March 9, 2011

BAHAYA LOVE BITE

March 09, 2011 5 Comments
Upssss....18SX!!

Aikk...baru saya tahu rupanya love bite nie ada kesan di LUAR JANGKAAN. Jangan tak tahu...



Seorang wanita berusia 44 Tahun telah didapati LUMPUH buat seketika setelah melakukan love bite di bahagian leher oleh suaminya. 

Wanita itu lumpuh di bahagian kiri badanya...

Para doktor yang merawatnya bingung dari mana punca wanita ini diserang strok atau lumpuh...setelah di kaji mereka mendapati punca nya kerana love bite di leher wanita itu yang menyebabkan darah beku di arteri...

so pada korang-korang yang SUDAH BERKAHWIN jangan buat benda nie ea..asenye bukan IDEA yg bagus untuk di tiru...

Bagi yang BELUM BERKAHWIN pula anda di nasihatkan LANGSUNG tidak boleh meniru aksi ini...nak kena lah tu kalau buat. 

nampaknya adegan romantik ini kadang-kadang membawa kebaikan kadang-kadang juga membawa KEBURUKAN...lagi-lagi pada yang BELUM BERKAHWIN!!

DONT TRY OK!!



March 8, 2011

KISAH KASUT TUMIT TINGGI

March 08, 2011 0 Comments



Wanita dengan fesyen memang tak dapat dipisahkan...namun antara sedar atau tidak fesyen ini juga memberi impak kepada masalah kesihatan tubuh badan contohnya kasut tumit tinggi, kasut ini memang cantik, macam-macam design ada di pasaran..bagi PENGGILA kasut tumit tinggi dia orang ini sanggup je menghabiskan duit untuk mendapatkan setiap design terbaru di pasaran..GIAN!! gitu..tak ada duit di ada kan...kalau ada duit dihabiskan dengan beli 'natang' nie. Agak-agak, korang tahu tak apa KEBURUKAN dari memakai kasut tumit tinggi ini?? Mungkin ada dikalangan korang yang dah tahu..tapi tak apa, saya akan beritahu pada yang tak tahu tu..

  • Memberi tekanan pada lutut sehingga 26 peratus dan ia boleh menyebabkan penyakit sendi.
  • Mengakibatkan kesakitan pada kuku
  • Radang kulit
  • Bengkak pada jari kaki
  • Menyebabkan kesakitan pada punggung
  • Kesakitan pada bahu, siku, pergelangan kaki juga tangan
  • Menyebabkan rambut gugur
  • Masalah kesuburan dan kitaran haid

NAMPAK!!!

Banyak kan kesan BURUK nya...memang nampak bergaya, sweet, seksi, GEMPAK!! cantik...tapi mendatangkan bahaya pada kesihatan. Kalau nak 'K.O' cepat boleh lah kot. 

Nasib lah saya BUKAN pengemar kasut tinggi...langsung tak pernah pakai kot, takut kang ada kaki yang tersangkut kat penghadang longkang..naya je!!! baik pakai kasut 'leper' macam aladin tu...senang gak nak bergerak..bebas!!! tanpa was-was...



March 6, 2011

DIA YANG MENCIPTA KITA DAN KEPADA DIA JUA KITA KEMBALI

March 06, 2011 0 Comments
Tanggal 6 Mac 2011

Pukul 5.32 petang..

Saya mendapat mesej dari ADIK sayang bahawa abah nya telah tiada.. Innalillah waiinalillah hirojiun...tiada kata yang dapat saya ungkapkan ketika itu. Saya telefon ADIK sayang dengan niat dihati untuk bertanya benarkah berita yang ADIK sayang sampaikan itu. Ya...berita itu memang benar..Salam Takziah dari akak untuk ADIK sayang, semoga roh abah ditempatkan bersama golongan beriman dan dicucuri rahmat..Allah S.W.T sayang kan abah..hari ini abah terpilih oleh Allah S.W.T untuk berdamping dengannya di dunia yang kekal. InsyaAllah abah BAHAGIA di sana ADIK sayang..

Akak faham apa yang ADIK sayang rasa sekarang, kehilangan orang tercinta..bukan mudah untuk ADIK sayang menghadapinya bukan senang untuk menghapuskan rasa sedih di hati, tabah kan lah hati wahai ADIK sayang..hapuskan air mata mu itu..jangan lah ADIK sayang menangisi pemergian abah...kalau abah tahu sudah tentu abah juga merasa sedih. ADIK sayang teguh kan hati mu itu untuk menerima segala takdir yang MAHA ESA...

Ingat ADIK sayang hidup ini perlu diteruskan..mahu atau tidak mahu ADIK sayang perlu redha hidup tanpa abah. Mak masih memerlukan ADIK sayang untuk terus kan kehidupan...ADIK sayang masih lagi bertuah kerana mempunyai mak...masih ada lagi tempat untuk bermanja. Tenangkan lah hati mu wahai ADIK sayang..

