BERAKHIRNYA KISAH ALEESHA FARHANA ABD AZIZ @ MOHD ASHRAF ABD AZIZ


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

AL-FATIHAH

buat roh Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz
semoga roh beliau di cucuri rahmat, dan di tempatkan bersama golongan beriman
Amin!!

Masih ingat lagi kisah beliau yang ingin menukar jantina dari seorang lelaki kepada seorang wanita? serta permohonan beliau tidak dapat di penuhi oleh pihak makhamah? 
Kini kisah itu sudah berakhir, terkubur bersamanya 
beliau meninggal dunia jam 5 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua

KERATAN muka depan Kosmo! 19 Julai 2011.

RABU YANG BISU #2


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera




Air di cincang tak akan putus

- Adik SAYANG kakak -


TUTORIAL : RAPATKAN HEADER PADA BADAN BLOG


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Tutorial ini dibuat atas permintaan rakan aida yang baik hati nie SHIDA

ok jom kita buat sama-sama mahu tak? pada yang dah tahu duduk diam-diam jangan banyak cakap, tutorial ini untuk yang nak tahu dan yang tak tahu ok..hehe. 

moga-moga ianya dapat membantu 



UNTUK PENGGUNA TEMPLATE CLASSIC

TUTORIAL : AJAX FLOAT SHOUTBOX/SHOUTMIX


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

tak mahu cakap banyak..jom kita buat sama-sama Ajax Float shoutbox/shoutmix ini, tutorial ini diminta oleh SHIDA


Step 1
korang kena reka sendiri button shoutmix/shoutbox korang yang selalu korang letak dekat bahagian tepi tu.

contoh button yang aida buat



untuk button ini korang buat saiz 64x64 pun dah cukup, kalau nak transparent pun boleh tak nak pun boleh. Korang buat la ikut kreativiti korang..hehe. Korang kan kreatif..

6 PERSOALAN TENTANG IBADAH (1)


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Malam nie rasa tertarik pula nak berkongsi tentang persoalan ibadah dalam kehidupan harian kita, di harapkan semua jawapan ini akan dapat menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan nya.

1. Ambil wuduk hanya 'BERKEMBAN'

Soalan :
Sahkah air sembahyang seorang wanita itu jika ianya mengambil wuduk dalam keadaan berkemban?

Jawapan :
Air sembahyang itu sah, tetapi sebaiknya tutuplah auratnya, kalau berseorangan cukup lah sekadar menutup dada hingga ke lutut.

2. Ambil wuduk dalam keadaan 'BERBOGEL'

Soalan :
Sah atau tidak wuduk yang diambil dalam keadaan 'BERBOGEL'

Jawapan :
Sah, kerana tidak termaktub dalam syarat dan rukunnya, tetapi seeloknya tutuplah aurat.

3. Bersuci dengan air berklorin

RABU YANG BISU #1


Assalammualaikum & Selamat sejahtera

First time nak join WORDLESS WEDNESDAY




PENCARIAN CIK EN DAN BLOG


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Aida di jemput khas oleh Cik En sendiri untuk join bloglist yang Cik En buat, dengan hati yang terbuka dan ikhlas aida join Cik En tanda memberi semangat pada nya.

TERIMA KASIH CIK EN

Tarikh TUTUP :

29 JULAI 2011


Antara syarat-syarat nya :

TERDIAM SEKETIKA


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Semoga PEMBERI SEMANGAT aida sihat-sihat dan ceria selalu

oh! saat ini aida sangat sedih lah, terdiam seketika sebab barang paling aida sayang dah mogok.
Petang tadi dia buat hal..
Lama dah dia lekat kat tangan aida, lepas nie terpaksa lah hidup tanpanya seketika
tak apa esok lusa bila saya free saya hantar ke kedai semula
untuk diperbaiki ya ( ayat menyedapkan hati )

Awak jangan merajuk tau..







Mak adik tercepit 'seorang', 'seorang' itu mati mak


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera

Moga-moga PEMBERI SEMANGAT aida sihat-sihat dan di murahkan rezeki hendaknya

meh-meh duduk sini, kita baca cerita meh, kat sini ada popcorn, cekodok, sambal belacan, katak kering air kopi pun ada nie..ha jangan segan-segan ambil saje ok, habis kan pun tak apa..aida bagi free je tu semua. 

Cerita nya Bermula pada suatu petang...

Mak Senah kelihatan sedang mengupas buah sukun untuk digoreng petang itu. Abah Meon pula diluar, buat apa pun tak tahulah, termenung nak kahwin lagi satu agaknya. Cuaca petang itu redup saja, angin sepoi-sepoi bahasa, daun pokok kelapa juga terbuai-buai di tiup angin. 

Tiba-tiba datang Aman anak kelima hasil perkahwinan Mak Senah dan Abah Meon, baru berumur 2 tahun setengah, dia meluru laju ke arah Mak Senah.

Mak!! Mak!! jerit Aman kearah Mak Senah

Kelebihan dan Amalan Malam Jumaat


Assalammualaikum & Selamat sejahtera

Semoga para pembaca semua sentiasa dirahmati Allah s.w.t 

Pada malam jumaat banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah s.w.t dan janganlah sesekali melakukannya dengan mengharapkan apa-apa balasan
sesungguhnya orang yang benar-benar ikhlas akan mendapat balasan kebaikan atas keihklasan nya

1. Membaca Surah Al-Kahfi ( Ayat 1-10 )


“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah 
al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.” 
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


2. Surah Yassin

ISLAM ITU LEMBUT, DAN INDAH


Assalammualaikum & Selamat sejahtera

Abu Jaafar Al-Haddad merupakan salah seorang wali Allah yang sangat terkenal. Suatu hari beliau mengikuti satu rombongan besar dalam perjalanan dari kota Basrah menuju ke kota Baghdad dengan menaiki sebuah kapal menyusuri sungai Dajlah. Di antara sekian ramai orang yang menyertai rombongan tersebut ada seorang lelaki yang menjadi perhatian Abu Jaafar Al-Haddad. Selama di dalam pelayaran, lelaki tersebut tidak pernah makan dan minum dan tidak pernah mengerjakan solat menyebabkan Abu Jaafar tertanya-tanya pada dirinya sendiri dan ingin tahu rahsia di sebalik kelakuan lelaki tersebut. Abu Jaafar Al-Haddad segera menghampirinya.

"Assalammualaikum saudara, boleh saya bertanya sedikit?" Sapa Abu Jaafar.

"Boleh, apa salahnya." Jawab lelaki itu dengan tidak mengendahkan salam Abu Jaafar Al-Haddad.

"Mengapa awak tidak pernah mengerjakan solat dan berjemaah dengan kami? " Tanya Abu Jaafar Al-Haddad.

"Saya ini bukan orang Islam," jawab lelaki itu selamba

"Jadi, engkau beragama apa?" Abu Jaafar Al-Haddad mahu kepastian.

"Saya beragama Nasrani," jawabnya.

Abu Jaafar berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, namun masih ada satu lagi persoalan dalam fikirannya iaitu bagaimanakah lelaki tersebut boleh tahan berhari-hari tidak makan dan tidak minum.

"Saya lihat awak tidak pernah makan dan minum?" Tanya Abu Jaafar.

KISAH DISEBALIK TEMBOK

Assalammualaikum & Selamat sejahtera

semoga kalian semua sihat-sihat sahaja
gambar di kredit sepenuhnya pada tuan badan iaitu SHAIFULZAMRI.COM
kecuali gambar terakhir

Aku langsung tak pernah terfikir akan dimasukkan ke SINI, di tempat yang semua orang tahu dan semua orang memandang hina, tempat INI bukan lah satu tempat yang pemandangannya indah
bukan juga tempat yang di idamkan tapi tempat ini umpama neraka kecil dunia

Ya aku langsung tak sangka aku lah orangnya, yang mampu mendaftarkan diri ke SINI
langsung mencalit titik hitam dalam diriku. Allah sahaja yang tahu ketika itu
penyesalan mula menggunung di dada


APA ADA DENGAN PERTAMA??

Assalammualaikum & Selamat sejahtera

semoga kalian semua sihat-sihat belaka hendaknya
dari pertama lah kita dapat hasil yang terbaik untuk yang kedua nya kan? 
dari pertama lah kita dapat pengalaman, pengajaran yang paling berharga bukan
tak cuba tak tahu bila cuba baru tahu

senyum..senyum selalu

mari kita lihat ada apa dengan pertama?

SAYURAN VS MANUSIA

Assalammualaikum & Selamat sejahtera

Sayuran pada masa kini telah dijangkiti bakteria paling bahaya iaitu E.Coli yang mampu mengakibatkan cirit-birit dan kerosakan ginjal serta boleh MEMBAWA MAUT kepada manusia, maka manusia mula berdendam dengan sayuran..hutang nyawa di balas nyawa..maka manusia mengambil jalan untuk menggunakan kekerasan ke atas sayuran bagi membalas dendam.

kini kehidupan sayuran tidak lagi aman..mereka telah menjadi kerakusan manusia yang penuh dengan dendam..

Movie terbaru bakal di tayangkan dipawagam 
SAYURAN VS MANUSIA

jeng..jeng..jeng

kesian sayuran kan?

Sudah-sudah lah mengarut ya dak? Aida sebenarnya nak tunjukkan dekat korang semua hasil dari tangan manusia yang GILA kreatif ini yang mampu mengubah bentuk asli sayuran menjadi bentuk BINATANG. Kalau di fikirkan semula, manusia ini dah tak ada kerja lain ke kan? asyik main-main dengan makanan sahaja...

jom lihat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Small Cute Green Pointer
 

Copyright © 2013 Reserved to Diari Si Froggie Design by Aida Omar