March 29, 2012

KUCING TANPA BULU

March 29, 2012 74 Comments

Kucing tanpa bulu 
(sebenarnya mempunyai bulu tetapi bulunya sangat halus dan pendek) 
adalah satu spesis kucing yang telah wujud sejak tahun 1960 lagi di kanada, iaitu apabila kucing biasa melahirkan sepasang anak spesis ini dan dari situ ramai pengkaji kucing ini membiakkannya supaya generasi unik ini tidak terus pupus ianya terjadi atas faktor genetik.  
Kucing ini dikenali dengan nama Sphynx Cat. 



Disebabkan penampilannya itu kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dari segi pembersihan, mandi, pemotongan kuku, pembersihan telinga, hidung, mata dan juga pemanasan extra seperti menyediakan selimut, kain atau sebagainya. 

March 28, 2012

March 26, 2012

10 HOTEL BERHANTU DI DUNIA

March 26, 2012 36 Comments

1. Hotel Hollywood Roosevelt, Amerika Syarikat


Hotel ini menjadi tempat pertama penyelenggaraan Academy Awards pada tahun 1929. Desas desus mengatakan sesiapa yang menginap hotel ini akan ternampak dengan penampakan bintang pop Marilyn Monroe dan aktor Montgomery Clift.

Montgomery Clift
Marilyn Monroe

2. Hotel Burchianti, Italia



Hotel ini pada abad ke 20 sangat popular bagi artis. Mereka yang menginap di hotel ini pernah melihat penampakan dua kanak-kanak kecil sedang melompat menyusuri lorong dan melihat kelibat perempuan tua sedang duduk di kerusi goyang.

March 24, 2012

1st GATHERING GBS

March 24, 2012 51 Comments

17 MAC 2012

Bangun pagi gosok gigi
bukak air terus mandi
pakai baju wangi-wangi
Times Square arah ditujui

Dari Taman Melati ke Kelana Jaya
Sampai lewat di KL Central 
Korn El Jr jadi orang terakhir tiba
Letih berjalan semangat membara


Mereka menunggu penuh setia
sambil menunggu bertukar cerita
gelak ketawa dah macam keluarga
mula-mula malu sekarang tidak pula

March 21, 2012

RABU YANG BISU #15

March 21, 2012 34 Comments

21 Julai 1989 - 21 Mac 2009


"BPR-Harum subur dihati"
Lovely brother, Julai partner, Best friends

Wedik aku selalu rindu kan kau..rindu nak gurau-gurau, gelak-gelak, gaduh-gaduh macam dulu-dulu

p/s : Moga kau tenang di "sana"

* muka yg cun perlu di censored kan :P


March 18, 2012

ORANG ASLI JANDA BAIK

March 18, 2012 41 Comments

Pada suatu ketika dahulu berlaku pertengkaran antara Tok Batin Orang Asli iaitu Batin Wok dengan isteri beliau Siah hingga mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah, Namun tidak sampai sebulan Siah balik semula ke pangkuan Batin Wok dan mereka hidup bahagia, kerana itulah orang asli disini menamakan tanah ini sebagai "Janda Balik" dan ditukar namanya oleh Sultan Abu Bakar yang tertarik dengan peristiwa itu kepada "Janda Baik" dan kekal sehingga ke hari ini.



Suasana pagi di Janda Baik

March 11, 2012

SAHABAT KATAK COMEL

March 11, 2012 32 Comments

- Minggu menyertai segmen -

Click Banner untuk ke segmen

Katak memang comel kan? kan? Semalam dekat pukul 12 lebih tuan blog Segmen gegar semua ahli GBS suruh sertai Segmen nie.. Maaf ea Miera baru hari ini dapat buat entri, semalam tu mengantuk tak ingat dah. 

Syarat-syarat menyertainya senang je :
1. Buat entri bertajuk Sahabat Katak Comel (done)
2. Letakkan banner yang comey dekat atas tu dalam entri dan linkkan ke entri segmen (done)
3. Tag sekurang-kurangnya seorang rakan (done)
4. Tinggalkan link entri dalam ruangan komen (done)
5. Tarikh tutup : 11 Mac 2012 Pukul 11.59 pm (Hari ini ok)
Pesanan dari penaja :

''Kepada Top 3 Referer bagi segmen ini, miera akan promosikan blog korang di satu ruangan di dalam blog miera (tips: ping entry segmen ini di merata tempat cthnya busuk.org, grup blogger di facebook dan juga tag seramai mungkin rakan blogger anda). Top 3 Referer akan diumumkan pada hari Selasa (13 March 2012)''

* Sah tak akan dapat Top 3 Referer nie pasal tak biasa ping entri dekat mana-mana

Dengan berbesar hatinya Aida nak tag 

Cik Katak (Asma Liyana
*dengan pesanan baik lu join kalau tak wa kejar lu sekeliling GBS nanti

p/s : Ada lagi satu Segmen nak join :) 

March 9, 2012

SEGMEN 7 PERKARA YANG SAYA AKAN BUAT SEBELUM MATI

March 09, 2012 39 Comments

Telah di tag oleh CibOlat-bOlat dan akan disula oleh beliau jika tidak join segmen ini yang dibuat oleh Secret Admire beliau Encik Speaker Sekolah. Tapi sebenarnya segmen ini bagus untuk menyedarkan diri kita yang selalu alpha tentang kematian ini, konon anggap diri muda umur panjang padahal kematian itu datang tidak kira umur dan masa, yang penting kematian tidak menunggu kita untuk selesaikan sesuatu perkara itu jadi sebelum menyesal baik kita lakukan apa yang perlu. InsyaAllah.


Antara syarat-syarat penyertaan Segmen ini adalah :

1. Buat satu entri khas bertajuk "Segmen : 7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati". Korang cite la ape-ape pun korang nak buat dalam hidup yang tak kesampaian lagi.
2. Letak link entri yang korang dah buat dalam ruangan komen entri ini.
3. Kalau nak tag kengkawan pun boleh aje..kalau tak nak tag pun tak ape.

7 Perkara yang Aida akan buat sebelum mati 

March 8, 2012

BANJIR DI KUALA LUMPUR 7-8 MAC 2012

March 08, 2012 68 Comments


Dari pukul 5.30 Petang semalam 7 Mac 2012 sampai lah entry ini dipublishkan pukul 8.08 pagi 8 Mac  2012 hujan masih belum berhenti di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antara gambar-gambar yang mengambarkan situasi banjir di Kuala Lumpur dan Selangor semalam yang Aida ambil dari beberapa sumber. 

Lokasi : Pavilion

Lokasi : Bukit Bintang

March 5, 2012

5 KARTUN PALING DISUKAI

March 05, 2012 75 Comments

Kebanyakkan kartun-kartun yang tersenarai nie semuanya Aida dah tengok, dan suka tengok sampai sekarang.. tak malu kan besar gajah dah tapi still tengok kartun. Hehe.. tapi sekarang lebih suka tengok kartun BOBOBOY dan UPIN & IPIN :p


depa dua sangat cute ok..


1. TOM AND JERRY

Tom and Jerry adalah sebuah serial animasi Amerika Serikat hasil produksi MGM yang menceritakan tentang sepasang kucing (Tom) dan tikus (Jerry) yang selalu bertengkar. 

2. SCOOBY DOO


Scooby-Doo ini telah dicipta oleh Joe Ruby, Ken Spears (cerita) dan Iwao Takamoto (perancang karakter) untuk Hanna-Barbera Productions. Kelima-lima watak ini dikenali sebagai "Mystery Inc." mereka mengelilingi dunia menggunakan sebuah van yang dinamakan "Mystery Machine", dan menyelesaikan berbagai misteri yang berhubungan dengan hantu dan kekuatan ghaib. 

March 1, 2012

KENALI BLOGGER 'GBS'

March 01, 2012 77 Comments

RESUME

Gambar gaya menggoda

JAWATAN

Kaki Kipas Ketua Kampung


MAKLUMAT DIRI

Nama Penuh : Mohd Ikmal Hanif Bin Bokhori

Nama Manja : Ik Hanif

Asal : Kelantan

Umur : Student bukan bapak orang (jawapan lari dari soalan)

Cita-cita : Nak jadi Power Rangers tapi tu masa kecik-kecik dah besar cita-cita jadi tak menentu (menghadapi masalah kecelaruan cita-cita)

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me