Setiap yang hidup pasti akan mati..itu sudah tertulis sejak azali. Cuma yang bezanya bila? dan bagaimana caranya? Abah pasti gembira setelah berjumpa dengan ADIK sayang hari itu. Abah juga pasti tenang apabila niatnya dapat dipenuhi. Ya Allah semoga roh abah tenang disana bersama golongan yang beriman.

ADIK sayang, bersabarlah dengan dugaan maha hebat ini, setiap orang pasti merasa. Akak mu ini jua tidak akan terlepas merasa seperti mana ADIK sayang rasa sekarang ini.

Jika ADIK sayang bersedih, akak mu ini juga turut bersedih..ADIK sayang selagi nyawa akak masih ada, selagi itu akak sentiasa ada untuk adik. Luahkan lah apa yang terpendam di hati ADIK sayang...akak tidak akan merasa susah sedikit pun.

Mungkin akak tidak dapat mengantikan tempat abah, orang yang selalu di hati ADIK sayang..tetapi akak boleh jadi teman sejati ADIK sayang bila ADIK sayang memerlukan.

YA ALLAH tabah kanlah hati ADIK sayang
menerima segala dugaan dariMU,
tenangkan lah jiwanya, hapuskanlah kesedihannya..
dan cucuri lah rahmat keatas roh arwah abahnya..

AL-FATIHAH kepada arwah abah ADIK sayang NAZLIA BINTI KAMARUZAMAN

Jadikanlah setiap detik bersama arwah abah sebagai kenangan yang paling indah dalam hidup ADIK sayang..kenangan yang tidak ternilai, yang sangat bermakna....

luahan hati ADIK sayang untuk abah nya

DIA YANG MENCIPTA KITA DAN KEPADA DIA JUA KITA KEMBALI...

SUDAH KALI KE 3 SAYA DATANG

March 06, 2011 0 Comments
Kali pertama bertentang mata, dah mesra...kali kedua pula sudah pandai bergurau..kali ketiga SUDAH 3 KALI SAYA DATANG mana awak punya janji??

Haiyaaa....dia sudah tuntut janjinya maa..apa lagi yang saya mahu cakap.

Hello..apa nama awak? boleh saya tau...dari tadi saya panggil akk saja. Sudah dia sengaja atau x sengaja nk tanya nama saya nie. Ahhh..rahsia2.

Eh muka akk ha macam kawan saya waktu saya sekolah dulu...sejibik lagi sebentuk..comey dan manis..cuba akk senyum..haii mmg sejibik. boleh buat saya rindu sama kawan saya. Eceh budak nie die puji-puji saya plak..adesh. sengaja lah tu..

itu ayat masa mula-mula mesra..almaklumlah kali pertama jumpa...

What's up...akk! saya datang lagi...kali nie saya tak kira saya mahu tanya juga apa nama akk..Nampaknya budak nie btol2 nk tau nama saya. sekeh gak kang! haish..

Woooo...nama seindah rupa lah. Oh! Aida...Oh my good..dia bermadah plak. iuuu....syuhhhh!!!

eh saya ada kata ari tu kawan saya yang sejibik lagi sebentuk macam muka aida...memang nama nya pon aida jugak..kebetulan ke? gile...

kali ke 2 datang...

Nama sudah tau, umur pon sebaya..tak mahu bagi nombor hp ka? baru lah senang mahu contact-contact nanti..ini lah yg paling malas saya nk layan.

Alah kalau u mau no hp saya ha..u kene datang KALI KE 3 lah baru saya bagi nanti..ada boleh ka? betul ke ape saya cakap nie..harus ke?

Ok la kalau macam tu..nanti kalau saya datang KALI KE 3...aida mesti bagi no hp..saya pegang kata-kata aida. huh! nasib ah...saya pon banyak lagi keje nk buat nie..ha ok2 kononnya penutup ayat lah..

TAPI SEKARANG muncul plak si dia nie buat KALI KE 3..haiyaa!! nape lah DURO PARTS nie x hantar org lain...nape mesti dia nie. Mana saya nk menyorok nie...

Hai..aida...apa kaba? still comey macam ari pertama saya jumpa. erkkk!!! kenyang perut saya mendengarnya..

Dengan muka yang x bersalah saya pura-pura bergurau dengannya...dengan hasrat supaya dia lupa JANJI saya hari tu. Kalau lah dia lupa...

Ha...ape lagi sudah KALI KE 3 saya datang mana janji u aida...

TIDAK!!!!!!!

Ok...bagi no hp u nnt saya call u..boleh?

macam tu lah aida sayang...muahahah!!! ayoyo...banyak seram bunyi ayat tu

padan muka, jangan harap lah kamu nak dapat no hp saya...no hp kamu saya pegang buat koleksi...ada keperluan baru saya call..bila aircond perlu di service.

SURESH..SURESH..

si budak india yang berkulit putih ala-ala melayu tulin, berasal dari jengka, Pahang...

Gila popular saya..sampai budak india pon minat dengan saya. hahaha...korang mesti tak percaya. sebab saya pon tak percaya..

TOLONG..TOLONG mana perginya jejaka MALAYA semua. Sudah pupus ka...

tapi sangat-sangat best layan SURESH nie sebab dia mengamalkan adat melayu dalam hidupnya..

THANKZ SURESH...

Salam perkenalan...

March 5, 2011

HISH! HISH! BOLEH TAHAN KAH??

March 05, 2011 2 Comments
Tension, tertekan, sedih, mara, kecewa macam-macam perasaan saya ada sekarang nie..tapi saya seorang yang SELALU HAPPY dan sudah semestinya saya tidak suka akan MASALAH, so macam mane pon besar MASALAH itu saya akan pastikan ia tidak menganggu sedikit pun mood SELALU  HAPPY saya.

Tapi sejak akhir-akhir ini saya sendiri merasakan diri saya agak kurang cergas...HAPPY saya juga sering berjadual tidak seperti biasa iaitu SELALU HAPPY. Kadang-kadang saya seperti perlu kan ruang yang sunyi untuk menenangkan semula mood saya. Ya!! saya tak nafikan apabila saya ada MASALAH dan untuk kembali semula ke mood SELALU HAPPY, saya perlu BERMASAM MUKA utk beberapa minit atau paling lama selama 1 jam..selepas itu InsyaAllah saya akan HAPPY semula.

Hal ini juga telah membuatkan saya selalu merasa BERAT HATI apabila saya ke 'sana' iaitu tempat saya mencari rezeki.

Mungkin jika saya beritahu kalian semua...kalian semua tidak memahaminya, dan mungkin juga kalian akan kata itu hal biasa dalam MENCARI REZEKI. Tapi ia bukan salah kalian kerana kalian mungkin tidak pernah mengalami suasana KETAT sedemikian di tempat kalian mencari rezeki.

Cuma orang yang pernah mengalaminya akan bertindak balas dalam sesi luahan hati itu nanti...

Saya hanya ingin anda bayangkan jika anda mengalami suasana yang agak, mungkin, atau memang serupa dengan suasana tempat mencari rezeki saya, dan apa yang akan anda lakukan??

Bekerja dengan tempoh masa antara pukul 8 pagi hingga 5.30 petang....sabtu setiap minggu anda masih perlu menguruskan pelbagai kerja, dengan limit had waktu dari pukul 8 pagi hingga 1 tgh hari. Dimana jika 'ORANG KUAT' anda masih tidak pulang anda juga perlu menunggu kepulangan beliau...barulah anda sendiri diizinkan meninggalkan pekerjaan anda.

Bagi 'ORANG KUAT'...anda tidak ada kerja jika anda kelihatan duduk termenung walaupun anda sendiri baru beberapa minit berehat untuk menyegarkan mata, badan dan tangan anda, pastinya anda akan diberi TUGASAN baru oleh 'ORANG KUAT' anda. Kerana beliau pernah mengatakan yang anda bekerja MAKAN GAJI bermakna anda perlu bekerja setimpal dengan nilai gaji anda.

Anda susah untuk mengambil cuti tahunan kerana 'ORANG KUAT' anda memerlukan anda setiap ari untuk menyelesaikan kerja2 beliau..anda dilayakkan bercuti secara bergilir-gilir dengan rakan-rakan anda. Jika anda tiada rakan anda ada, dan jika anda tiada rakan anda pula ada. Begitulah..BOLEH anda bayangkan jika rakan anda mengambil cuti seminggu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan...dan kerja-kerja rakan anda itu adalah tanggungjawab anda serta kerja anda juga sudah semestinya hak milik kekal anda.

'ORANG KUAT' anda juga memilih KASIH..saudaranya didahulukan. Jika saudaranya datang lewat, dimaafkan, jika saudaranya tidur tidak dikejutkan, jika saudaranya bercuti beliau izinkan, jika saudaranya memerlukan cuti walhal seminggu pun beliau benarkan...kata beliau saudaranya mungkin PENAT, BERPANASAN, TIDAK SIHAT atau KELUARGA memerlukan. Jika anda melaporkan ketidak puasan hati anda tentang hasil kerja saudaranya kepada 'ORANG KUAT', beliau akan mengatakan saudaranya adalah orang lama di jabatan ini..dan anda?? terpaksa akur dengan beliau..

Sedikit kesilapan anda ianya akan dilihat sangat BESAR di mata 'ORANG KUAT' dan kadang kalanya anda dicop sebagai MERUGIKAN pihak jabatan. Padahal kesilapan itu berpunca dari beliau yang sama sekali tidak menyemak semula tugasan yang anda sediakan. Mungkin baginya beliau hanya berhak menurunkan TANDA TANGAN sahaja dan tugasan lain semuanya terletak di BAHU anda. Tidak kah anda sedar yang anda lebih bekerja kuat untuk beliau yang hanya tahu mengoyangkan kaki sahaja. Dari A-Z anda yang mengawalnya. Katanya beliau sudah PENAT untuk memikirkan hal berkaitan kerja ini. Jawapan yang agak melucukan....apa yang beliau susah-susahkan LETAK JAWATAN sajalah. Ramai lagi yang lebih bertanggungjawab.

Jawatan anda menentukan tugasan kerja anda..tetapi bagi 'ORANG KUAT' itu tidak bermakna anda tidak perlu lakukan pekerjaan lain. Anda WAJIB melakukan kerja-kerja pembantu tadbir rendah, pembantu akaun, setiausaha, dan juga membuat kerja-kerja amal apabila 'makcik' cleaner tiada, kadang kala juga anda perlu menurut segala perintah 'ORANG KUAT' kalau haus diberi minum kalau makan diberi makan.

'ORANG KUAT' diwajibkan menghadiri kursus, tetapi beliau menghantar anda pula...kemana beliau pergi?? beliau pergi BERCUTI bersama keluarga. Anda pula yang terpaksa meninggalkan keluarga.

Gaji setiap kali anda bertanya, anda pasti di 'SEMBUR'..mahu gaji awal kerja tak seberapa. Wahai 'ORANG KUAT' tahukah gaji yang kami tanyakan itu untuk anak-anak kami yang sedang kelaparan, rumah sewa kami yang telah DIKUNCI oleh tuan rumah atas kelewatan 'ORANG KUAT' sendiri?? Maklumat gaji telah kami sediakan, tidak perlu susahkan 'ORANG KUAT' mengira bilangan hari, mengira bilangan cuti semuanya telah KAMI SEDIAKAN...'ORANG KUAT' hanya turunkan TANDA TANGAN sahaja. Payah sangat kah?

CLAIM...duit itu dari duit anda sendiri, yang anda telah keluarkan ketika menyertai kursus, OT dan mungkin membeli sesuatu untuk kemudahan jabatan...salahkah anda untuk menuntut semula wang yang anda telah keluarkan? bila anda telah menyerahkan claim tersebut kepada 'ORANG KUAT' beliau boleh bertanya dengan anda...Gaji baru bagi hari itu...tak kan dah habis....cakap nya seperti beliau yang punya jabatan.

Siapa tahan jika anda sering mendengar 'ORANG KUAT' memprotes hasil kerja rakan-rakan anda, yang anda rasakan rakan-rakan anda bertungkus lumus menyiapkan. Kesian melihat muka-muka rakan yang sedang di maki, di hamun sedemikian rupa. Sabar ya wahai rakan-rakan...kerja yang bagus tidak dipandangnya...yang SALAH juga dia nampak. Sikit pun tak pernah mengucapkan terima kasih...malah di 'complain' lagi..itu tak kena ini tak kena..itu salah ini salah..audit form saja pernah lebih 10 kali di audit.

Meja anda tak pernah surut dengan kerja...kerja lama tidak siap, diberi kerja kedua, kerja kedua tidak ready lagi, diberi pula kerja ketiga...katanya ketiga-tiga itu 'URGENT'..bila 'ORANG KUAT' tanya sudah siap?? anda dengan jujurnya dan terpaksa menajawab TIDAK maka secara automatiknya anda akan DISEMBUR dengan beliau...tadah sajalah telinga. 3 kerja sebut memang senang...3 kerja kalau 1 kerja cabang nya ada 10 kalau 3 kerja sudah 30 cabang anda perlu MEMERAHKAN otak anda untuk sehari bekerja. kalau 2 hari?? tak stress kah otak anda? kalau satu kerja anda tangguh 'ORANG KUAT' tidak akan menunggu untuk anda siapkan kerja itu...kerana 'ORANG KUAT' akan sentiasa menambah kerja anda dalam sehari ke sehari..

BOLEH TAHAN KAH ANDA??

mengikut maklumat yang saya sendiri lihat..pekerja-pekerja sebelum ini hanya bertahan selama lebih kurang 3 bulan sahaja...paling lama 4 bulan. Agaknya mereka juga mengalami nasib seperti saya dan tak terlarat nak layan kerenah 'ORANG KUAT'...dengan bangganya saya lah orang paling lama yang boleh bertahan iaitu  selama lebih kurang 7 bulan..

sejak akhir-akhir ini je saya dah TAK BOLEH TAHAN lagi!!!!!!

KHAS UNTUK

HARIMAU BELANG






KUN FA YAKUN...PART 2

March 05, 2011 0 Comments
Haish..malas lah nak taip banyak...setakat 1-2 patah ayat sudah...eh! rase macam dah lebih dari 1-2 patah ayat nie..berpatah-patah plak dah. So alang-alang dah terlajak tu emmm..teruskan je lah ea..(sebenarnye mmg nak berpatah-patah pon)

Hasilnya saya berjaya juga meng 'snap' beberapa gambar kesan dari kebakaran semalam DISINI

Masa saya lalu tu mereka-mereka sedang sibuk merekod bilangan kerugian dan nama-nama pemilik kedai makan yang hangus itu...








Ha...abeh cik API nie sapu bersih...nasib baiklah die x sapu banner n papan tanda kedai..kalau x lagi sedihhh..

Dalam banyak-banyak kedai yang HANGUS nie ade 3 kedai je TERSELAMAT..salah satunya 



kedai nie maintain je jual nasi lemak...mcm xde pape berlaku je..padahal GENG dan JIRAN-JIRAN sebelah menyebelah dia dah pening..ada yang terpaku je tengok kedai dia HANGUS..sabar ia tuan2 puan2..apa leyh wat dah terjadi redha je lah...(pandai cakap kalau kene sendiri baru tau mcm ne)

Kat sini saya amat berbesar hati dan tabik SPRING pada peniaga yang mempunyai semangat yang kuat..bukan apa saya ada perasaan tadi..2 orang peniaga still jual breakfast walaupon just pakai payung pasar dengan meja kecil, dah tu depa berniaga depan kedai makan mereka yang musnah plak tu..

HEBAT!!!

kedai terbakar belakang kira..yang penting duit MASYUKKK!!!

tapi mmg btol kalau semangat kita kuat apa pon yang terjadi dah tak kisah...

Hope kedai yang terbakar nie akan dibangunkan semula oleh Pihak Pemaju MAJLIS PEMBANDARAN SELAYANG..

dan saya juga dapat melepaskan rindu dengan NASI AYAM dan AIR KAK LEHA, SITI TOMYAM GELAS BESAR, ABM, NASI CAMPUR dan MEE KARI...








March 4, 2011

KUN FA YAKUN...

March 04, 2011 0 Comments
Tadi niat di hati nak bawak abah kesayangan saya menjamu selera di satu kedai nie, area2 Danau Kota dengar2 ramai yang kata sedap steamboat kat situ..so berangkat lah kami ke kedai tersebut...tapi HAMPA lah orang terlalu ramai lah plak..potong stim tol...nk je saya halau semuanye. (ada hati nak buat mcm tu) agaknya tak ada rezeki lah tu..

Dengan hati yang berat lebih kurang 1 tan saya bawak abah pergi kedai makan biasa2 dekat dengan Greenwood...AIR BUAH GELAS BESAR punyee...kali nie mmg REZEKI kami berdua. Alhamdulillah...

Abah teringin sangat nak makan ikan merah masak masam manis...so kami order ikan merah masak masam manis dengan nasi kosong je...air kami pilih air barli suam...Piuuuwwww...sedap!!! walaupun makanannye very2 simple...



nie muke abah saya tengah sabar menunggu ikan merah masak masam manis....hari nie abah saya bersuara agak ROCK!! sebab terlalu meneran ketika azan SUBUH pagi tadi..sian abah ea. 


tengok2 sedap kan? nyum..nyum... Pastu kami bungkus satu chicken chop utk bawak balik plak..banyaknye makan...jangan salah paham chicken chop tu untuk anak buah saya Aisyah...dan saya tumpang DUA kaki...muahaha

tengah sedap-sedap dok jamu selera tu...TIBA-TIBA orang kat dapur kedai tu menjerit??? jerit ape ea??


jerit.....API!!! API!!! DAPUR TERBAKAR!!!!

gluppp!!! ini gurauan ke cobaan?? sume yang makan kat kedai tu TERcengang TERnganga TERpukau TERkejut TERpaku dan TER..TER..dan akhirnya

semua TERLARI....ade yang x tau pape pon tros lari...ade yang dok terkulat2 kat situ...yelah x paham..atau BLURR....

saya dan abah pon terus bangun tinggal kan makanan yang belum sempat habis tu...sayangnya!! dalam keadaan kecoh2 tu baru lah saya dan abah perasan rupa-rupanya kedai tu dah terbakar...api menjulang-julang naik....di bahagian dapur kedai tu. 

Suasana riuh seketika...kedai2 sebelah menyebelah sebuk tarik barang masing2..siap bawak troli jual nasi ayam tu...BERGOYANG2 ayam dalam tu..macam menari plak saya tengok...

Tak sampai 5minit lampu sekeliling deretan kedai tu tertutup...keadaan gelap gelita...orang ramai mula panik...tuan punya kedai tu pon xtau kt mane...sebenarnye xkenal pon..keadaan disitu hanya diterangi lampu jalan dan cahaya dari api. 

Datanglah kaum kerabat badan-badan penyelamat..POLIS, BOMBA, JPA ke lokasi..kami di suruh ke seberang jalan kerana katanya kemungkinan gas dalam kedai tu akan meletup bila2 masa sahaja..Huiii!!! cuak btol oooo....sampai ngeko je mane abah pegi..panas kat situ jangan cakap lah...

Pastu sempat USHA muke abah jap...tgk muke abah macam risau semacam je. Rupa-rupanya abah teringat kat CIK VIVA kesayangannye...Alamak...kereta abah!!! Waaaa.....hope x rentung macam kedai nie. 

Merempat lah kami dekat tepi jalan besar nie..ramai orang MENONTON tok sah cakap lah...nyemak situ lagi ada..POLIS pon susah nk kawal. Tapi satu je yang saya respek kat orang MALAYSIA nie. depa sanggup turun padang sama-sama tolong tau...ada yang tolong tarik GAS, BARANG2, ada yang siap tolong BOMBA simbah air gitu...1 MALAYSIA la katakan...nampak muka bangga saya nie??

Lepas tu pihak POLIS bagi 'LAMPU HIJAU' soh selamatkan kenderaan masing2..so kami pergi selamatkan CIK VIVA...Dalam kelam kabut tu sempat gak saya 'snap 2-3 keping picture semasa saya dan abah mengalihkan CIK VIVA...






itu sahaja yang dapat saya share kan..last2 minit baru teringat nk snap picture...kalau ada rezeki sok lalu depan kedai nie nak snap sisa-sisa API nie plak siang hari..mesti lebih jelas nanti.

Dalam perjalanan nak balik tu tetibe rasa sedih..yelah kedai tu dah berpuluh-puluh tahun dibina...rasanye sejak saya berumur lebih kurang 9 tahun lagi...kini hanya TINGGAL KENANGAN...sekejap je tak sampai 1 jam...HANGUS semuanya.

DAN 

tinggal lah ikan merah masak masam manis diatas meja saya tadi...agaknya ikan tu mesti dah RENTUNG!!! 
bersama NASI, AIR BARLI dan CHICKEN CHOP utk anak buah saya Aisyah...

Aisyah jangan mara ha..esok lusa maksu belanja Aisyah lagi...tapi kite tak boleh makan kat kedai tu lagi sebab dah GELAP semuanya...

Kun fa yakun....maka terjadilah dengan izinNYA..tanpa kita dapat mengagaknya..




March 3, 2011

LUAHAN HATI TERAKHIR SEORANG AYAH

March 03, 2011 0 Comments
Bacalah, hayatilah, betapa seronoknya hati seorang ayah apabila menerima kehadiran cahaya mata...

nafastari: Catatan Buat Anakanda Kedua: "Anakandaku yang kedua, Sudah genap seminggu kamu lahir ke dunia ini. Kamu lahir pada suatu petang Ahad awal Disember pada permulaan musim se..."

itulah luahan hati terakhir sang ayah kepada anaknya...kerana pada tanggal 1 MAC 2011 si ayah telah meninggal kan dunia fana ini menuju ke dunia yang kekal di alam lain..semoga arwah si ayah ditempatkan bersama golongan beriman...dan rohnya dicucuri rahmat. AMIN...

AL-FATIHAH

blogs nafastari adalah blogs arwah Wan Ahmad Fadzil...100% hasil nukilan beliau..

semoga anak-anak beliau EMBUN dan KEKWA serta si isteri tabah menghadapinya.

EMBUN dan KEKWA anda bertuah memiliki ayah sepertinya....

SAYA SEORANG PENAKUT!!!!!! HISH..HISH..

March 03, 2011 4 Comments
Ape masalah saya, saya pon x tau..agaknye baka kot..penyakit turun temurun. Tapi mengikut sejarah dari emak dan abah saya lah mereka tak lah seteruk saya. Huh! saya yang paling teruk PENAKUT nye..hahaha

Jangan salah sangka saya bukan takut air, mahupun hantu (ade lah sikit takutnye). So saya takut ape?? saya takut dengan serangga....whatever lah serangga ape pon...sume saya takut.

Kalau nk jadi kawan saya, anda perlu tahan dgn perangai saya yang satu nie...kalau x tahan sila angkat kaki..saya x paksa..

Dari kecik sampai saya sebesar tong dram nie saya still tkot serangga...kalau 'bende' nie datang saya x tunggu lame2 dah saya bukak langkah seribu dua ribu dulu...nak patah balik tu kena pikir 1001 kali baru boleh..

Niat dihati nak letak gambar2 serangga yang saya takut tu..tapi tak jadi sebab DENGAN GAMBAR pon saya boleh rasa geli geliman...jangan tak percaya plak saya dah copy gambar tu tinggal nk paste je...bila saya tgk gambar tu terus meremang bulu roma saya. SO TAK JADI LAH...kang x sanggup plak nak bukak blogs nie.

Dengan ringan hati saya just senarai kan je lah beberapa serangga yang saya takut mengikut turutan dari yang paling takut kepada yang kurang takut..

*rasanya nie lah post saya yang pertama kali saya tak letakkn gambar...heeee~

1. LABAH-LABAH (semua jenis labah-labah tidak satu pon terkecuali)
2. LIPAS (kecuali lipas bodoh yang keje merayap je dan x boleh terbang serta anak-anak lipas)
3. KUMBANG (semua jenis kumbang..bertanduk ke, busuk ke, coklat ke, semuanye)
4. BELALANG (xkire saiz)
5. PEPATUNG (nama kampungnya Dragon fly)
6. CENGKERIK (yang malam2 asyik memekak je tu)
7. LIPAN (lipan bara, lipan rumah..berbisa ke x berbisa ke)
8. KERENGGA (skali gigit sakit ooo)
9. RAMA-RAMA (yang saiznye besar2 skali die terbang berbunyi sayapnye)

++++ serangga yang bentuknye menakutkan...
++++ asal serangga itu terbang semuanya saya takut..

saya juga geli kalau tgk semut berkumpul...iuuuuu!!!!

Orang tua kata kalau kita takut serangga nie lagi suke 'KEJAR' kite...saya dh cuba memberanikan diri, dan alhamdulillah setakat nie CIK LIPAS berjaya juga saya ketuk sampai MAUT..tapi kalau serangga lain saya TARIK DIRI...lagi-lagi Mr. LABAH-LABAH...

Abah saya selalu pelik, katenya kalau abah lalu tak jumpa ape pon..bila saya lalu macam-macam plak jumpa. Saya sayang abah..sebab abah suke bantu saya dalam menamatkan riwayat SERANGGA2 ini...maaf kan saya ea serangga2 saya bukan membunuh tapi pembunuh...(xsame ke) tapi......bukan salah saya, siapa suruh serangga tu masuk umah saya..atau lalu dihadapan saya. Cuba sorok2 sikit..mesti selamat.

Bak kata abah saya lah...jenuh lah SUAMI saya nanti...sebab kalau saya dah ternampak kelibat si serangga2 ini, saya akan pastikan mereka mati dan ditunjukkan kepada saya dulu walau mcm mane keadaan pon serangga itu..lepas tu.....

BARU BOLEH BUANG

jadi saya x lah TAKUT lagi..sebab saya dah yakin serangga2 itu x datang semula...mane nak tau kan..

SAYA TERLALU FOBIA dgn SERANGGA

mcm ne lah nk bagi cara supaya saya x tkot langsung dengan serangga nie...huh!!

Cubelah jangan DATANG terbang, merayap, melompat ke hape ke ke arah saya...carilah orang lain.

tapi saya xtkot pada cicak, ular, belut, gonggok (yang merah2 selalu ade kt rumah kampung tu), cacing benda2 yang lembut2 lembik2 gitu..OH! BERLAGAK nya saya. heemmmm...saya tak takut sikit pon. muahahaha...lagi-lagi KATAK..uh anda sungguh comey!!

AMARAN !!!

JANGAN CUBA-CUBA NAK 'MENGENAKAN' KAN SAYA DENGAN SERANGGA-SERANGGA INI...KALAU TIDAK SAMPAI SUDAH SAYA TIDAK MEMAAFKAN ANDA.

Amaran KERAS tu..jangan main-main

March 1, 2011

SALAH KAH HIDUP INI??

March 01, 2011 0 Comments
Percayalah hidup ini betul2 menyusahkan..rase macam kurang berbaloi je hidup di bumi nie, bertuah ke? ahhh...ramai yg kata hidup kat bumi nie sgt2 lah bertuah..langsung x masuk akal depa kate bertuah??

Kalau betul lah hidup nie bertuah, menyenangkan dan mengembirakan nape manusia ade je masalah...kadang2 masalah tu berat sebelah x adil, ade yang senang je 24jam...ade yg susah je 24jam...contoh org miskin x payah amek jauh2 negara kite cukup...die org diabaikan, di ejek..kalau ank2 depa masuk sekolah, pakai bju koyak2 kawan ejek, kawan2 buli, kawan2 gelak....kasut koyak kawan kate macam mulut buaya nganga tunggu makan..nk belajar pon susah ati. Yuran x bayar lagi...mak kate tunggu ayah dapat duit, ayah plak kate pokok getah xdpt toreh sbb hari ujan..

