Tutorial Button Like Fanpage Facebook


Semalam kemain janji nak join satu lagi GA kunun nak up entry GA tu malam semalam last-last sampai kesudah tak up :P hujung minggu lah katakan banyak projek nak kena buat, hiks. Maaf pada adik Hanim yang tag Aida join GA tu tapi Aida tak dapat nak join. Maaf..maaf. Mohon jangan kecil hati lain kali sudi-sudi tag lagi ea. :) 

Berkenaan Aida nak buat GA tu, mungkin dalam masa terdekat jugak lah dan mungkin bukan GA tapi Contest, sekarang tengah memikirkan hadiah dan berbincang. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti Aida up entry pasal nie. 

Malam nie aida nak penuhi permintaan Hana Hadi, dia tanya macam mana cara nak buat Button Like Fanpage Facebook. Mari Aida tunjukkan caranya. 


Korang click link dibawah nie dan ikut step gambar yang aida tunjukkan


1. Isi bahagian Facebook Page URL dengan URL fanpage korang


Click Entry Penuh Click Sini untuk sambungan tutorial ini

Giveaway Blog Dear Xila


Click Banner diatas untuk melihat dengan lebih jelas entry GA ini

Mohon korang jangan bosan.. minggu nie memang aida pakat nak penuhi tag dan support rakan-rakan blogger punya GA, Segmen mahupun Contest. 

Giveaway Dear Xila ini akan tamat esok hari iaitu 30 Mac 2013 pukul 9 pm sebelum tamat cepat-cepat aida join. Sebab ada lagi satu tag yang GA nya tamat esok dan Aida harus join. 

Syarat-syarat wajib :

1) Terbuka kepada blogger Malaysia.
2) Buat satu entry bertajuk 'Giveaway Blog Dear Xila'.
3) Letak banner giveaway di atas dan backlinkkan dengan entry ini.
4) Jangan lupa follow blog Dear Xila, like FB Blog Dear Xila, follow Google+ dan click CC.
5) Juga follow blog sponsor Sheera Aya Shop dan like Sheera Aya Shop.

Hadiah-hadiah :
1) Eksklusif : 1 rantai leher (necklace) Hello Kitty. 1 pemenang.
2) 1 helai Cardigan dan 1 helai blouse Korean. 2 pemenang.
3) Top up RM 5 x 5. (celcom/maxis/digi). 5 pemenang.
4) Review blog newbie/follower kurang 800. 8 pemenang.
5) 1 hadiah misteri buat top refferal. 1 pemenang.

Tuan penganjur pesan : Semua hadiah kecuali top follower akan dibuat secara random.org. Pastikan follow semua syarat untuk jadi salah seorang pemenang. 

ok siap! Jom siapa-siapa yang nak join sangat-sangat dialu-alukan. 


p/s : Malam nie pulak up entry GA satu lagi.. lepas nie nak fokus pada GA sendiri pulak. eh!



MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara


Join GA lagi.. lalala~ 
GA by Mak Dara ini telah di tag oleh Harith, Shida, Sis Diana Azis, Adik Najwa dan juga Jijah. Thankz to u all sudi tag aida. 
Click pada Banner di atas untuk melihat syarat-syarat penyertaan

Para Penaja :


Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara

Siapakah yang bertuah? Kalau rasa diri anda bertuah mari pakat join ramai-ramai :) Aida tag 3 blogger bertuah untuk join GA ini.


p/s : Ada rezeki dapat hadiah tak ada rezeki tak apa janji dapat kenal ramai blogger :) dapat jugak lah kan kiranya. hehe.. 


Terima Kasih Pada Si Bertuah 2525



Terima Kasih buat Si Bertuah 2525 kerana sudi menjadi kawan blogger pada blog picisan Diari Si Froggie ini, Anda yang lain juga bertuah cuma Si Bertuah 2525 lebih sikit tuahnya :P

Nama beliau Carlos Santiago nama blog BANkami


BAN? dengar perkataan BAN pun dah rasa cuak dah.. hiks. Mengikut penyiasatan rambang pada blog BANkami milik Carlos Santiago ini macam-macam topik menarik ada, majoriti topiknya nampak macam lebih banyak menjurus kepada politik. Siapa minat politik boleh terjah blog BANkami. BAN Politik katanya. :) Kalau nak tahu mohon terjah sendiri Aida pun baru je masuk blog BANkami ini. 

Header blog BANkami 

buat Carlos Santiago pemilik blog BANkami, Aida nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog biasa-biasa ini, tak ada apa yang menarik dekat blog ini berbanding blog blogger yang lain termasuk blog BANkami juga. Semoga blog BANkami bertambah maju dari masa kesemasa serta berjaya didunia dan akhirat. 

p/s : Jom terjah blog BANkami untuk tanda sokongan kepada para blogger Malaysia :)



Giveaway By Santai Leeza Sarawak


Nak tahu syarat GA nie mohon click Banner diatas, tak susah pun syarat-syarat dia sangat-sangat simple tak caya try click.

Dah siap dengan semua syarat telah dipenuhi :)
Syarat utama nak jadi pemenang kena rajin-rajin datang terjah blog Leeza, lagi korang rajin terjah dan tinggalkan jejak lagi cerah peluang nak menang. 

Hadiah GA dia setakat nie Keychain dan Fridge Magnet khas dari tempat yang Leeza lawati.. Sarawak kot ^^ kalau rezeki aida lah aida nak sangat Fridge Magnet tu. hehe.. 

Katanya pemberian hadiah GA nie boleh berubah ikut situasi.. ha situasi apa tu? kena join lah sama-sama kot-kot hadiah ditambah lagi ke nanti kan. :) Mai pakat-pakat join memeriahkan majlis. 

Tamat pada 28 MAC 2013 jam 11.59 malam

p/s : Ada 2-3 GA nak join lepas nie.. tanda sokongan buat rakan-rakan blogger yang tag dan yang adakan GA :)




Gambar sempena Hari Polis Yang Ke 206 Tahun 2013



Sempena sambutan Hari Polis Diraja Malaysia yang ke 206 hari ini (25 Mac 2013) bertempat di Pulapol Kuala Lumpur. Aida ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Diraja Malaysia yang ke 206 semoga semua warga PDRM sentiasa dilindungi Allah, cemerlang dalam tugas, dipermudahkan segala urusan, dijauhkan dari segala cacian, makian dan salah laku.. segala jasa kalian hanya Allah saja yang mampu membalasnya.. dan tak lupa juga Al-Fatihah buat yang telah pergi dalam mempertahankan negara dari musuh. 

Uniform anggota polis trafik sekitar tahun 1940-an

Motosikal jenis Norton yang digunakan Polis Trafik sekitar tahun 1967 - 1977

Saxon Sankey At 105 kenderaan perisai yang digunakan dalam strategi peperangan dan sekatan pengganas komunis

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat lebih banyak gambar 

Weeehu! Giveaway PGGP & DAKU AMAT


Daku Amat Menyintai Mu

Cantikkan banner GA nie.. almaklumlah siapa yang buat kalau tak Ayie.. Ayie memang terer bab-bab edit poster nie. Aida sendiri pun terpikat setiap kali Ayie nie edit poster. Tak percaya meh terjah Pinterest milik Ayie kat sana banyak gila koleksi poster yang diedit sendiri oleh Ayie. 

Erkk.. macam lari motif je nie. Aida nak join GA Ayie sebenarnya. hehe. Ok kembali pada motif yang asal. Aida join GA Ayie, bukan saja sebab hadiah yang disediakan awesome tapi tanda support Aida pada Ayie kawan paling lama Aida dalam bidang blogger nie.

Meh tengok hadiah yang ditawarkan :

Daku Amat Menyintai Mu

sarung bantal ok.. tetiba Aida terminat dekat petak-petak coklat tu cantik lah pulak. hehe. Ada rezeki kot-kot dapat. ngeee!

Syarat-syarat penyertaan pula :

1 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook.  
2 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT .
3 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry korang.
4 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry korang. 
5 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN.
6 - Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).
7 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.
8 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.

Nak jemput 5 orang blogger join GA Awesome nie :


Selesai :) semua syarat.. so pada sesiapa yang rasa nak join sangat-sangat dialu-alukan. Mai kita pakat meriahkan suasana. 

p/s : Semoga Ayie sentiasa berjaya dalam apa saja bidang yang diceburi. :)




Silence Day Of Wednesday #10 - Surat Penghargaan Dari Aqsa Sharif




Alhamdulillah.. selesai semua tugas mengenai kutipan derma untuk Gaza. Terima kasih.. terima kasih.. pada sesiapa yang menghulurkan sumbangan. Allah sahaja yang mampu membalas jasa anda. 

Terima kasih juga tak terhingga buat orang-orang kuat program ini :



dan terima kasih juga kepada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.. 

p/s : Mari sama-sama doakan agar Palestine dan negara kita Malaysia sentiasa aman makmur dan dilindungi Allah SWT.



Mereka Buah Hatiku



Tak mahu taip bebanyak.. cuma nak tunjuk second buah hati baru aida. :)


Nama dia kenit, abah jumpa dia merempat dekat kebun tengah syok jilat sisa telur ayam mentah. 

Buah hati pertama sudah tentu Putih @ Puneh, dulu putih nie besar kenit jugak, abah bawak balik, sebab jumpa tepi jalan kehulu kehilir.

Gambar putih sekarang

Putih masa kecik

serius kalau penat terasa hilang bila dapat tengok gelagat mereka dua nie.. kalau sedih ngadu dengan depa lagi-lagi puneh, dia akan tenung je mata kita. haha.. lebiu lah mereka. <3

p/s : Kalau kita sayang org/haiwan dengan ikhlas, ianya akan dapat dirasa oleh org/haiwan yang kita sayang itu walaupun kita tak pernah luahkan ^^



Tidurlah (Sleep Now) A Tribute to the Fallen Heroes of Lahad Datu


Aida jumpa video nie dekat page Kelab Penyokong Polis Diraja Malaysia, first dengar dah meleleh air mata.. kisah pejuang kita di Lahad Datu. Biar lah apa orang nak kata, bagi aida mereka semua tetap HERO :) saya bangga ada perwira seperti mereka.. kan Jijah kan? :P (saja mention jijah sebab jijah lebih tahu kisah pergorbanan perwira kita nie.. yelah hubby jijahkan perwira negara :))

Tidurlah
Perajurit Muda
Lepaskan bebanmu dalam buaian indah
Tidurlah
Lelapkan mata
Musim luruh kan berlepas
Malam-mu jadi cahaya
Mengapa kamu
Harus pergi dulu
Mengapa kamu
Rebah...sebelum waktu
Bunga-bunga kan kukalungimu
Bersama seribu kasih
Jasamu padaku
Disanjungi
Air mata ku kirim bersama
Doa bagimu, Perwira
Usah lagi duka
Oh...
Tidurlah..



Jumpa je lagu nie terus buat lagu background untuk blog.. hehe. jangan marah eh kalau lagu nie menganggu korang semua, boleh stop kan kalau tak suka. hehe.. 

P/s : Alhamdulillah.. demam dah kebah, tinggal selsema je dok laju meleleh macam air terjun. Nanti dah sihat sikit nak blogwalking pulak.. maaf ea lama betul aida tak blogwalking mood asyik jatuh ke laut je sekarang nie. T_T





Gambar Mayat Penceroboh Lahad Datu [OP DAULAT]



Bercakap pada sidang akhbar bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien pada pukul 4 petang tadi, Ahmad Zahid berkata sembilan daripada mayat itu ditemui dalam sebuah liang kubur yang ditutup dengan kepingan papan.

Beberapa keping gambar Op Daulat yang dirakam pasukan keselamatan diedar kepada media, antaranya gambar mayat pengganas yang ditemui dalam sebuah kubur.

Turut diedar ialah gambar anggota forensik diserang penceroboh ketika sedang memeriksa sebuah kubur dikampung itu dan senjata yang dirampas pasukan keselamatan.

Senjata yang berjaya dirampas dari pengganas

Anggota Forensik yang diserang dan kubur mayat pengganas

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar mayat pengganas

Terkini Lahad Datu : Dua Komando Polis Maut

LAHAD DATU: Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. 
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu. 

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama


Kredit :

p/s : Ya Allah lindungilah saudara dan para pejuang kita disana, semoga tiada lagi kematian tragis yang kita dengar. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar