KEBAIKAN BUAH-BUAHAN


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga sahabat-sahabat semua berada dalam keadaan baik dan ceria sentiasa..senyum sikit!! 

Siapa suka makan buah? angkat tangan!!!

Sememangnya makan buah-buahan ini mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan badan kita, tapi tak semua buah yang kita tahu khasiatnya bukan? ok kali ini Aida nak tunjukkan beberapa jenis buah yang mempunyai khasiat untuk mengubati beberapa penyakit manusia.

1. Buah Kurma (Phoenix dactylifera L.)


Aida hantu buah kurma..hehe! suka sangat makan buah kurma ini, sehari pun boleh habis satu kotak. Ok! buah kurma ini mengandungi  zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Buah kurma ini sesuai mengubati penyakit gangguan pada usus dengan cara buang biji kurma, bersihkan dan di hiris halus masukkan ke dalam air bersama air lobak merah. Buah kurma juga dapat menghilangkan batuk, dan juga boleh di jadikan penawar racun.

2. Pisang (Musa sapientum )


Pisang mengandungi vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus, kromium dan besi. Getah pisang sangat baik untuk merawat luka , sapu getah pisang pada luka ianya dapat menghentikan pendarahan pada luka dan mempercepatkan proses pengeringan luka. Bagi merawat kudis pula ambil kulit pisang dan sapu pada kudis tersebut. Pisang juga boleh merawat penyakit sembelit, ulser, gastrik, dan radang pada perut.

KEMBALI SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Hai kawan-kawan semua..sihat tak? macam mana raya? best? lama gak menyepi diri lebih kurang 2 minggu tak silap. Blog pun dah berhabuk so semalam dah kasi cuci, sapu-sapu, tukar apa yang patut jadi la macam sekarang nie. Hijau!!! hehehe...

Maaf la ya pada yang sudi datang jenguk blog Aida, nanti Aida datang blog korang sambil tadah tangan mintak duit raya dan kuih raya. Mood raya tak habis lagi kan? Aida sekarang mood malas kerja. Hik3..

Sebagai mukadimah untuk entri kali nie, Aida nak berkongsi dengan korang hadiah dan kad raya istimewa dari sahabat blogger yang rapat dengan Aida dan rakan sekerja Aida. Tahun nie je ramai yang bagi hadiah..Alhamdulillah rezeki sangat murah dan sangat terharu dapat sahabat-sahabat yang baik seperti mereka serta korang semua.


comel tak patung katak nie? comey kan? penuh dah katil dengan patung-patung nie..puas tidur. huhu..yang nie pemberian ChaCha untuk bufday Aida. Kalau korang nak tahu hari nie 6 September 2011 adalah Hari Jadi ChaCha. Selamat Hari jadi ChaCha nanti kita pi celebrate no..hik3.


Kad raya..Kad Raya nie pemberian ChaCha ( yang first warna coklat emas ), Shida ( Putih ) dan Nurabby ( Masjid ). Terima kasih banyak-banyak sebab ingat dekat Aida selalu. sobs..sobs..sungguh terharu dan rasa bersalah sebab tak balas semula kad raya nie. InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan Aida balas erk? hik3..

Mood : Lepas nie nak blogwalking mana yang boleh, nak balas jejak mana yang tak terbalas, InsyaAllah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar