February 28, 2013

8 Jenis Bunga Yang Cantik

February 28, 2013 28 Comments

Mai..mai..cuci mata dengan melihat 8 bunga tercantik, bagi aida asalkan bunga semuanya cantik betul tak? hehe.. Kejadian Allah swt semuanya cantik-cantik dan sempurna :)

1. Bauhinia kockiana


Nama Sainstifik : Bauhinia kockiana
Nama Keluarga : Leguminosae
Asal : Semenanjung Malaysia
Cuaca : Panas
Sifat : Menjalar/memanjat

2. Canna Hybrids


Nama Sainstifik : Canna hybrids
Nama Keluarga : Cannaceae
Asal : Benua Amerika
Cuaca : Panas
Sifat : Renek, tumbuh tegak, berdaun lebar dan mempunyai bunga pelbagai warna dan bentuk

3. Heliconia rostrata


Nama Sainstifik : Heliconia rostrata
Nama Keluarga : Heliconiaceae
Asal : Tropikal Amerika
Cuaca : Panas/Separa panas
Sifat : Renek, tumbuh tegak, dan mempunyai bunga terjuntai ke bawah

4. Hydrangea macrophylla


Nama Sainstifik : Hydrangea macrophylla
Nama Keluarga : Hydrangeaceae
Asal : Asia Timur
Cuaca : Separa panas
Sifat : Renek, daun lebar pokoknya seakan

5. Lantana camara


Nama Sainstifik : Lantana camara
Nama Keluarga : Verbenaceae
Asal : Mexico
Cuaca : Panas
Sifat : Renek, Berbau wangi, mempunyai bunga yang banyak dalam satu kelopak dan kecil serta pelbagai warna

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

February 26, 2013

Tawaran Pengiklanan di Blog Katak Comel

February 26, 2013 27 Comments

Aida dah janji dengan tuan blog Katak Comel nak promote ruangan iklan dia kat blog aida, so hari nie janji tu ditepati.. cewah. Meh nak cerita sikit pasal ruangan iklan yang blog Katak Comel tawarkan. Sangat sesuai untuk blog yang berunsur perniagaan online.


percayalah blog Katak Comel memang blog yang rajin update entri dalam sehari, sampai tak terkejar nak baca. hehe.. pasal tu trafik dia pun menjulang-julang naik. tak percaya meh tengok statistik kat bawah nie.



17 ribu tu pageviews sehari.. aida punya blog nak capai 100 pun payah. hehe. So pada korang yang berminat nak iklankan blog korang atau apa-apa iklan boleh try sewa tapak iklan dekat blog Katak Comel nie. Sure tak rugi tak cuba tak tahu betul tak?

Jenis Iklan yang disediakan :




Cara pembayaran :

Cara Pembayaran : CIMB Bank
Nombor akaun : 0510-0033-9225-28
Nama : Akmal Hakim bin Shamsudin

Cara Pembayaran : Maybank
Nombor akaun : 162085491049
Nama : Nur Amira binti Mustafa

Selepas pembayaran di buat, anda perlu menelefon atau SMS saya.
Sila bagi tahu tarikh dengan masa anda membuat pembayaran.

Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi :
Email : remynaomi@gmail.com
Facebook remynaomi@gmail.com (Akmal Hakim)
Nombor Telefon : 017-5403454

Maklumat lanjut dan lebih jelas ---> Pengiklanan (Letak Banner & Advertorial)

p/s : Akmal Akim gua dah promote.. hope dapat membantu sedikit sebanyak :) good luck ok. 





February 21, 2013

Fizz Fairuz Bohong & Putus Tunang

February 21, 2013 59 Comments

Semalam time jaga anak buah demam panas, aida bukak blog ternampak entry blogger lain pasal pertunangan Fizz Fairuz dah putus. Biar betik! memula memang terkejut sebab kes pertunangan dia dengan perempuan lain bukan dengan Almy Nadia jadi topik hangat kan? 10 hari je depa bertunang.

Kredit Picture : jomss.blogspot.com

Printscreen dari entry blog www.murai.com.my

Bila baca statement Fizz Fairuz nie macam ada yang tak kena je.. tak logik pun ada. Tak akan pihak keluarga perempuan tak bagi tahu yang anak depa dah kawen ea dak? pastu kalau Fizz Fairuz nie kena 'menderem' tunang dia, tak akan lah tak ada yang buka mulut pasal status perempuan tu.. lepas tunang pulak baru nak bagi tahu. Lagi pelik baru baru kenal setahun dah ikat tali pertunangan dengan Almy Nadia kawan punyalah lama 7 tahun tapi payah nak ikat tali pertunangan..

Kredit Picture : www.kisahemasputih.com

Pagi nie ternampak pasal benda nie dekat blog Emas Putih komen tunang Fizz Fairuz kata dia, dia bukan isteri orang tak pernah seumur hidup dia jadi isteri orang.. tu ok lagi nie ada khabar angin suami pada azlyn yang kata azlyn Massiela nie 'hilang ingatan', kesunyian lah.. ah sudah!


Ntah yang mana satu salah ntah.. hari tu fizz fairuz nie bukan kena tegur dengan pendakwah ke? pasal sarung cincin kat tunang dia tu (walaupun hanya gimik) ikut adat mana ntah.. tunang baru, haram pegang tu. hish. (membebel) apa-apa pun doakan yang terbaik buat mereka, mungkin mereka ada alasan mereka sendiri kan.. korang jangan buat cenggini tau.. tak baik :P

p/s : Memacam lah dunia artis nie, gini pun ada.. macam mak jemah pulak aida dok up entry gosip nie.. hiks. saja bosan-bosan tukar ke bidang gosip artis pulak :P

Kredit :
Info & Picture : www.murai.com.my
info : pilihan anda




February 19, 2013

Misteri Hospital Lama Lady Templer Cheras

February 19, 2013 78 Comments

Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Hospital ini memberi rawatan khas kepada pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering. Ianya juga merupakan hospital pertama di Malaysia yang mengadakan pembedahan jantung. 


Kerajaan Negeri Selangor telah menyerahkan sebidang tanah seluas 20.3 hektar di Jalan Cheras, Kuala Lumpur. Di Peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri dari pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray, dan pembantu jururawat. Hospital ini mula menerima pesakit pada Ogos 1955 kebanyakkan pesakit yang diterima adalah pesakit yang tidak sembuh walaupun sudah diberi perubatan oleh hospital lain.


Walaubagaimanapun hospital lady templer ini telah ditutup pada tahun 1985 dan hanya sebahagiannya sahaja dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Rumah mayat hospital ini juga pernah menempatkan mayat-mayat mangsa tragedi 13 Mei 1969.

Batu asas Lady Templer Hospital

Click Entry Penuh Click Sini untuk melihat gambar hospital tinggal Lady Templer

February 18, 2013

Baucar BR1M 2.0

February 18, 2013 40 Comments

Alhamdulillah Jumaat 15 Februari 2013 pukul 10 malam baucar BR1M 2.0 selamat aida ambil. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi rezeki atas rahmatNYA juga dan terima kasih kepada setiap rakyat Malaysia yang susah payah kena bayar cukai sana sini, tak lupa juga kepada para pemimpin yang berjaya mengagihkannya semoga semua dimurahkan rezeki, dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.


Tak silap aida BR1M 2.0 nie dilanjutkan hingga bulan 3 kan? tak silap sampai 15 Mac 2013. So pada sesiapa yang masih berkelayakan dan berkeinginan nak cuba boleh pergi ke pautan dibawah 

Borang BR1M 2.0
BR1M 2.0 secara online
Borang Rayuan BR1M 2.0
(Bagi borang rayuan BR1M 2.0 khas untuk korang yang pernah memohon sebelum ini tetapi mendapat status tidak layak so boleh buat rayuan semula)

Talian Bebas Tol BR1M 2.0
Senarai Kaunter Pendaftaran BR1M 2.0
(pada yang nak daftar secara manual di kaunter)

Malam aida ambil voucher BR1M 2.0 nie ada beberapa benda yang buat aida bersyukur sangat pada Allah SWT kerana mengurniakan negara yang aman, dan rakyat yang tinggi nilai keprihatinan dan sentiasa menjaga adab walaupun berlainan agama dan bangsa. Malam itu hampir kesemua warga tua dan generasi muda yang OKU dipimpin seorang-seorang, ibu-ibu ayah-ayah tunggal dan ibu serta ayah yang anak-anak kecilnya tidur didahulukan untuk ambil voucher BR1M 2.0. Sampai tersenyum melihat gelagat mereka sambil mengucapkan Alhamdulillah dalam hati :)

p/s : Rezeki itu datangnya dari Allah SWT, Allah SWT berikan kita akal, tubuh yang sempurna supaya kita berusaha untuk mencari rezeki, rezeki tidak datang bergolek dengan sendirinya. Setiap manusia rezekinya lain-lain.. lagi banyak dia berusaha bertawakal lagi banyak rezekinya Allah SWT beri. Rezeki yang diterima juga milik Allah SWT maka tak salah kalau kita share rezeki itu bersama-sama dengan insan yang lain. :)


February 15, 2013

Tazkirah Jumaat : Sembahyang Sambil Melihat Al-Quran

February 15, 2013 31 Comments

Sembahyang sambil melihat Al-Quran biasa terjadi apabila seseorang tidak menghafal bacaan dalam sembahyangnya, maka dengan itu beliau meletakkan Al-Quran disebelah atau dihadapannya supaya mudah untuk beliau memandang dan membacanya. 



Jawapan :

Membaca Al-Quran dalam sembahyang adalah sunat, dibuat dapat pahala jika ditinggalkan tidak pula berdosa. Dalam hal ini jika seseorang membuka Al-Quran dan diletakkan ditepi mahupun didepan dengan niat hendak membacanya dalam waktu sembahyang nanti orang itu mendapat pahala atas usaha gigihnya itu tetapi lebih cantik dan cun lagi kalau kita sedaya upaya menghafal surah tersebut. Jika difikirkan secara logik bila mana kita membaca surah dengan melihat Al-Quran dikhuatiri khusyuk dalam sembahyang kita akan terganggu. Jadi lebih molek kalau kita hafal surah tersebut :) tapi kalau nak buat jugak dan tak khuatir khusyuk terganggu maka dibolehkan sebab ianya hanya sunat. 

Banyak lagi tentang Islam disini

p/s : Dalam islam tiada yang susah semuanya mudah jika benar-benar memahami dan mempelajarinya dengan seikhlas hati ^^

Kredit :
Buku Menjawab Masalah Anda
(koleksi buku dirumah :P)



February 14, 2013

[Update] Wanita Mati Di Berjaya Times Square

February 14, 2013 17 Comments

Petang tadi aida ada up entry mengenai seorang wanita cina yang mati di Berjaya Times Square pukul 11 pagi tadi. Mengikut berita sebenar yang diupdate melalui www.malaysiandigest.com

Kredit Picture : www.wanita.com


"Wanita cina yang mati ini dikenal pasti sebagai Choo Czek Yeng yang berusia 36 tahun dipercayai telah bersandar pada pagar shopping mall dibahagian tingkat 6 sebelum terjatuh ke bawah lobi Berjaya Times Square, mengikut sumber maklumat mangsa juga bakal menerima rawatan mental dan tinggal bersama keluarganya di Bangsar. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad berkata tiada kecederaan fizikal pada badan kelihatan dan pihak polis juga masih menyiasat punca sebenar kes ini kerana kawasan tersebut tidak dilindungi oleh CCTV"

Thank banyak-banyak pada reader blog aida Sara Shafiqa yang memberi url malaysiandiegst.com dan menegur aida dalam entry tadi :)

p/s : InsyaAllah.. kalau ada update sebenar kes ini aida try update ea.. takut jugak kalau terfitnah or tersampai berita yang tak betul karang kan. Sian pada mangsa dan keluarganya nanti. Memang entry first tadi aida tak berani nak letak tittle 'bunuh diri' sebab tu aida letak 'atau kemalangan'. 
Kredit :
Picture 
Info

Bunuh Diri Atau Kemalangan : Gambar Wanita Mati Di Berjaya Times Square

February 14, 2013 32 Comments

Aida perasan benda nie time tengah godek-godek akaun says tadi, haish ada lagi kes sebegini. RIP buat mangsa.

Tragedi ini berlaku pada pukul 11 pagi tadi 14 Februari 2013, mayat wanita yang dipercayai berumur sekitar 19 tahun ini ditemui di lobi Berjaya Times Square Shopping Mall berhampiran Booth U Mobile. Mayat wanita itu dikatakan dipenuhi darah dan dipercayai terjatuh dari tingkat 6 shopping mall tersebut. 





Kredit picture : www.wanita.com

maaf gambar dikaburkan bagi menghormati mangsa dan keluarga mangsa


Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan


Kredit :
Info/Picture

February 11, 2013

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me