July 7, 2011

KISAH DISEBALIK TEMBOK

Assalammualaikum & Selamat sejahtera

semoga kalian semua sihat-sihat sahaja
gambar di kredit sepenuhnya pada tuan badan iaitu SHAIFULZAMRI.COM
kecuali gambar terakhir

Aku langsung tak pernah terfikir akan dimasukkan ke SINI, di tempat yang semua orang tahu dan semua orang memandang hina, tempat INI bukan lah satu tempat yang pemandangannya indah
bukan juga tempat yang di idamkan tapi tempat ini umpama neraka kecil dunia

Ya aku langsung tak sangka aku lah orangnya, yang mampu mendaftarkan diri ke SINI
langsung mencalit titik hitam dalam diriku. Allah sahaja yang tahu ketika itu
penyesalan mula menggunung di dada



makanan juga tidak seperti kau diluar sana
aku minum teh hanya dibancuh dengan air paip dan dikacau dengan tangan
tidur tidak lagi bertilam hanya beralaskan simen yang satu ketikanya 
sejuk hingga ke tulang


kegelapan mula mewarnai hidupku, jejari besi dan tembok menjadi temanku
dikala itu aku merasakan diri ku teramat kerdil di dunia ini
dulu aku lah insan yang sentiasa memandang rendah pada orang lain, merasakan diri ku berada di tempat paling tertinggi dan mulia di dunia ini dan dulu aku lupa akan asal usul ku
Ya AGAMA itu penting untuk memimpin hidup menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat
tanpa AGAMA aku kini bergelumang dengan mainan duniawi


tak ku sangka menitik air mata ketika keluarga mula datang melawatku
melihat satu persatu muka tersayang yang ternyata penuh harapan
mengharapkan aku keluar dari SINI
menjadi seorang insan yang BARU
yang mementingkan AGAMA

tiada manusia yang tidak melakukan kesilapan, maka kesilapan itu adalah satu bonus untuk diri kita menjadi 
yang lebih TERBAIK. Beri lah mereka peluang untuk berubah jangan pandang mereka hina. Mereka juga manusia biasa sama seperti kita maka kita harus memimpin mereka menuju ke jalan yang benar.

KINI AKU TELAH DI BEBASKAN
dari tembok batu setinggi langit ini, meninggalkan 1001 kepahitan didalamnya


dan aku menghayati sisa-sisa kehidupan yang kian mencabar
senyuman kini dibiarkan sepi sesepi dan sehening hati
AKU TETAP HARUS MENEMPUHI KEHIDUPAN YANG HAKIKI
demi keluarga tercinta dan aku mensyukuri nikmat yang 
ALLAH S.W.T berikan
iaitu
PELUANG KEDUA INI

10 comments:

najihah sahami said...

hohohoh..penjara rupanya yea...

Hasnurul said...

berubah 'aku' yea.. =)

Marlina Omar said...

Seribu kenangan..kini 'aku' telah kembali kepada kuarga tersayang..semoga idup 'aku'lebih bermakna selepas ini..(^_^)

Farihah Ahmad said...

everyone deserves the second chance :)

Cappuccino Lover said...

kehidupan di sebalik tembok ni menginsafkan.. bersyukur dgn kehidupan sekarang... :)

Hasnurul said...

anda di tag oleh saya.. =)

Unknown said...

manusia memerlukan pengalaman umtuk mematangkan diri..

mujahidah agama said...

Pengalaman merupakan sebaik-baik guru dalam kehidupan...

emylase. said...

alhamdulillah semoga 'aku' menggunakan peluang keduanya sebaik-baiknya! :)

Diari Si Froggie said...

@Najihah penjara upenya erk..haha

@Hasnurul dah berubah dah.. :P

@Kak ina hahaha..tet!!

@Farihah Ahmad setuju!!

@ismiladyjaja betul..sangat menginsafkan

@Mr IQ :)

@hasnurul afifah tq tag tu :)

@diana tanpa pengalaman diri x matang..betul tu

@mujahidah agama setuju

@misz Emiylia InsyaAllah :)

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me