Misteri dan Ngeri : Hospital Terbiar Beelitz Heilstatten


Rindu nak update blog dengan kisah misteri.. setelah puas mencari topik, terjumpa pasal hospital Beelitz Heilstatten di Jerman. Mai kita baca sama-sama apa yang misterinya. 


Pada tahun 1898 Berlin Workers Health Insurance Corporation telah melakar plan asal pembinaan hospital ini dan pada tahun 1902 hospital ini telah rasmi dibuka diatas tanah seluas 140 hektar dimana kawasan ini dipecahkan kepada dua bahagian dengan memisahkan pesakit lelaki dibahagian timur dan pesakit wanita dibahagian barat


hospital ini dibina bertujuan merawat pesakit TB (batuk kering) yang melanda bandar itu, mereka membinanya untuk mengawal penyakit TB dari merebak dengan mengasingkan pesakit dari dunia luar. Hospital ini mempunyai 7 bahagian rawatan iaitu Male Pulmonary TB patients, Female Pulmonary TB patients, Male Systemic TB patients dan Female Systemic TB patients

Disebabkan usaha mereka untuk mengasingkan para pesakit dari dunia luar mereka membina Dapur, Dobi, kompleks jana kuasa elektrik, pejabat pos, tempat penjual daging, taman bir, taman istirehat, restoran, villa doktor, rumah mandi dan sebagainya. 

Powerhouse - Pusat janakuasa elektrik


Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital terbiar Beelitz Heilstatten

Silence Day Of Wednesday #12 - Fahami Betul-Betul



Jadinya kita tak boleh nak tuduh orang lain tak ada iman.. semua umat Islam ada iman cuma yang bezanya antara imannya LEMAH atau imannya KUAT

Silence Day Of The Wednesday by Potia Casadelarossa


Nuffnang dan 8Share


Sebelum nak membebel, Aida nak wish dulu Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua blogger yang Aida kenal mahupun tak kenal, readers diari si froggie dan juga seluruh muslimin dan muslimat. Minta ampun minta maaf sebab Aida tahu, Aida banyak buat salah.. kadang-kadang berjanji tapi tak ditepati, ada gurau-gurau terlebih had.. harap korang semua maafkan ea. Smiley


Berbalik pada tajuk entry Nuffnang dan 8Share.. dulu masa memula Aida berblogging hampir semua blogger dok cakap pasal Nuffnang betapa beruntungnya dapat duit dari hasil Nuffnang.. yang kita tak pernah nak dapat nie menganga jela. Sekarang rasanya ramai blogger dah beralih arah kepada 8Share katanya bayaran cepat masuk dalam akaun. 

Aida dah ada kedua-dua akaun Nuffnang dan juga 8Share tapi tak pernah nak 'pulun' sangat.. sekarang rasa macam menyesal pun ada. hiks. Orang lain dah beratus beriban yang Aida? sampai password Nuffnang dengan 8Share pun lupa Smiley tapi semalam tetiba gatal nak skodeng Nuffnang dengan 8Share.. buka-buka terus terkejut dan rasa macam tetiba semangat. 



punya lah lama tak bukak masih ada duit lagi.. kalau campur dua-dua jumlah dah dapat RM72.20 kan? kan? kalau misalnya Aida tempek iklan 8Share dekat bawah setiap habis entry ada tak kawan-kawan yang nak tolong click? Smiley sebab takut kalau main letak je dengan caption yang menarik macam memaksa pun ada tak pun rasa macam dapat untung dengan cara menipu. huhu.. pendapat Aida jela ea.. lain orang lain cara ea dak? Smiley

Korang rasa cemana? 

P/s : Kalau korang nak suruh Aida click iklan korang, korang inform je ok? kat fb pun boleh, twitter ke kat blog pun boleh.. jangan segan-segan. Lepas tu jangan lupa click Aida punya jugak. hiks.. 




Terima Kasih Pada Si Bertuah 2626


Pada 27 Mac 2013 blog Aida telah mencapai follower 2525 dan ketika itu follower bertuah adalah Carlos Santiago dari blog BANKAMI dan pada 28 April 2013 sekali lagi blog Aida mempunyai follower bertuah yang ke 2626 kali ini follower bertuah milik saudara Roslita Thalib pemilik blog warna ungu. Serius blog saudara Roslita nie tenang je dengan tema ungu, loadingnya pun cepat dan tak serabut.. paling Aida suka tang header dia.. siap ada bibir seksi gitu. hehe.. 


Mengikut Aida lah blog saudara Roslita nie lebih kepada entry personal, dan ada juga entry pengalaman sendiri, isu semasa dan ada juga diselitkan tips serta kesihatan. 

Kepada saudara Roslita.. Aida nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog biasa-biasa nie yang lama bersawang.. hehe. Tak ada apa yang menarik berbanding blog blogger yang yang lain termasuk blog saudari Roslita. Semoga blog saudari Roslita bertambah maju dari semasa ke semasa serta berjaya didunia dan akhirat.

Selingan :

mencapai 2 bulan tak online dah ada orang merajuk.. tak caya tengok ayat 'comel' blogger Potia Casadelarossa nie ha.. hiks. Terima kasih kawan-kawan yang merindui, Aida pun rindu korang jugak heart,valentine,love


P/s : entry nie lama dah tersimpan dalam draft sebenarnya malam nie ada sedikit kelapangan so Aida up kan terus :) 



Kembali Pulang


Rindu oih dengan blog hampir sebulan tinggal.. fuh! fuh! banyak debu dan sawang.. Memula nak mohon maaf dan nak ucap berbanyak-banyak terima kasih kat korang yang sudi singgah bagi komen support dan yang memahami sebab musabab aida stop berblogging. Korang memang awesome Smileys

Rasanya tak terlambat untuk Aida ucapkan Selamat Berpuasa buat semua, sedih jugak bulan Ramadhan hampir meninggalkan kita.. tahun depan ntah panjang umur ke kita tak tak tahu. Harap-harap Allah panjangkan umur kita semua untuk bertemu bulan Ramadhan tahun depan. Amin.. Hujung-hujung Ramadhan nie marilah sama-sama kita tingkatkan lagi ibadat kita, lagi-lagi malam Lailatul Qadar.. moga Allah terima segala amal ibadat kita. 


P/s : Hujung-hujung Ramadhan nie ramai orang sibuk shopping.. masjid sikit punya lengang tak macam memula Ramadhan dulu.. sepatutnya hujung-hujung nie lah lagi meriah lagi orang berebut-rebut nak beribadat. Apa kan daya shopping itu pun penting juga. hiks. Blushing Smiley



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar