AWAN YANG UNIK


Hari ini aida malas nak taip banyak-banyak (memang hari-hari pemalas)
so dengan kemalasan itu aida nak kongsikan beberapa gambar awan yang unik bentuknya. 

1. Wajah Manusia

2. Hati

3. Bintang

RABU YANG BISU #23



"Apabila sushi bertemu tempoyak
Apabila K-Pop makan Karipap"

Tetamu dari Jepun menetap di Homestay Sepang 
p/s : Orang jepun nie kata dengan kami, shaya shuka duduk Malayzia shebab Malayzia orangnya shuka shenyum (tetiba jadi pelat) jadi rakyat Malaysia murahkan lagi senyuman anda kerana para pelancong suka akan senyuman manis anda :)
 

GUNKANJINMA|GHOST TOWN - BANDAR LENYAP




Gunkanjinma atau nama biasanya Hashima Island dikenali sebagai Pulau Kapal kerana bentuk pulaunya bersamaan dengan bentuk sebuah kapal perang. Pulau ini terletak 15 kilometer dari Nagasaki, Jepun dan pulau ini antara 505 pulau tidak berpenghuni di Nagasaki. 


Pulau ini dibina sekitar tahun 1887 hingga 1974 satu populasi manusia seramai lebih kurang 5259 ribu menghuni pulau ini iaitu kira-kira 835 orang menghuni setiap hektar. Pulau ini asalnya dibawah kelolaan Takashima dan kemudian telah diambil alih oleh Syarikat Mitsubishi pada tahun 1890.

KISAH DAN AMALAN BULAN SYAABAN


Hari ini iaitu 21 Jun 2012 bersamaan 1 Syaaban 1433 Hijrah, pejam celik pejam celik dah masuk bulan syaaban. Sempena bulan syaaban tahun ini aida nak share apa cerita dan kelebihan disebalik bulan ini yang kadangkala kita kurang mengambil tahunya. 

Syaaban bermaksud : bercerai-berai/berpuak-puak/berpecah-pecah kerana pada bulan itu masyarakat Arab terpaksa berpecah-pecah untuk mencari air disebabkan kemarau yang panjang.

1. Malam Nisfu Syaaban

"Telah datang Jibril a.s pada malam nisfu syaaban dan berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit"

Soal Nabi Muhammad SAW kepada Jibril a.s : "Hai Jibril apa ertinya malam ini? Dia (Jibril a.s) menjawab : "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka akan permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, orang-orang yang suka mengadu domba, dan orang yang memutuskan tali persaudaraan sehingga mereka bertaubat barulah Allah mengampuninya"

GIVE AWAY DOMAIN | FIRST! - Seconds Years Aniversary


(Klik Banner untuk ke blog Kazen)

Korang nak tahu, setiap kali aida blogwalking ke blog Kazen nie aida mesti teringat saat mula-mula berblogging dulu, time tu noob gila kot.. Blog Kazen nie la yang aida follow.. aida jumpa blog Kazen nie dalam twitter (dulu ada twitter sekarang dah deactivated alasan tak reti guna). Bila fikirkan balik rasa nak tergelak pun ada, sampailah kami rapat dan saling komen mengomen serta saling kunjung mengunjung hingga kini. Kali ini Kazen atau nama sebenarnya Khairul Zamri adakan satu Give Away sempena seconds years Anniversary blog beliau, so petang tadi dengan bertuahnya beliau ajak aida sendiri menyertai GA beliau.. nasib baik sempat ok.. GA dia esok dah due date. :P Thankz Khairul. Semoga blog Kazen semakin berseri dimasa akan datang :)

Syarat dia sangat sempoi :

1. Buat satu entry mengenai GA ini dan linkkan ke entry GA beliau dan harus ada banner yang smart tu.
2. Nak follow blog/facebook pun boleh tak nak pun boleh.
3. Dah siap tinggalkan je link entry korang dalam ruangan komen entry GA beliau. 

P/s : Kalau nasib badan bertuah dapat domain dari beliau.. awesome meyh! :P


RABU YANG BISU #22


Sebelum

Selepas

"Jerebu hari ke 4"
P/s : Cintailah alam sekitar kita 

GA DARI PELAJAR FORM6 2012


( Click pada Banner diatas untuk ke blog adik-adik sponsor ini )

Syarat-syarat dia cukup simple antaranya :

1. Tempek Banner wajah cun adik-adik sponsor nie dalam entry bertajuk 
"GA Dari Pelajar Form6 2012(contoh banner dan tajuk seperti diatas)
2. Follow blog Nelly, HajarNana dan Fatin serta 
like fanpage INI
3. Tag 3 orang kawan korang
4. Tinggalkan link diruangan komen entry GA tersebut 
(Tuan blog pesan kalau tersalah link penyertaan automatik BATAL!)

Hadiah dia pun awesome jugak :

- Topap RM10 (Nelly)
- RM5 untuk 2 pemenang bertuah (Hajar)
- 5 Header biasa untuk top 6-10 (Nana)
- Header untuk top5 (Nana)
- 1 edit classic blog untuk 1 pemenang sahaja (Nana)
- Hadiah misteri 1x (Fadilah)
- Shawl 1x dan keychain 1x untuk setiap pemenang (Fatin Humaira) - sumbangan blogger lain
- Pemenang bertuah akan direview blognya dalam youtube oleh vlogger Ersyad

Aida tag 3 orang rakan aida iaitu :

2. Myda

p/s : Minggu memenuhi permintaan GA, Contest, dan Segmen dari korang yang dah tag aida :)



SELAMAT HARI BAPA ABAH!!

Abah
setiap kali dikau tidur pasti akan ku jenguk
melihat kearah anggota badanmu 
aku sangat bersyukur apabila nafasmu itu masih 
turun dan naik

Abah
tiada insan lain yang dapat menggantikanmu
kasih sayang yang dikau berikan
cukup buatku menghargai kehidupan ini
dan masih teguh berdiri segagah ini

Abah
dalam kau tidak sedar kau lah ratu hatiku
wira bagi seluruh hidupku
insan paling bermakna bagi ku
dan kau jua segalanya bagiku

Abah
masa ini sangat singkat
dari sehari ke sehari aku takut akan masa itu
tapi aku pasti satu hari nanti ianya pasti terjadi
kerana kita hanya hidup dan kembali kepadaNYA

Abah
hari ini hari bapa buat abah yang ke 71 tahun
moga abah sihat sentiasa
moga abah diizinkanNYA panjang umur
 dan murah rezeki

Ketahuilah abah yang anak-anakmu terlalu menyayangimu


Selamat Hari Bapa buat bapa-bapa seluruh dunia kerana tanpamu siapalah kami :)
P/s : Imam Muda Asyraf pernah menceritakan suatu cerita dimana ada seorang sahabat datang berjumpa dengan Nabi SAW, beliau menyampaikan hajat dihatinya iaitu mahu berhijrah keluar kota, sesudah sahabat itu menyampaikan hajatnya Nabi SAW bertanya kemana kedua orang tuamu sekarang? Sahabat itu pun menjawab mereka ada dirumahku. Setelah mendengar jawapan sahabat itu, Nabi SAW menyuruh sahabat itu pulang ke rumah dan tidak perlu berhijrah kata Nabi, Pulanglah kerumahmu wahai saudara, janganlah kamu berhijrah selagi kedua orang tuamu masih ada, berbaktilah pada keduanya, hiburkanlah hati mereka nescaya Allah SWT melimpahkan barakah dan syurga buatmu jika kamu berkorban pada kedua orang tuamu itu seperti mereka telah mengkorbankan nyawa dan harta buatmu

*Entry ini cap Auto Publish (tuan blog sedang menghabiskan masanya bersama ayahanda tersayang sempena hari bapa ini)

SEHARIAN DI ZOO NEGARA


~Entry yang dipenuhi gambar~

Entry kali nie aida nak share pengalaman aida pergi ke Zoo Negara, rasanya masuk nie dah 4 kali pergi kot, last pergi pun tahun 2007 ke 2008 macam tu.. Dari gombak ke Zoo Negara hanya makan masa lebih kurang 20 minit macam tu, itu pun kalau tak jem lah.. (tempat dekat dengan rumah tapi jarang nak pergi..tempat jauh jugak sibuk nak pergi) 


Meh aida cerita sikit tentang sejarah Zoo Negara nie..pada 14 November 1963, Perdana menteri pertama kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah merasmikan pembukaan Zoo Negara yang terletak di Hulu Kelang. Zoo Negara ini diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia, zoo ini telah menerima sijil MS ISO 9001:2008 dengan berkonsepkan zoo terbuka dimana semua haiwan yang terdapat didalam zoo ini ditempatkan di kandang terbuka yang luas dengan hiasan laman yang bersesuaian dengan haiwan tersebut. Zoo ini juga menempatkan lebih 5,000 haiwan dan lebih 400 spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan. 

penat membebel dah.. :P

RABU YANG BISU #21




pfftttt! tengah berselera makan mee hoon goreng hampir setengah pinggan baru perasan ada sikumbang goreng dalam mee hoon nie. euwww!!

p/s : Sebelum makan mohon selak2 sikit makanan, mana nak tahu kot2 ada 2-3 ketul berlian :P

Entry cap auto publish : tuan blog ada hal sikit, tapi dia dah janji akan balas jejak korang semua nanti 








KATAK PELIK

Katak oo katak kenapa engkau panggil hujan
macam mana aku tak panggil hujan
ular nak makan aku.. ular nak makan aku..
lalalala

Entry kali nie khas untuk kawan-kawan blogger aida yang takut atau geli katak, 
oh aida sayang korang. ahakz.. sebenarnya atas permintaan seorang blogger dia mintak aida carikan kisah katak hijau bermata merah, malangnya dah puas mencari tak jumpa-jumpa jugak. Jadi ini sahaja yang ada buat DENO sayam ^^

TRANSPARENT FROG



keluarga katak transparent ini mempunyai kulit yang sangat telus sehinggakan kita boleh nampak organ dalaman mereka.

