuan pun kejam tau..lagi kejam dari lelaki
jaga-jaga kaum adam, perempuan sekarang makin kejam
silap-silap hilang nyawa nanti

P/s : Aida tak kejam pun jangan takut
:)

10. Queen Mary I(1516-1558)


- Mary (anak sulung kepada Henry VIII) naik taktha mengantikan Jane Grey dan telah menjadi monarki keempat dinasti Tudor sebelum Elizabeth I. Semasa pemerintahannya, Mary mejadikan Britain sebagai negara katolik Roma.
- Demi menjadikan negara british sebagai negara katolik roma, Mary telah menjatuhkan hukuman mati terhadap sesiapa sahaja yang membangkang ideanya. Disebabkan kekejamannya yang menyebabkan ramai penganut katolik mati, dia kemudian digelar Bloody Marya.

December 24, 2011

MY FIRST GIVEWAY BY -AIMI-

December 24, 2011 24 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Aida telah di tag oleh sahabat Aida CheQpPjoY
terima kasih atas tag itu :)
Aida join


Syarat-syarat : 

1. Wajib follow blog Aimi untuk memudahkan anda . (done)
2. Tag kepada 3 orang rakan dan pastikan diorang tahu . (done)
3.Pemilihan pemenang berdasarkan Random.org 
4.Ini paling mudah : Letakkan setiap banner sponsor sehingga tamat giveaway di sidebar , jika tidak penyertaan anda terbatal (done)
5.Tinggalkan link anda di comment . (done)

Hadiah memang menarik dabomb!

December 19, 2011

RUPA ANAK KELAWAR

December 19, 2011 74 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera


Kesian betul sebab Aida sendiri tak pernah tengok rupa anak kelawar, tadi masa jalan-jalan sambil melayan Geng Blogger Sengal terjumpa satu laman sembang, ada post gambar-gambar anak kelawar, disebabkan jakun sikit terus nak kongsi dengan korang semua. 
tak silap blog sahabat saya Mai Dari Bendang pun pernah post gambar nie :)
Yang dah tengok harap maaf ya? hehe..
jom layan ianya sangat cute ^^




December 7, 2011

FAKTA MENARIK TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT

December 07, 2011 18 Comments

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hari ini kita belajar sejarah okay?


PEMBUAT KOMPUTER PERTAMA DIDUNIA

'The Electronic Colossus' sedang digunakan untuk D-Day, 6 Jun 1944

Sir Harold Thomas Flower. Beliau adalah pembuat komputer elektronik pertama di dunia pada tahun 1941 yang bernama Colossus dan digunakan oleh Unit Pemecah Sandi Tentera Rahsia Inggeris untuk memecahkan kod pemancar radio NAZI.

NAMA KOMPUTER KOMERSIL PERTAMA DIDUNIA

ENIAC Sedang Digunakan

ENIAC (Electronic Numerator Intregrator Analyzer and Komputer) adalah komputer komersil pertama didunia. Dengan beratnya 60,000 paun dan besarnya meliputi satu bilik yang besar. ENIAC selesai dibina pada tahun 1945. ENIAC awalnya dibuat untuk keperluan tentera. Komputer ini tidak boleh menyimpan data.

November 29, 2011

GAYA RAMBUT YANG PELIK

November 29, 2011 31 Comments


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga kalian semua sihat-sihat sahaja

Tadi tengah jalan-jalan dengan pakcik google, Aida terjumpa dengan gaya rambut pelik. Sekali tengok macam kelakar, dua kali tengok pelik pula, tiga kali tengok nampak macam gila saja. haha. apa-apa pun jom layan beberapa gambar gaya rambut pelik ini. 

memang tabik springlah kalau ada yang buat gaya nie dekat Malaysia sambil jalan-jalan dekat Chowkit

November 18, 2011

“Contest Blogger Idol by Achie & Eyda”

November 18, 2011 27 Comments


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Aida di tag oleh sahabat Aida iaitu Raifana


CONTEST WHO IS YOUR BLOGGER IDOL? 

Syarat-syarat penyertaan boleh dilihat di blog penganjur 

Tarikh tutup contest : 01/12/2011

Idola mula-mula buka blog :



Sebabnya masa tu cerita empunya blog ini dengan penjaga gol negara meletup-letup, kebetulan ada kawan yang shared kan blog beliau ini di facebook Aida, so boleh dikatakan setiap hari pasti baca kisah romantik si dia bersama penjaga gol negara itu. Dari itu, tiba-tiba satu perasaan minat nak buat blog pun muncul kerana blog si Elia ini tersangatlah cute. So automatik blog Elia ini jadi idola ketika mula-mula wujudkan blog ini. 

Idola bagi menghias blog :



Ha.. yang ini idola Aida bila menghias blog waktu mula-mula bina blog ini, so blog Myravea ini, Aida jadikan contoh ketika menghias blog. Kadang-kadang Aida suka tengok hasil header yang dibuat sendiri oleh Myravea semua cantik-cantik jadi Aida teringin nak buat juga. Kalau nak tahu dari blog Myravea ini lah, blog Aida makin ramai followers sebabnya Aida menyertai contest beliau ketika itu. Sampai sekarang blog Aida tersenarai dalam pari-pari blogger. Terima kasih Myravea 

Idola bagi tutorial photoshop :

November 15, 2011

MAAFKAN SAYA

November 15, 2011 12 Comments


Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera

Aida nak mohon maaf pada semua followers ( pemberi semangat ) Aida sebab :

  • Dah lama tak update blog dan tak berblogwalking ke blog-blog sahabat semua.
  • Disebabkan blog dah berhabuk jadi Aida renovate lah mana yang patut, kemudian tanpa disedari ter remove pula code shoutmix, sudah lah banyak jejak yang ditinggalkan dekat situ. Oh! sungguh sadis puas godek tak dapat semula. So Aida gunakan khidmat list followers itu, hampir separuh yang Aida dapat follow semula, ada yang tak dapat sebab tak ada link blog yang ditingalkan di profailnya. Aida minta maaf banyak-banyak sebab lostkan jejak korang semua. Mana yang Aida mampu, Aida akan cuba sedaya upaya mengesan jejak anda semula ya? 
  • Pada sahabat Aida yang tag Aida selama Aida tak online ini pun Aida nak minta maaf juga sebab tak dapat nak sertainya. Tapi lepas nie InsyaAllah Aida akan cuba sertai tag sahabat-sahabat mana yang boleh. 
  • Dan apa-apa sahaja perkara yang menyinggung perasaan sahabat-sahabat semua Aida mohon maaf banyak-banyak ya? 
Aida tak dapat nak online pasal masalah broadband yang sudah lama tak berbayar, rasa malas nak bayar punya pasal lah jadi macam ini, jangan tiru aksi ini ya sahabat-sahabat? Ini pun online atas ehsan wifi kakak Aida. Terima kasih bagi tumpang wifi. hehe..

* malam ini atau esok ( wifi masih ada ) InsyaAllah akan melaksanakan dua tag dari :



Ramai tak rindu Aida? ( soalan cepu emas )

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me