SALAH KAH HIDUP INI??

Ade yang sakit melarat nak bayar kos perubatan pon xde duit...nak kene beli ubat ini lah nak kene beli ubt itu lah, mane cukup kalau duit sebulan dapat Rm400 je itu pon hasil dari jual kerepek, nasi lemak dan kuih2. Kalau x paling rendah pon dapat lah Rm250 sebulan. Nak bagi mkn anak2 lagi...sekolah lagi. Biarlah je lah penyakit nie, ape leyh buat..kalau nk mati tu bile2 mase leyh mati...nk harapkan bantuan belum tentu dilayan.

SALAH KAH HIDUP INI??

Aku dilahirkan di dunia ini sebagai anak luar nikah dah tu dibuang pula...ade org kate aku nie org jumpe kat tepi tong sampah, nasib baik umur panjang...Semoga Allah S.W.T merahmati insan yg berhati mulia yg menyelamatkan aku..sedihnye tatkala aku melihat surat beranak ku bile ianya digunakan dalam hal2 yang amat penting, pada bahagian maklumat ibu bapa...TIDAK DIKETAHUI, cantik btol tulisan juru daftar ini. Sampai bile2 pon aku tetap anak luar nikah...bila ada salah dari ku perkataan itu juga sering disebut di hadapan ku. KAU ANAK LUAR NIKAH....

SALAH KAH HIDUP INI??

Berita kemalangan yang meragut anak kesayangan ku amat berbekas di hati ku...kereta yang dia naiki dirempuh oleh kereta lain..sayunye hati ini bila kepulangan nya yang dinanti bertukar tragedi. Mak masak lauk adik, adik mesti suke lauk ini, adik janji nk makan dgn mak...tapi adik pergi tinggalkan mak...mak rindu adik. Akibat terlalu rindukan adik, mak hilang ingatan...selalu menangis, ketawa, diam seribu bahasa. Mak x macam dulu lagi...Mak dah x boleh masak untuk anak2 mak yang lain. Mak anak2 mak yang lain juga rindukan adik..kami juga rindu kan mak. Mak!!!

SALAH KAH HIDUP INI??

Berita bangunan itu tersungkur ke bumi amat mengejutkan semua pihak...peristiwa itu menjadi tragedi yang paling buruk setakat ini...ianya mengorbankan berpuluh2 nyawa..Keluarga ku salah seorang dari mangsa itu, hancur luluh hatiku...xsempat ingin berjumpa dgn mereka..yang sudah bertahun2 ku x temui. Seksanya aku nk melupakan mereka...

SALAH KAH HIDUP INI??

Sebenarnya HIDUP ini tak pernah SALAH..yang salah kita, manusia. Manusia lah yang mencipta kesengsaraan hidup sendiri...Orang miskin kenapa tak dibantu?? malah di ejek? mana golongan berada, badan2 kebajikan...buta kah mereka?? Orang sakit melarat perlukan bantuan kewangan...mana manusia lain, xtolong kah? atau sekadar tolong tengok? tengok kesengsaraan orang sakit itu sehingga hujung nyawanya? itu kah yg manusia mahu? Sudah pandai buat tidak mahu tanggung...anak dilahirkan umpama pemberi rezeki, dibuang merata2..katanya nanti org tau malu, keluarga malu. xterfikirkah mereka hidup anak ini kelak?? lupakah mereka, mereka yang membuatkan anak ini lahir ke dunia?? kemalangan jiwa berlaku oleh sikap pemandu yang kurang prihatin..bawa kereta x ingt org sekeliling, nk tunjuk 'eksyen' atas jalanraya. Kau tahu siapa yg sengsara bila kau langgar org?? dan org itu mati...kau xterasakah kalau ia berlaku pada diri kau?? sedihnya hanya tuhan yang tahu...Kalau manusia x toreh sane toreh sini bukit 2 x kan gondol...xkan menyebabkan tanah runtuh, manusia asyik nk buat pembangunan..manusia dh lupe, khianat pada alam sekitar.

Manusia..manusia kerana manusia lah hidup manusia lain sengsara, merana, sedih, kecewa...tapi aku tetap bersyukur kerana dijadikan sebagai manusia...manusia adalah sebaik2 makhluk ciptaan Allah..dan aku juga bersyukur kerana dapat menilai yang mana buruk yang mana baik...tidak lah aku selalu menyalahkan hidup ini.

Allah memberi kite peluang untuk menikmati kehidupan ini..gunakan lah kesempatan ini untuk beramal ke padanya..InsyaAllah akan sentiasa dilindungi sama ada di dunia mahupun diakhirat...






Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me