KATAK KURA KURA


sebab apa dipanggil kura-kura? sebab belakang badan dia keras seperti kura-kura
sekali tengok macam alien

AWESOME GIVE AWAY DUNIA SEBENAR SHIDA



Click Banner GA untuk melihat syarat yang lebih jelas

LIST PARA SPONSOR

Syarat utamanya korang kena follow kesemua blog sponsor dibawah nie :

 - E'S OnlineShop (21)                      - OdahoneBiz (105)  
Muhammad Saiazuan (1875)        - Lyssa_Secret (50568) 
Fiz Graphic (7680)                         - Arol Mubin (1584)  
Nur Damia                                     - Arra Ahmad (2323)   
Zinnia Z A Shop (FB)                     - IntanBerlian (1320)   
Nakira's Collection (FB)               - Qatratun Al-Khairi   
Qat_Bawal Shop (8)                       - Eza_stories   
Irwani Zulkifli                                 - Eqbal Zack (6010)   
Nurul Yui (2270)                             - Bui Junaidi (1332)   
Nur Athirah (575)                           - Puan Azizah (3852)   
- Eca_Dwinky Asha (1233)               - Ain Zulaikha (3666)   
- Puan Ummi (480)                            - EGTV.com.my (FB)    
EMTV.com.my (FB)                        - Muaz Faris  
Peyan (503)                                    - Shida sendiri (3003)


Syarat kedua korang click kat SINI untuk like Fanspage kesemua para sponsor nie 
(Tuan Penaja dah menyenangkan kerja gitu.. memang suspek betul lah)

Syarat ketiga Korang adakan satu entry yang bertajuk 
"AWESOME GIVE AWAY DUNIA SEBENAR SHIDA

Syarat keempat korang tag kawan-kawan korang.. terpulang berapa orang, lagi ramai lagi bagus kata tuan penaja

Tag sahabat  :

1. Tirah Zairi
2. Sis Pari-pari putih
3. Cik Ein
 
Syarat keempat letak link entry korang dekat SUBMIT LINK ENTRI GA

Syarat kelima dah dapat no dekat SUBMIT LINK ENTRI GA tu korang tinggalkan komen pulak dengan nama dan no link yang disubmit tu :)

Rugi korang kalau tak join, hadiah-hadiahnya sangat AWESOME..

tak percaya meh tengok sini --> Hadiah

Pemilihan pemenang melalui Random.org 

Tempoh GA ini : 3 Jun 2012 - 17 Julai 2012

p/s : Dulu dah berjaya memenangi hati Shida dalam 
GA sempena hari jadi pertama blog Shida, 
kali nie kalau ada rezeki dapat lagi, memang melompat lah gamaknya :P 
wahai Random.org mohon pilih Aida ye sayang 
(dengan gaya sedang menggoda Random.org)


MEREKA YANG AWESOME (2)


Sambung promote dari MEREKA YANG AWESOME (1)

berbeza dari yang pertama, selain aktif (entry paling latest bulan april/mei/jun 2012) kali nie aida pilih blog yang ada :
 
a. Shout
b. Mempunyai ruangan komen pada entry
c. Ada button follower
 
cukup syarat gerenti blog korang tercalon :)

 Ok korang, korang yang nak kenal boleh la follow blog mereka jugak, lepas dah follow korang, korang tinggalkan lah jejak dengan ayat macam nie
"Singgah dari blog diarisifroggie"
http://sweetsadmemory.blogspot.com/ (Owner dia pi PLKN pulak)
http://bibie-says.blogspot.com/
http://www.khairul-zamri.com/
http://www.orangmuo.com/
http://bintangkita080808.blogspot.com/
http://moist-chocolatecake.blogspot.com/
http://puakajoran.blogspot.com/
http://master-killar-v2.blogspot.com/
http://bluesriders.blogspot.com/
http://somethingtoshout.blogspot.com/
http://merentasiman.blogspot.com/
http://nottygirlz.blogspot.com/
http://inspirationalefeks.blogspot.com/
http://www.bicaradariaku.com/
http://sayurlemak.blogspot.com/
http://mizcawaii.blogspot.com/
http://eawiz-skyline.blogspot.com/
http://wancikgumuzik.blogspot.com
http://getmedean.blogspot.com/
http://syimaabdraaif.blogspot.com/
http://lovelytasya32.blogspot.com/
http://lalabiela.blogspot.com/
http://inisayapunyacerita.blogspot.com/
http://izara4eva.blogspot.com/
http://syasyamilastory.blogspot.com/
http://duniakushida.blogspot.com/
http://nellythestrange.blogspot.com/
http://amercorner.blogspot.com/
http://lovemeenot.blogspot.com/
http://sinujasheffie.blogspot.com/

Jangan sedih jangan kecik hati next entry mungkin ada korang punya blog dalam list nie ok :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar